23/02/2012

Aku Bukan Insan Terhebat

[Kredit]


Suasana pada detik pukul 5.00 petang mula sesak dengan kenderaan di jalan-jalan kota London. Tambah-tambah pula hari ini merupakan malam jumaat. Masa yang ditunggu-tunggukan oleh penduduk kota London. Masa untuk berkumpul dan berparti bersama-sama rakan-rakan.

Alat-alat soleh begitu berterabur di atas meja. Lipstick yang berwarna merah naga dicapai oleh Amy dan dicalit dibirbirnya. Blusher juga diletakkan sedikit di pipi agar wajahnya kelihatan seperti kemerah-merahan. Akhirnya sekali meletakkan maskara agar matanya tampak jelita dan menggoda di hadapan lelaki. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat dirinya di hadapan cermin. Kedengaran telefon bimbit berbunyi. Dia terus mencapainya dan menyentuh butang hijau di skrin telefon bimbitnya.

" Erm, Apa hal ko Zif?"

" Amboi "Princess Fiona" mekap tak ingat dunia. Bila ko nak siap ni? David dah lama tunggu dengan aku dekat bawah rumah ko ni?"

" Give me 5 minutes. Then I will show myself in front of my door." Amy terus sentuh butang merah tanpa sempat memberi peluang kepada Razif untuk bercakap. Jika dibiarkan dia khuatir Razif terus bercakap tanpa henti. Tanpa membuang masa dia terus mengambil tas tangannya yang merupakan jenama daripada Harrods. Sebelum pergi, sempat dia memberitahu kepada Suzana agar tidak menunggu kepulangannya malam ini.

" Sorry David and you, Razif for making you all waiting for me."

" Nevermind Amy. For you Amy, I will do anything." Aura ayat-ayat romantis mula keluar daripada bibir manis David. Dalam hati, hanya Allah saja yang tahu betapa tidak sukanya Razif melihat keadaan romantik itu. Dia berasa dia sedang berada di alam lain. Dua orang pasangan di depannya begitu asyik dengan suasana romantika.

" You are so sweet David. Let's go David." Amy memeluk lengan kiri David. Bertambah suka David dengan situasi itu. Mereka berjalan sehingga terlupa ada seseorang ketinggalan di belakang. Melihat pasangan hangat bercinta telah bergerak pergi menjauh daripadanya, cepat-cepat Razif berjalan untuk mengejar mereka.

" Hey guys. Wait for me."

...........................................................................................

Kelihatan manusia yang sedang bersuka ria di dalam club. Setelah dapat meneguk beberapa gelas air arak, perangai mereka yang pada mulanya sopan menjadi begitu janggal di depan mata manusia yang masih berfungsi akal secara waras. Si perempuan pula menjerit-jerit dan ketawa sesuka hati mereka. Tiada lagi sifat malu mereka di hadapan adam.

" Come here Amy. Let have a drink." David mencapai tangan Amy dan membawanya ke kaunter bar. Amy tidak pula menolak ajakan David. Razif pula telah menghilangkan diri setelah menjumpai sasarannya untuk malam ini.

" David, I already told you before. I cannot take this kind of drink." David menepuk dahinya.

" I'm sorry dear. I forgot again. Let me order coke for you." David bersiul kepada pelayan di kaunter bar. Dia memesan satu minuman arak untuk dia dan satu coke untuk Amy. Pelayan itu menyiapkan minuman pesanan mereka hanya beberapa minit saja. Setelah siap, dia terus menghantar kepada pelanggannya.

" Thanks dude." David meletakkan minuman coke di hadapan Amy. Dia terus mengambil minumannya dan meneguk beberapa kali sebelum memulakan perbualan mereka.

" So, Amy have you plan for your easter break?" Amy meneguk air coke terlebih dahulu sebelum menjawab soalan David. Rasa haus pula dia rasa ketika itu. Dia minum sehingga minuman di dalam gelas tinggal separuh.

" I did not plan anything yet. But I think I want to spend my time at Amsterdem. My friends told me easter is a good time to see the tulips. I love to see this kind of flowers."

