03/02/2012

Pelukkan Sayang ( Diari)

Pada 26 Januari 2012 (Khamis), ada sekumpulan adik-adik daripada Russia akan datang ke London, Uk. Sebelum kedatangan mereka ke London lagi, ana sudah berhubung dengan mereka melalui facebook. Facebook dijadikan medium untuk berhubung tanpa melihat wajah dan mendengar suara mereka.

Pada hari itu juga, ana mempunyai kelas sehingga pukul 5 petang. Adik-adik Russia ini akan tiba di Heathrow Airport pada pukul 5.45 petang. Ana jangka, ana tidak sempat untuk mengambil mereka. Jadi, ana minta pertolongan housemate untuk menggantikan tempat ana.

Tiada siapa sangka perancangan yang dibuat bertukar juga atas kekuasaan Allah. Ana terlupa bertanyakan terminal mana adik-adik ini akan sampai. Berlaku konflik antara ana dengan housemate untuk mengambil mereka di terminal mana. Ana mengambil keputusan untuk pergi mengambil mereka sendiri. Dalam hati kata,

' Redah ja la. Kalau tak ada di terminal 3, pergi terminal 4.'

Masa itu ana buat analisa, peratusan untuk adik-adik tersebut untuk tiba di terminal 4 sangat tinggi. Tidak lama selepas itu handphone ana vibrate. Melihat screen handphone, housemate ana yang seorang lagi call.

Zati     : Assalamualaikum, Dayah dekat mana sekarang ni?

Dayah : Waalaikumussalam. Dayah berada dalam tube sekarang ni. Kenapa Zati?

Zati     : Tahu tak adik-adik Russia sampai di terminal mana?

Dayah : Tak tahu la Zati. Hari tu ada contact  diorang tapi diorang sendiri pun tak tahu tiba di terminal
            mana.

Zati    : Lepas tu, Dayah nak buat apa sekarang ni?

Dayah : Ingat pergi je dekat terminal 4 dulu, kalau takda, pergi terminal 3.

Zati     : Macam ni, Zati cuba search dekat airport mana diorang sampai. Nanti Zati call  semula. Okey?

Dayah : Okey. Thank Zati. Assalamualaikum.

Zati     : Waalaikumussalam.

Beberapa minit kemudian, handphone vibrate  kembali.

Zati     : Assalamualaikum Dayah.

Dayah : Waalaikumussalam.

Zati     : Zati dah search. Insya-Allah diorang tiba di terminal 5. Time  tu je flight 
            Rusia  ke London.

Dayah : Jazakillah Zati. Assalamualaikum.

Zati     : Waalaikumussalam.

Dalam hati ana, tak tahu nak kata apa. Bila fikir kembali, semua itu berlaku atas pertolongan Allah. Kalau ana pergi terminal 4 tetapi dijumpai kemudian ke terminal 3 juga tidak ditemui, boleh jadi fikiran ana berserabut dan gelisah memikirkan keadaan adik-adik Russia pada masa itu. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan ana dan ana berjaya temui mereka di terminal 5 ( Yeah! Bersorak dalam hati but still I'm late around 45 minutes).

Adik-adik ini juga belum membuat sebarang perancangan ketika berada di Uk. Ana yang tolong merancang aktiviti-aktiviti yang mereka boleh lakukan di London dan di luar London. Almost semua perancangan itu di rancang oleh roomate ana. Ana bukanlah seorang agent tourist yang expert. ( Bukan kaki jalan)

Secara ringkasnya, ana tidak dapat menemani adik-adik ini kecuali semasa menghantar mereka ke Victoria Station untuk ke luar London dan juga ke Heathrow Airport untuk pulang kembali ke Russia.

Setiap malam ana akan ke bilik mereka dan berborak akan aktiviti yang telah mereka lakukan sepanjang hari. Orang kata pillow talk. Itu saja masa yang ana ada untuk bersama-sama mereka.

Sehinggalah hari terakhir. Flight  mereka ialah pada pukul 9.20 pagi sekiranya ana tidak tersilap. Ana pesan kepada mereka yang ana akan hantar mereka ke airport esok pagi.

Namun pada malam terakhir, ana pulang ke rumah agak lewat around 11.30 p.m I guess. Ana punya la berazam nak tidur awal, tetapi tidak mampu selagi tidak membaca bahan bacaan selain daripada subjek yang ana belajar di universiti. Jam loceng pula ana set pukul 4.15 pagi. Konon-konon nak bangun qiam.

Apa yang terjadi ialah ana sendiri dikejutkan oleh adik Russia. Terkejut ana pada masa itu. Serius tidur mati sehingga tiada satu mimpi yang menjelma di dalam tidur ana.

Adik Russia  : Kak Dayah, bangun?

Dayah          : Ha! [ terkejut ]. Astagfirullahalazim. Sekarang pukul berapa dik?

Adik Russia : Dah pukul 5 Kak Dayah.

