25/02/2012

Of Course He Knows You

[Kredit]


Assalamualaikum. Tak jawab dosa. Macam pernah dengar ayat ini.

Trademark orang lelaki yang ingin mengambil perhatian orang perempuan. Kalau tidak jawab dikatakan dosa. Kalau jawab sepertinya orang perempuan memberi greenlight kepada lelaki. So, perempuan-perempuanku sekalian, anda jawablah salam tersebut dengan suara yang kecil atau jawab di dalam hati. Dalam pada yang sama berdoalah moga Allah memberi petunjuk kepada mereka kerana mereka tidak tahu. Mereka masih dalam angan-angan dunia yang penuh dengan keseronokkan.

Ops, ini hanya saringan sahaja.

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji-pujian hanya bagi Allah yang masih memberi ana peluang untuk menulis dan disampaikan kepada pembaca. Ilham dan ilmu semuanya daripada-Nya.

Hari tu, ana ada go through satu ayat di dalam Al-Quran tetapi cukup bermakna kepada insan akalnya masih berfunsi dengan baik dengan ditemani oleh iman di dada.

" Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan, dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani: kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu." [57:20]

Sebelum ini, dalam minda ana hanya boleh digest bahawa kehidupan ini hanya cubaan bagi manusia kerana pada titik akhirnya manusia akan kembali kepada Allah. Allah siap bagi analogi lagi mengenai kehidupan dengan tanaman-tanaman yang begitu dikagumi oleh para petani.

But I missed one part.


This part will make you want to say, Subhanallah, Allahuakbar. 


What it is?


Allah tahu perubahan sifat-sifat yang bakal berlaku pada diri setiap hamba-Nya.

Mari kita imbas kembali nostalgia kita pada masa yang lalu.

Pada masa kita masih bayi, kita sudah tahu untuk bermain. Meningkat sikit umur, kita sudah boleh main permainan yang lebih advance seperti bola, main buaian, berlari. Sampai kadang-kadang emak dan ayah kita sudah letih memarahi kita sebab selalu main tidak ingat untuk balik rumah. Lagi-lagi pada waktu senja.

Meningkat umur 9 tahun dan ke atas, pada masa ini kita sudah pandai bergurau senda dengan rakan-rakan kita. Banyak perkara yang lalai yang telah kita lalui.

Meningkat remaja, kita sudah pandai berhias diri. Pantang nampak model-model cantik, dirinya juga ingin kelihatan cantik di hadapan manusia. Ini adalah keinginan nafsu dalam diri manusia especially kaum hawa. Pada masa ini mata-mata mereka suka melihat sesuatu yang cantik termasuk ana. [ ana mengakuinya ]

Apabila sudah pandai berhias diri, timbul perasaan bangga atau megah diri dengan apa yang dia milikki. Bangga dengan result. Bangga ada handphone samsung galaxy 2. Bangga mempunyai kereta yang mewah.

Inilah yang memberi sumbangan kepada ingin meraih kekayaan. Fikir apa yang boleh dia lakukan untuk mendapat duit. Nalurinya berkeinginan sesuatu yang boleh membuat dirinya kaya. Kaya dengan harta benda duniawi.

Bila kahwin pula, dia fikirkan pula berapa orang hero dan heroin yang dia inginkan. Kadang kala dia berasa jealous bila mendengar sahabatnya mempunyai anak yang ramai kerana dia juga ingin memilikki ana yang ramai. Secara tidak langsung dan di luar kesedaran berlakulah competition.


Main -> Senda Gurau -> Berhias -> Bangga -> Kekayaan -> Anak keturunan

Allah tahu setiap perubahan yang berlaku dalam diri kita daripada kita kecil hingga meningkat dewasa dengan begitu teliti sekali. Subhanallah.

Of course He knows us because He is our Creator.

Kalau Allah sudah mengetahui apa yang bakal berlaku kepada manusia, adakah Dia membiarkan kita macam itu sahaja?

Dibiarkan dalam jalan kegelapan.

Tidak!

Sebaliknya Allah telah memberi guidance kepada manusia untuk menghadapi perubahan yang ana sebutkan tadi.

Nak tahu apa guidance tersebut?

" Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ruh (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah Kitab (Al-Quran) dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al-Quran itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sungguh, engkau benar-benar membimbing (manusia) kepada jalan yang lurus, (iaitu) jalan Allah yang milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, segala urusan kembali kepada Allah." [ 42: 52-53]

Dapat tak?

Pegang Al-Quran ini. Bawa dia pergi ke mana-mana sahaja kecuali tempat yang tidak sepatutnya. Jangan pegang saja tetapi baca dan tadabbur.

Perintah Allah semuanya tersedia di dalam Al-Quran.

Praktikalnya ikutilah jalan-jalan yang pernah ditempuh oleh Rasulullah SAW. Allah sudah iktiraf Rasulullah SAW sebagai orang yang membawa manusia kepada jalan kebenaran.

Role model mana lagi yang kita ingin cari yang boleh bawa kita ke syurga?

Allah is so sweet and cares about His slaves.


Cuma kita yang dikaburi dengan titik hitam di hati sehingga tidak nampak betapa luas kasih sayang-Nya.

Wallahu'alam

Sekadar perkongsian daripada hamba yang masih struggle untuk melakukan perubahan kebaikan.

* Jangan lupa untuk tegur ana, kalau ada yang silap. Ana khuatir syok sendiri. ^_^

No comments

Post a Comment