" I 've been there three times. It was so mesmerized me when I have a look from the sky. Very beautiful and clolourful. You have to go there or you will regret." Sepatutnya pada masa itu Amy melonjak keseronokkan apabila mendengar cerita mengenai bunga tulip daripada David. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa satu badannya begitu kebas. Dia tidak mampu untuk berfikir. Dia tidak mampu untuk mengawal kesedaran dirinya. Lama-kelamaan pemandangannya semakin gelap. Amy cuba memanggil David.

" David..." Amy terus jatuh pengsan. David cepat-cepat menangkap tubuh badan Amy. Dia berasa begitu gelabah dengan situasi yang di hadapi sekarang ini. Pipi Amy ditampar beberapa kali dengan harapan Amy bakal menyedarkan diri.

" Amy wake up. Don't make me worry. Please wake up Amy." Amy tetap juga tidak menyedarkan diri. Ingin meminta pertolongan orang lain rasanya tiada orang akan menyahut pertolongannya kerana masing-masing dalam keadaan mabuk. David mengangkat Amy dan dibawa ke suatu tempat. Tempat yang jauh daripada kesesakkan manusia.

............................................................................................

Rasa begitu selesa sekali dapat mengulit tidur di dalam dover terutamanya pada musim sejuk ini. Beberapa ketika, dia mula menyedari sesuatu. Amy cuba membuka matanya walaupun rasa begitu sukar sekali. Perlahan-lahan dia mencuba agar matanya tidak terlalu terkejut dengan pendedahan cahaya di dalam bilik tersebut.

Pelik. Ini bukan bilik dia. Dia bangun daripada gebar katil. Tiada sesiapa di dalam ruang bilik ini. Telinganya menangkap bunyi air yang mengalir daripada dalam bilik air. Dia berasa takut sangat. Matanya meliar mencari apa-apa jenis senjata yang boleh dibuat sebagai perlindungan. Air yang mengalir di dalam tandas berhenti secara tiba-tiba. Tapak kaki seseorang berjalan semakin dekat dengan pintu bilik air. Tombol dipulas dan muncul hamba Allah tersebut.

" David. Why we are here? We're suppose at club right now." Ketakutan di dalam diri Amy mula hilang secara perlahan-lahan. Tiada apa yang perlu ditakuti lagi.

" You were fainted."

" What? Then why you don't bring me to my home?" Ketakutan yang hilang sebentar tadi mula kembali menjalar dalanm dirinya. Dia merasakan dia tidak berada dalam keadaan yang selamat tambah-tambah melihat jelingan mata David seperti orang yang mempunyai niat yang jahat.

" Chill girl. Why not we spend our night in this room?" David berjalan menghampiri Amy. Nafas Amy rasa tidak menentu lagi. Dia harus berbuat sesuatu. Dia berundur ke belakang saat dia merasakan David begitu hampir dengannya. Dia baru teringat senjata yang dipegang tadi. Matanya menghala ke katil. Dia tahu dia harus berundur menghampiri katil. Senjata telah berjaya dicapai.

" Don't you dare to come near to me." David ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Amy. Dia yakin Amy tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Mangsa di dalam kekuasaannya sekarang.

" I dare to do that." Kini David berada begitu dekat dengan Amy. Tanpa membuang masa Amy terus memukul kepala David dengan senjata yang berada di dalam genggaman tangannya. David berasa kepalanya begitu sakit sekali. Dia meraung-raung. Amy tidak mempedulikan kesakitan David. Dia mencapai tas tangannya dan terus melarikan diri.

..................................................................................................

Kisah yang lalu masih menghantui diri Amy. Kadang kala dia menjerit-jerit ketakutan di dalam biliknya. Suzana dan seorang lagi  rakan serumah iaitu Hana bukan tidak mengambil berat mengenai Amy. Tapi acap kali Amy tidak mampu untuk meluahkannya. Akhirnya, sesi pertanyaan menjadi sesi tangisan.

" Amy! Buka pintu ni." Ketukkan berbunyi di depan bilik Amy. Amy yang sedang tidur nyenyak terus terbangun. Dia cepat-cepat membuka pintu setelah ketukkan yang berpalu-palu tanpa henti.

" Mulai hari ini, ko keluar daripada rumah ini. Aku takda kawan serumah yang pelacur. Aku taknak terlibat langsung dengan kawan jenis macam ni." Tanpa ucapan salam, Amy terus diberi amaran untuk keluar daripada rumah sewanya dengan segera.

