25/02/2012

Ini Propaganda Saya

[Kredit]


Alhamdulillah. Hari ni dapat keluar makan dinner dengan housemate di restoran 'rahsia'. Tapi bukan satu rumah yang pergi.

Dah lama rasanya tak makan di restoran yang self-service. Ana kalau bab makan memang selalu on. Payah nak off. Ini juga satu mujahadah buat ana untuk melawan nafsu makan.

Subhanallah, masa tengah makan ada juga sikit sembang mengenai realiti hidup umat. Tidak rasa masa makan tadi diisi dengan sesuatu yang kosong.

Salah seorang daripada housemate ana bercerita tentang realiti pekerjaan. Tahun ini dah nak grade. Jadi tidak lama lagi ana akan menghadapi realiti pekerjaan.

Kenapa dengan realiti pekerjaan?

Masing-masing ada cita-cita. Masing-masing ada matlamat. Masing-masing ada perancangan.

Kita semua mahu membangunkan negara agar negara kita maju, aman dan sentosa. Tapi dalam keadaan kita tidak sedar matlamat kita berpecah dan ada kepentingan masing-masing.

Hamba A : Kita mesti pertahankan alam sekitar. Kalau tidak environment kita akan musnah.

Hamba B : Education juga penting. Anak-anak yang tinggal di pedalaman berhak mendapat education.


Hamba C : Kita kena tubuh Kelab Isteri untuk memberi modul menawan hati suami. Dah banyak kes cerai.

Hamba D : Kita kena adakan satu program untuk pelajar-pelajar yang bermasalah.

Hamba A, B, C, D : Ko apa pulak?

Hamba E : Aku nak bawa kembali Islam yang syumul setelah lama dilupai oleh manusia. Aku juga boleh tolong ko A, B, C dan juga D. Aku tak nak bawa kepada matlamat yang kecil tapi aku nak bawa ke matlamat yang besar iaitu membawa manusia kembali kepada Islam yang sebenar. Sebab nanti kita semua akan mati. Tiada guna kalau kita bermatlmat untuk dunia kerana di akhirat kita akan kecewa.

Matlamat yang berbeza ini mampu disatukan dengan memperkenalkan Islam yang syumul kerana manusia sekarang telah memisahkan antara ibadah dengan rutin seharian.

Wallahu'alam


No comments

Post a Comment