04/02/2012

Jatuh Hati-5

Suasana pagi pada hari itu begitu nyaman. Tambah pula mampu memberi ketenangan kepada jiwa seorang insan. Sungguh beruntung orang yang dapat merasai perasaan tersebut. Tidak semua orang mampu merasainya. Hanya orang yang dipilih oleh Allah saja. Pada kesempatan itu diambil oleh Ikhwan untuk membaca surat cinta khas daripada pihak atasan. Surat cinta yang mampu mengembalikan jiwa-jiwa yang gelisah kepada jiwa-jiwa yang tenang dan mampu meningkatkan motivasi diri.

" Seseungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat , dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. Dan tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu melanggar sumpah setelah diikrarkan, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu ( terhadap sumpah itu ). Sesunggunhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat."

Dia menutup kembali surat cinta itu setelah habis membacanya. Surat cinta itu diletakkan di tempat khas yang telah disediakan oleh Ikhwan. Helaan nafas yang lembut keluar secara perlahan-lahan daripada sistem pernafasannya. Pandangan Haikal mula tertancap di persekitaran luar rumahnya yang dihalangi oleh cermin tingkap.

Dia melihat dua ekor burung merpati bertenggek di atas batang pohon hijau. Melihat aksi dua ekor burung merpati yang begitu mesra sekali mengingatkan dia kembali akan hubungan dia dan Haikal yang renggang. Sudah beberapa minggu dia tidak dapat bercakap dengan Haikal.

" Wan, termenung jauh nampak." Suara yang tidak terjangka keluar daripada mulut seseorang. Ikhwan menoleh ke belakang untuk melihat tubuh badan tuan punya suara.

" Engkau rupanya Naim. Terkejut aku dengan salam tak bagi." Naim yang bersandar di pintu bilik Ikhwan tersenyum mendengar respon daripada Ikhwan.

" Bukan tak nak bagi salam. Niat pertama aku nak masuk bilik ko ni memang aku nak bagi salam. But since  aku tengok ko termenung jauh, tak jadi la pula aku nak bagi salam." Naim berlalu masuk ke dalam bilik Ikhwan meskipun tidak mendapat kebenaran daripadanya. Dia duduk di atas katil Ikhwan yang berhadapan dengan kerusi Ikhwan yang sedang duduk sekarang ini.

" Asal ko datang bilik aku awal pagi ni?"

" Amboi, macam tak benarkan aku masuk bilik ko nampak?"

" Mana ada. Cuma ko tu jarang nak lepak dalam bilik aku." Ikhwan cuba meneutralkan balik keadaan. Memang benar, Naim jarang pergi ke bilik dia. Kalau ada hal yang penting saja baru Naim akan masuk ke bilik dia.

" Terasa aku. Memang aku ada niat datang menapak di bilik ko ni. Aku nak tanya. Macam mana hubungan ko dengan Haikal. Dah okey ke belum?" Berat bagi Ikhwan untuk menjawab persoalan tersebut. Serabut sedikit fikiran dia pada minggu ini kerana banyak tugasan yang perlu disiapkan.

" Aku tak tahu la." Berkerut dahi Naim mendengar jawapan tersebut.

" Asal ni bro? Ko tak cuba berbaik dengan dia ke? Tak baik tau kalau tiga hari tak tegur."

" Aku dah cuba Naim. Aku call dia. Dia tak pick up. Message dia lagi tak ada satu yang reply. Hari tu aku jumpa dia dekat uni. Aku cuba panggil nama dia, tapi dia pergi macam tu je. Aku pun tak tahu nak buat apa lagi dah. Pening kepala aku." Luahan perasaan yang selama ini dipendam terkeluar juga daripada bibir Ikhwan. Dia rasa penat. Namun setelah diluahkan ada sedikit rasa keringanan. Naim menepuk belakang badan Ikhwan dengan lembut.

" Sabar bro. Ko buat semua tu untuk kebaikkan dia. Doa Wan. Doa. Mohon pada Allah agar dibuangkan rasa benci dalam hati Haikal dan mencampakkan kasih sayang dalam dirinya." Ikhwan meraup mukanya. Memohon kekuatan daripada Allah.

' Allah, aku sayang dia.'

" Bro, I got the idea." Naim memetik ibu jarinya.

" Apa dia?" Berasa semangat kembali Ikhwan apabila mendengar nada Naim.

" Apa kata ko bagi something special dekat Haikal untuk mohon kemaafan ko. Okay tak?" Naim mengangkat kening kanan dia beberapa kali. Lagaknya seperti hero penyelamat.

" Asal aku nak minta maaf pula. Bukan aku ada buat salah apa pun dekat dia. Aku tegur dia benda yang baik apa?" Rasa tidak puas hati menyelinap di dalam hati Ikhwan. Kenapa harus dia memohon kemaafan. Bukankah itu seharusnya diucapkan oleh Haikal.

" Elok la tu. Sama-sama ego. Bila nak baik kalau masing-masing ego." Kata-kata Naim menaikkan tahap kemarahan Ikhwan.

" Mana ada aku ego." Ikhwan cuba menidakkan kenyataan tersebut.

" Wan, salahkah seorang sahabat menurunkan egonya untuk mengembalikan kejernihan hubungan sahabat?" Terdiam seketika Ikhwan apabila mendengar ucapan daripada Naim.

' Egokah aku?'

" Wan, ego itu sebahagian daripada syaitan. Kalau ko layan, maka ko pun jadi segeng iblis. Ko mahu ke iblis menang sementara ukhuwwah fillah ditumbangkan? Memohon kemaafan di mata manusia sememangnya nampak rendah tapi di mata Allah kemaafan itu sangat tinggi. Fikir-fikirkan dalam keadaan yang tenang dan mohon perlindungan daripada Dia. Insya-Allah ko beroleh kemenangan. Aku keluar dulu. Aku ada kelas pukul 10 pagi nanti. Okay bro, cau dulu. Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam." Kelibat Naim makin hilang daripada pandangan Ikhwan. Dia cuba memikirkan secara rasional kembali. Mungkin benar kata Naim. Ego ada dalam dirinya. Dia mesti buat sesuatu untuk menyelamatkan perhubungan ini. Secara tiba-tiba kedengaran benda yang bergetar di atas meja Ikhwan. Handphone. Ikhwan cepat-cepat mengambil telefon bimbitnya.

" Haikal." Berkerut dahi Ikhwan apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Punat hijau ditekankan.

" Assalamualaikum Kal." Perasaan takut menyelubungi dalam diri Ikhwan.

" Waalaikumussalam. Aku tak nak cakap banyak. Aku just nak bagi tau, kalau ko nak baiki semula hubungan kita, datang ke rumah aku malam ni lepas Isyak. Kalau tak, our friendship is end up. Assalamualaikum."

" Kal! Kal!" Tidak sempat Ikhwan ingin berbicara apabila Haikal begitu cepat menamatkan perbualan.

" Waalaikumussalam." Perlahan-lahan jawapan salam keluar daripada mulut Ikhwan. Semakin rasa gementar dan takut kerana tidak tahu apa tujuan Haikal memanggil Ikhwan datang ke rumahnya. Fikiran semakin serabut rasanya apabila memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku pada malam ini.

" Demi menyelamatkan ukhuwwah kita, aku akan pergi."

No comments

Post a Comment