" Tapi aku tak buat benda tu. Aku bukan pelacur." Amy cuba mempertahankan dirinya.

" Ko ingat aku nak percaya. Kalau dah setiap kali jumaat malam ko keluar dengan lelaki tu, takkan ko takda buat projek pula. Dan setiap malam ko kata jangan tunggu ko balik rumah. Bukan pelacur ke kalau dah macam tu."

" Zana, takkan ko tak kenal aku? Aku takkan buat benda-benda macam tu?" Amy cuba memujuk Suzana sekali lagi. Tangan Suzana cubah diraih. Namun Suzana melarikan tangannya daripada disentuh oleh Amy. Suzana tidak melayan pujukkan tersebut.

" Kalau ko bagi lelaki tu pegang pinggang ko, ni apatah lagi lebih daripada tu." Suzana beredar daripada bilik Amy. Kemudian dia muncul kembali dengan telefon bimbit di tangan kanannya. Dia menunjukkan sesuatu kepada Amy.

" Ni gambar ko dengan lelaki mat salleh tu. Apa lagi yang buat ko nak berdalih. Sekarang ni, aku nak ko kemas semua barang ko kemudian berambus. Jangan sesekali muncul di depan aku. Aku takda kawan macam ko." Hana baru sahaja pulang daripada kelas. Jeritan suara Suzana menarik perhatiannya. Dia meletakkan kasutnya di tempat rak kasut dan terus ke bilik Amy.

" Kenapa Zana, Amy?" Pelik dia melihat kedua-dua mereka berada di dalam keadaan yang tegang.

" Ko tanya pelacur ni. Aku nak sekarang ko berambus juga. Aku bagi masa dekat ko 15 minit untuk kemas semua barang ko." Suzana berlalu pergi tetapi sempat ditahan oleh Hana.

" Kalau ye pun betul dia pelacur, jangan buat dia sampai begini. Mana dia nak pergi kalau ko minta dia berambus?" Hana cuba bertolenransi dengan Suzana.

" Itu aku tak kisah. Dah jangan halang jalan aku." Hana tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Amy menangis teresak-esak di atas katilnya. Hana pergi memujuk Amy.

" Amy, mari aku tolong kemaskan barang ko. Nanti aku telefon kawan aku. Ko boleh tumpang dekat rumah dia. Lagi pun rumah dia memang tak cukup sorang sekarang ni." Ini saja yang Hana mampu untuk tolong Amy. Air mata yang menitis di pipi Amy disapu dengan menggunakan lengan bajunya. Tiada apa yang boleh dia pertahankan lagi. Perlahan-lahan dia bangun dari katilnya dan terus berkemas apa yang patut.

..............................................................................................


Sudah seminggu Amy berada di rumah kawan Hana iaitu Salmah. Salmah, perwatakkannya yang begitu sopan. Sopannya bukan sahaja daripada petuturan kata tetapi merangkumi pemakaiannya juga. Boleh dikatakan setiap kali azan, Salmah akan memanggilnya untuk solat sekali dengan kawan-kawan serumah yang lain. Kadang-kadang dia buat tertidur atau sakit perut untuk mengelak daripada solat berjemaah. Dia teringat kata-kata Suzana.

" Eleh! Diorang tu nampak je alim tapi sebenarnya hipokrit."

Dia teringat pula kepada Suzana. Apa khabar agaknya sahabatnya itu. Masihkah ada benci di hatinya? Dia tahu semua khabar angin yang palsu itu disebarkan oleh David. Pernah suatu hari, dia pergi menyerang David.

" David!" Amy cuba mengejar David setelah tamat sesi pelajaran pada hari tersebut. David cuba melarikan diri apabila dia mengetahui Amy sedang mencarinya. Melihat keadaan itu, Amy dengan pantas  mengejar David. Setelah begitu hampir, dia cepat-cepat meraih lengan tangan David.

" David! Are you trying to run away from me?"

" No I'm not." David cuba berlagak dengan muka yang tidak bersalah.

" Why you do this to me?"

" Did what?" Kelihatannya seperti David tidak mengetahui apa yang telah berlaku di antara mereka.

" Yo send photo that contain an image between you and me to my friend. And you know, we did not do anything at that night. Why you want to spread that rumour. You ruined my life. Did you know that?"