Dayah          : Apa? Astagfirullahalazim. Okay-okay, akak pergi bersiap sekarang. [ bergegas ke toilet
                     untuk membersihkan diri ]

Kami sampai airport lebih kurang pukul 7.15 pagi. Alhamdulillah, semua urusan bag drop luggage berjalan dengan lancar walaupun pada mula-mulanya agak mengambil masa. Entah mengapa visa Russia is so speacial sehingga kena ada orang meneliti visa tersebut dan ada kena buat tanda di tiket adik-adik Russia. Ana sendiri tidak tahu apa fungsinya.

Setelah itu, kami mengejar masa untuk solat subuh yang tidak lama lagi akan tamat. Ana tidak dapat menjumpai bilik multi-faith. Jadi kami mencari port yang tidak ramai orang, selesa untuk solat berdiri dan tidak berada di dalam fitnah manusia. Alhamdulillah dapat menyelesaikan kewajipan. Hati pun senang dan tenang.

Semasa perpisahan, ana sempat beli dua kotak biskut untuk diberikan kepada mereka. I have no idea why suddenly I decided to give something for them. Bertambah sweetnya bila adik-adik Russia ini memberi something yang ana tak terjangka.

Mula-mula ana ingatkan duit pound sterling. Masa itu ana macam nak marah 'sayang' tetapi tak jadi bila salah seorang daripada mereka kata, itu duit Russia. Inilah akibat apabila tidak melihat dengan bersaksikan mata sebaliknya hanya menggunakan deria sentuhan. Nasib baik tak melatah masa tu.

Adik-adik ini kata, mereka tak tahu nak beri apa dekat ana. Mereka harap duit itu dapat buat kenangan untuk diri ana daripada Russia. Touching.

Pada waktu salam dan memeluk mereka, salah seorang daripadanya berkata,

' Akak, tak pernah ada orang layan kami macam ni.'

Well, honestly, ana ada jiwa sensitif tetapi tidak tunjuk secara fizikal. Dan ana sendiri tak tahu nak balas apa. Speechless.


Bila difikirkan semula, bukan 24 jam ana berkepit dengan mereka. Nak berjalan-jalan bersama mereka pun susah atas sebab kekangan masa dan kelas kecuali menghantar mereka ke Victoria Station dan Heathrow Airport.

Daripada situ, Ana belajar sesuatu. Manusia perlukan ruangan masa untuk berkasih sayang.

Ana hanya meluangkan masa kurang daripada sejam untuk berbual dengan mereka. Ana hanya tanya satu soalan, mereka menjawab lebih daripada perkataan yang keluar daripada mulut ana. Ana lebih menjadi kepada seorang pendengar daripada bercakap. Bercakap hanya bila perlu sahaja.

Kasih sayang ini lebih berharga daripada wang ringgit.

Cuba kita melihat situasi ini dan cuba fikirkan kesan-kesannya:

1) Beri hadiah tetapi tiada kasih sayang.
2) Beri kasih sayang dan tanpa hadiah.
3) Beri hadiah dan kasih sayang. (powerful)


Ana merasakan semua manusia perlukan kasih sayang dan perhatian. Ini apa yang ana alami dan melihat perlakuan manusia itu sendiri.

Ana juga melihat dari perspektif  hubungan antara anak-anak dan ibu bapa pada zaman moden ini. Segelintir anak-anak ada yang menghadapi masalah sosial atas sebab tiada kasih sayang tapi ibu bapa bermurah hati memberi apa-apa saja yang diinginkan oleh anak-anak. Ada pula ibu bapa yang miskin dan tidak mampu melayani semua kehendak anak-anaknya tetapi kaya dengan kasih sayang. Mereka ini selalunya adalah anak-anak yang menyenangkan ibu bapa,

Begitu juga sebaliknya, apabila anak-anak sudah dewasa. Tambah-tambah yang tidak tinggal sekali dengan ibu bapa atau selalu sibuk dengan program di luar. Ibu bapa pula bukan makin muda tetapi makin tua. Orang tua selalunya sangat sensitif apabila kita tidak melawat mereka atau membuat panggilan telefon. Ini menunjukkan mereka ingin kasih sayang daripada kita. Kadang kala mereka tidak ingin langsung duit pemberian hasil daripada gaji kita sebaliknya mereka berkeinginan merasai kehadiran kita.

Ini adalah fitrah manusia yang memerlukan kasih sayang.

Namun, kasih sayang ini lebih bermakna sekiranya kerana Allah dan tiada siapa yang akan menghadapi kerugian.

Kalau tidak kerana Allah mencampakkan kasih sayang ke dalam hati  manusia nescaya kebencian dan permusuhan membiak dalam diri manusia.

Ana juga terfikir,

' Sekiranya aku kehilangan kasih sayang daripada keluargaku dan sahabatku, aku tidak akan sesekali kehilangan kasih sayang daripada Dia kerana Dia Maha Penyayang.'

Wallahu'alam

- Hamba yang masih mencari cinta Hakiki-


Tiada ungkapan yang keluar dari bibirku melainkan uhibbuki fillah.

No comments

Post a Comment