" Listen to me Amy. I did not do that kind of job. Why should I? I'm not get anything from that. Silly girl." Rasa amarah mula akan meletup dalam diri Amy. Pantang dia, apabila orang kata dia bodoh.

" Watch your mouth David."

" Whatever. I have to go now." Nampaknya martabaat seorang wanita begitu rendah pada pandangan David. Dia boleh buat apa saja yang dia suka terhadap wanita. Rasa sebak dalam dirinya. Semua orang sekelilingnya telah mengecopnya sebagai pelacur. Bagaiman dia mahu membersihkan nama dia? Kalau ibu dan ayahnya tahu bagaimana pula? Tentu mereka malu.

Hana. Ya, hanya Hana yang tidak pernah berkata yang sedemikian. Hana memang kawan yang baik bagi Amy. Sanggup menolongnya saat-saat dia berada di dalam keadaan kesusahan. Ada masa, Hana akan datang ke rumah ini untuk melihat keadaannya. Takut-takut tidak selesa. Kedengaran seperti orang yang bertengkar di dalam dapur.

" Ko yang buang botol sabun shampoo aku kan Rina?" Salmah menuduh Sabrina membuang botol shampoonya.

" Sorry aku tak sengaja."

" Ko tau kan dalam botol tu masih ada isi." Ini kali pertama Amy melihat Salmah cuba menahan perasaan marahnya. Betul kata Suzana. Nampak saja solehah tetapi marah pun tidak pandai mengawal. Amy tidak mahu terus berada di dalam situasi itu. Dia terus kembali ke dalam biliknya.

.........................................................................................

Pada malam itu pula, Amy melihat Sabrina dan Salmah kembali bergaul seperti biasa. Sepertinya tiada apa-apa yang berlaku pada siang hari tadi. Dia berasa begitu pelik dengan situasi tersebut. Dia dengan Suzana pun belum pulih lagi hubungan mereka dan dia masih berada dalam keadaan trauma apabila mengingati masa silam itu. Dia tidak lagi berkawan dengan David.

Kedengaran bunyi loceng beberapa kali. Amy mengagak mesti Hana yang datang. Dia pergi membuka pintu rumah. Tepat sekali tekaannya.

" Assalamualaikum Amy."

" Waalaikumussalam Hana. Mari masuk." Amy melihat Hana membawa sesuatu untuk rumah ini. Mesti kebab. Tidak kebab ayam goreng dan kentang. Mereka terus menuju ke dapur rumah. Selalunya tempat inilah tempat mereka selalu melepak dan berborak bersama-sama. Kebetulan pula pada masa itu Salmah, Sabrina dan kawan serumah yang lain tidak ada di kawasan dapur. Mungkin tengah sibuk melakukan kerja masing-masing. Peluang itu diambil oleh Amy untuk bertanyakan sesuatu kepada Hana.

" Hana, aku nak tanya sesuatu boleh?" Hana meletakkan plastik makanan di atas meja. Kerusi ditarik dan duduk di bersebelahan dengan Amy.

" Eh! Tanya je la. Aku takda kena sebarang pembayaran untuk sebarang jenis pertanyaan." Amy mengambil beberapa nafas sebelum membentangkan persoalannya.

" Aku rasa pelik dengan suasana dalam rumah ni. Bukan apa, semua look very alim. Dengan tudung labuh. Baju pula kebanyakkan jubah. Solat terjaga walaupun waktu Subuh kadang-kadang lewat sikit. Biasa la waktu yang paling sukar orang nak bangun. Tapi pagi tadi, first time aku tengok Salmah gaduh dengan Sabrina."

" Diorang gaduh pasal apa?"

" Sabrina buang botol shampoo Salmah. Dalam tu masih ada isi lagi."

" Owh. Jadi apa yang ko rasa pelik sangat ni.?"

" Aku pelik, takkan begitu mudah Salmah dengan Sabrina berbaik semula sedangkan aku dengan Suzana kalau bergaduh, berhari-hari juga nak ceriakan kembali keadaan. Lepas tu, aku rasa diorang ini hipokrit."

" Hipokrit?"

" Ya la. Nampak macam bagus depan orang lain tapi dalam hal macam ini pun dah tunjuk belang marah." Hana cuba berfikir dahulu sebelum menjawab soalan Amy. Bukan tidak mahu bercakap terus tapi takut tersalah faham pula.

" Macam ni ja lah Amy. Boleh aku tau siapa yang letakkan tittle alim dan hipokrit tu?" Terdiam Amy. Dia sendiri pun tidak tahu datang daripada mana istilah-istilah tersebut. Hana tersenyum melihat kekakuan Amy.

" Amy, sebenarnya manusia sendiri yang meletakkan istilah tersebut. Sedangkan orangnya tidak pula berkata dia alim mahupun hipokrit."

" Aku tak faham. Apa yang ko cuba sampaikan?"

" Pernah ko dengar Salmah kata dia alim?" Amy menggeleng-gelengkan kepala.

" Pernah dia kata dia orang yang terbaik daripada kalangan orang yang berada di dalam rumah ini?" Sekali lagi Amy menggeleng-gelengkan kepalanya.

" Jadi, siapa yang meletakkan term tersebut. Actually, orang-orang seperti mereka adalah orang-orang yang cuba menjadi hamba Allah yang terbaik. Mereka tidak sempurna dan ada kekurangan. Daripada kekurangan itu mereka belajar untuk perbaiki diri. Dan jangan sesekali menyangka mereka orang yang terbaik dan semestinya menjadi contoh tauladan kepada orang lain. Sebenarnya mereka dalam proses merubah diri dan mereka perlukan peringatan-peringatan kepada kebaikan daripada orang lain. Sebab itu dalam surah Al-Asr Allah menyatakan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. Perkataan saling itu sendiri sudah menunjukkan we need each other. Mereka bukan insan terhebat tetapi mereka menjadi terhebat apabila di kalangan mereka sama-sama saling bantu membantu untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Sedangkan ulama ada melakukan kesalahan apatah lagi kita sebagai insan biasa. Amy..."

" Erm..."

" Ko kenalilah kawan-kawan serumah ko. Aku yakin ko akan dapat sesuatu yang ko takkan dapat daripada orang lain. Mereka sedang melakukan perubahan ke arah kebaikan, ko tak nak ikut?" Amy sedar, selama ini dia hidup dengan sosial yang tiada limit mahupun batas. Dan dia tahu Hana sedang menawarkan sesuatu yang baik untuk dia. Kalau dia melepaskan peluang ini , adakah dia masih ada peluang pada masa akan datang?

...................................................................................

Sejak itu, Amy cuba mengikuti nasihat Hana agar tidak meletakkan jurang di antara mereka. Dia tidak lagi melarikan diri daripada solat berjemaah bersama-sama. Dia tidak lagi hanya duduk sorang-sorang di dalam bilik. Selalu juga dia melepak di bilik Salmah, Sabrina, Huda dan Airin.

Dia perhati dan meneliti setiap sifat-sifat kawan-kawan serumahnya. Semuanya kontra. Kalau yang ada persamaan hanya segelintir sahaja. Yang lain sungguh kontra. Ada masa mereka bergaduh betul, ada masa bergaduh manja-manja dan ada masa mereka gelak ketawa.

Sungguh, dia tidak pernah berasa perasaan yang tenang. Walaupun Amy telah lama tinggal dengan Suzana, perasaan ini tidak pernah dia rasai. Apa yang telah berlaku kepada dirinya?

" Orang sana. Termenung jauh nampak. Teringat dekat siapa tu?" Habis lamunan Amy pecah akibat sergahan daripada Salmah.

" Mana ada jauhnye. Dekat je kot aku termenung. Aku tengok karpet ni je. Kesian takda orang nak bersembang dengan dia." Amy berkata sedemikian kerana ingin menyakat Salmah. Situasi itu Salmah tidak membiarkan hanya Amy yang menguasainya.

" Oh! Ye ke? Karpet betul ke ko boleh cakap?" Amy menampar bahu Salmah kerana berjaya mengenakannya.

" Pandai ek nak berloyar buruk dengan aku."

" Tak ada la pandai mana pun...."

" Salmah! Amy! Cepat siap. Siapa lambat jadi imam." Salmah tidak sempat untuk menyambung katanya apabila mendengar jeritan Huda. Salmah tengok muka Amy. Amy juga tengok Salmah. Salmah menolak badan Amy ke belakang. Amy cuba menahan diri daripada ditolak.

" Aku cop toilet dulu." Pantas Salmah berlari ke tandas. Amy juga tidak ketinggalan walaupun dia berada di belakang Salmah.

" Siapa cepat dia dapat." Amy cuba memotong Salmah. Namun siapa sangka, pada saat mereka menghampiri tempat ditujui Airin menuju ke tandas terlebih dahulu.

" Airin!"

" Sorry guys! Siapa cepat dia dapat." Airin menjerit dari dalam tandas. Bertambah suhu tahap kemarahan mereka.

" Ko punya pasal la Salmah." Amy cuba mencari kesalahan Salmah.

" Asal pulak aku, Ko yang salah dalam hal ini." Pergaduhan mereka hanya akan berhenti apabila Airin keluar daripada tandas. Gaduh itu adalah satu lumrah dalam rumah tersebut. Selalunya selepas solat akan berlaku sesi kemaafan. Itulah keindahan bersahabat yang membawa kepada Ilahi.

.............................................................................................

Rasa bosan apabila tiada satu kerja yang boleh dilaksanakan. Hendak belajar, minda tengah stress. Hendak jalan-jalan di luar rasanya tidak mahu kerana kesejukkan. Akhirnya, Amy mengambil keputusan untuk ke bilik Salmah. Dia melihat bilik Salmah terbuka sedikit.

" Assalamualaikum." Amy mengetuk pintu sambil memberi salam.

" Waalaikumussalam. Ko rupanya Amy. Masuk la kalau tak malu." Salmah hanya beralih sebentar kepada Amy. Kemudian dia meneruskan kerjanya kembali.

" Aku memang tak malu pun. Jadi aku boleh la masuk bilik ko." Amy membuka sedikit pintu bilik Salmah supaya dia boleh memasuki bilik tersebut. Dia berjalan dan mengambil tempat duduk di katil Salmah. Kepalanya menjenguk-jenguk apa yang Salmah sedang kerjakan.

" Ko sibuk ke Salmah?"

" Takda sibuk pun. Aku tengah sembang-sembang di alam maya dengan kawan aku." Salmah bercakap sambil tangannnya tidak berhenti menaip. Amy rasakan bukan masa yang sesuai untuk mengganggu Salmah. Dia bangun dan berniat ingin keluar daripada bilik Salmah. Salmah yang perasaan keadaan itu terus menegur Amy.

" Eh! Ko nak pergi mana pula tu?"

" Takda la. Aku tengok ko macam sibuk je, jadi aku taknak la kacau."

" Mana ada. Duduk balik atas katil aku." Tangan Salmah menaip begitu cepat sekali. Selepas itu tiada lagi bunyian di keyboard.

" Apa citer datang bilik aku? Bosan ek?"

" Lebih kurang la. Saja nak berbual dengan ko setelah berjam-jam duduk dalam dewan kuliah."

" Ko macam mana dengan mamat tu?"

" Entah. Dia buat hal dia. Aku buat hal aku. Dan Untuk pengetahuan ko juga, aku dah tak berkawan dengan Razif."

" Kenape?"

" Dia dengan David same je. Mereka bersubahat." Salmah beristigfar beberapa kali. Banyak sungguh dugaan yang dihadapi oleh Amy. Di luar sana ramai yang memboikot Amy terutamanya kawan-kawan melayunya. Salmah rasa jika dia berada di tempat Amy, belum tentu dia boleh menempuhnya.

" Salmah! Aku nak bertanya sesuatu boleh?"

" Apa dia?" Pada mulanya Amy begitu ragu-ragu untuk menyuarakannya. Melihat seimbas muka Salmah, Amy yakin Salmah adalah orang yang boleh diyakini dan dipercayai.

" Semasa ko dapat cerita pasal aku, kenapa ko tak marah atau menghalau aku daripada rumah ek?" Terkejut juga Salmah mendengar soalan Amy. Soalan yang di luar jangkaannya.

" Selagi tiada empat orang saksi yang menyaksikan perkara tersebut selagi itu aku akan katakan itu semua berita yang ragu-ragu. Tiada bukti. Jadi untuk kes ko, aku tiada bukti nak menuduh ko walaupun banyak gambar ko dengan mamat tu tersebar. Dan, meskipun kalau ko memang orang yang begitu dan ko mengakui dan menyedari kesalahan tu, apa point aku nak halau ko."

" Tapi kenapa?" Amy mahu mendapat jawapan yang lebih tepat. Dia dapat rasa sesuatu dalam diri Salmah.

" Ko ingat cerita seorang lelaki yang telah membunuh seramai 100 orang?" Amy mengganggukkan kepalanya.

" Dia pun ada buat dosa. Dia nak berubah. Tapi ada seorang lelaki yang alim telah memperok perandakan lagi keadaan. Dia kata lelaki itu tidak akan dapat kemaafan daripada Allah. Sebab itu boleh jadi jumlah 100 orang. Kemudian dia berjumpa pula dengan seorang lelaki yang alim juga. Dia beri motivasi kepada lelaki yang telah banyak membunuh orang tu supaya dia pergi ke satu kampung yang boleh membantu dia mencari kembali jalan Allah. Tapi dia mati di tengah perjalanan."

" Apa kena mengena cerita itu dengan keadaan aku sekarang?"

" Aku taknak menjadi seperti lelaki alim yang pertama tu. Dia telah menghalangi jalan seorang hamba yang ingin kepada Allah kembali. Dan aku sedar aku tidak boleh judge dosa orang lain sebab aku juga ada buat dosa. So, apa bezanya aku dengan ko. Untuk sebab lain, Allah tak tengok pada result kebaikan ko. Tapi Allah tengok usaha ko untuk mencari cinta-Nya. Seperti lelaki tadi. Dia belum sempat buat kebaikan. Tetapi disebabkan dia sedar dan mahu untuk berubah, Allah mencampakkan di ke syurga."

" Allah maafkan aku ke?" Amy masih dalam ragu-ragu.

" Amy, Allah telah menceritakan banyak kisah orang telah berbuat dosa. Contohnya Wahsyi. Dia telah membunuh Saidina Hamzah. Pak Cik Nabi sendiri. Tapi selepas pembukaan Mekah, seorang wakil Rasulullah menawar Wahsyi untuk kembali kepada Allah. Dia tolak tawaran tersebut sebab diri dia rasa dosa yang teramat sehingga Allah menurunkan surah Az-Zumar ayat 53."

 Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Kerana sesungguhnya Allah Maha Mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

" Apa lagi yang ko cari Amy. Allah telah bagi kata kunci kepada kita. Kita kena usaha selagi hayat kita ada untuk mencari redha Allah. Dengan penuh kasih sayang Allah kata kepada manusia don't ever give up."


" Tapi aku tak mampu lakukan semua ini seorang diri Salmah."

" Apa gunanya aku ini. Amy, matlamat kita sama iaitu ingin mencapai mardhatillah. Aku juga tidak mampu melakukan seorang diri. Aku bukan insan terhebat walaupun kelihatan terhebat di mata manusia. Aku perlukan somebody  untuk mengingatkan aku. Tegur aku bila aku buat salah untuk menjadi hamba yang terbaik."

" Ko akan bersama-sama denga aku kan?" Amy ingin membuat perjanjian dengan Salmah.

" Insya-Allah Amy. Selagi Allah membenarkan kita bersama selagi itu kita berusaha menjadi hamba-Nya."

" Kalau Allah pisahkan kita?"

" Maka itu adalah yang terbaik buat kita. Jangan menghadkan tali ukhuwwah Amy. Jika ko jumpa orang yang boleh bawa ko kepada Allah, maka pergilah kepada orang tersebut. Tapi, jangan sesekali meletakkan dia sebagai manusia yang sempurna sebab dia juga manusia yang tidak pernah tidak melakukan dosa. Seperti apa yang ko komen pasal aku depan Hana."

" Apa? Hana beritahu dekat ko?" Amy mula berasa gelabah. Rahsianya terbocor.

" Rilek sudah. Aku tak marah pun."

" Salmah." Salmah mengangkat kening apabila namanya dipanggil oleh Amy.

" Aku sayang ko." Amy terus lari selepas membuat satu pengakuan yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini. Salmah tertawa melihat gelagat Amy yang malu.

" Aku sayang ko juga Amy kerana Allah!"

No comments

Post a Comment