15/02/2012

Jatuh Hati-6


                                         [Kredit]

Ketika berlakunya perang Ahzab, Allah menguji orang mukmim dengan menggoncang hati mereka dengan begitu dahsyat. Itulah perasaan yang Ikhwan sedang hadapi pada saat ini walaupun tidak sehebat ujian para sahabat dahulu. Mungkin perasaan itu hanya secebis daripada ujian yang mereka alami. Rasa resah, takut, dan tiada keyakinan diri meresap di dalam jiwanya. Dia takut untuk menghadapi takdir yang akan berlaku sebentar lagi. Fizikalnya sekarang telah berada di hadapan rumah Haikal seperti yang telah dijanjikan.

Kakinya masih terpaku seperti di tahan oleh seseorang daripada bergerak. Keadaannya itu kadang kala menganggu perjalanan orang lain.

"Hey young man, don't block my way." Tegur seorang lelaki tua tika dia sendiri tidak perasan Ikhwan berada di situ. Terkejut Ikhwan mendengar teguran daripada seorang lelaki tua. Dia bergerak sedikit ke hadapan untuk memberi laluan kepadanya dan supaya tidak lagi menghalangi jalan orang lain.

" Sorry." Hanya kemaafan yang mampu terungkap di bibirnya tatkala hatinya masih dihinggapi dengan rasa ketakutan. Di dalam hatinya, dia berdoa agar Allah memberi kekuatan pada dirinya untuk menghadapi apa-apa pun yang bakal akan berlaku.

" Bismillahi tawakkaltu alallah. Moga Allah memberkati setiap langkahku. Ameen." Seperti baru mendapat kekuatan, dia terus bergerak ke hadapan pintu rumah Haikal. Loceng ditekan beberapa kali. Dalam beberapa saat kedengaran seseorang sedang berjalan ke arahnya. Bunyian tapak kaki itu semakin dekat dan dekat. Kini sudah berada di depannya. Pintu dibuka perlahan-lahan.

" Assalamualaikum auntie." Ikhwan memberi salam dengan diserikan dengan senyuman. Dia berasa begitu tenang apabila menatap muka Puan Maisarah. Mengingatkan dia tentang ibunya. Sedikit sebanyak dapat mengubati penyakit rindunya.

" Waalaikumussalam. Oh! Ikhwan rupanya. Long time I never see you since one months ago. How are you dear? Come inside. Terlupa pula auntie nak jemput masuk" Begitu gembira sekali Puan Maisarah apabila melihat kedatangan orang yang telah lama tidak mengunjungi rumahnya sehingga terlupa dia untuk menjemput Ikhwan masuk ke dalam. Puan Maisarah memberi ruang kepada Ikhwan untuk berlalu.

" Alhamdulillah auntie. Sihat-sihat selalu. Yang tak sihat tu cuma penyakit rindu." Ikhwan berbicara memandang Puan Maisarah sambil tangannya ligat membuka kasut dan diletakkan di rak yang telah disediakan.

" Auntie faham Wan. I can feel it."

" Tapi dapat jumpa auntie ni merupakan satu rahmat. Dapat hilang sedikit kerinduan." Puan Maisarah begitu bangga dengan sikap Ikhwan yang pandai berdikari dan pandai mengurus perasaan rindu kepada seorang ibu yang berjauhan daripadanya.

" Alhamdulillah. Wan nak jumpa Haikal kan? Dia ada di atas. Mari auntie tolong bawakkan?"

" Eh! Tak payah la auntie. Wan boleh pergi sendiri." Ikhwan menolak pelawaan Puan Maisarah. Dia sendiri tahu di mana posisi bilik Haikal di dalam rumah tersebut. Mana tidaknya, rumah inilah tempat melepak dia bersama Haikal. Lagi pula dia tidak ingin menyusahkan Puan Maisarah.

" Takpe. Auntie ada nak pesan something dekat Haikal. Mari." Ajakan kedua tidak betah lagi Ikhwan untuk menolak. Dia mengikut Puan Maisarah daripada belakang. Perasaannya kembali berdebar. Beberapa langkah lagi, dia akan tiba di bilik Haikal. Ada masanya, dia berasa ingin berpatah balik. Namun melihat Puan Maisarah di hadapannya, dia tidak sanggup untuk berbuat sedemikian. Kini, mereka tiba di hadapan bilik Haikal. Puan Maisarah mengetuk pintu beberapa kali.

" Kal. Sayang. Wan datang ni. Open the door sayang." Mereka tunggu dengan sabar. Masih tiada tindakbalas daripada Haikal. Puan Maisarah cuba mengetuk pintu buat kali kedua.

" Sayang. Buka pintu ni." Ketukkan itu menarik perhatian Encik Kamarul. Biliknya tidak terlalu jauh atau dekat dengan bilik Haikal. Tidak senang hatinya mendengar suara isterinya cuba memanggil Haikal beberapa kali. Dia terus keluar daripada biliknya.

" Sarah. Kenapa ni? Eh! Wan pun ada." Terkejut sebentar Encik Kamarul dengan kedatangan Ikhwan. Ikhwan mengambil kesempatan itu untuk bersalaman dengan Encik Kamarul.

" Bang. Haikal tak nak buka pintu. Sarah risau." Encik Kamarul memberi perhatian semula kepada isterinya. Dia cuba untuk mengetuk pintu bilik Haikal.

" Kal.Open the door please. Wan is waiting for you outside here." Kedengaran tombol pintu dibuka dari dalam bilik Haikal.

" Sorry dad. Kal ad dalam toilet tadi. Sorry mum."

" You made me worried Kal." Rasa lega Puan Maisarah apabila melihat Haikal berapa di depannya.

" Wan datang ni. Please behave yourself during conversation." Puan Maisarah masih sempat menasihati Haikal untuk berbincang dengan baik. Ikhwan rasa sedikit pelik dengan pesanan Puan Maisarah seperti tahu saja apa yang telah berlaku di antara mereka.

" Okay."

" Wan, masuklah bilik Haikal. mum dengan daddy pergi dulu." Setelah pasangan suami isteri berlalu, berlaku kekakuan antara mereka berdua. Ikhwan tidak tahu sama ada dia harus masuk ke bilik Haikal ataupun tidak.

" Masuklah." Haikal berkata dengan nada tiada ada perasaan. Seperti mereka berdua bukan berkawan baik seperti dahulu. Ikhwan masuk dengan teragak-agak. Pintu ditutup supaya perbualan mereka tidak didengari oleh emak dan ayah Haikal. Ikhwan terus kaku. Menunggu arahan daripada Haikal apa langkah seterusnya harus dia lakukan. Haikal pula terus berada di dunianya. Dia sedang duduk di meja belajarnya dan terus menghadap komputer riba.

' Betul ke Kal ni? Hari itu bukan main gertak aku kalau aku tak datang. Sekarang ni aku dah datang, dia buat don't know je.'

Ikhwan menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal. Dia fikir, kalau salah seorang tidak bersuara, sampai bila-bila pun takkan jumpa jalan penyelesaian. Mungkin dia harus mencipta langkah pertama. Teringat pula dia akan pesanan Naim tentang ego. Dia mahu ukhuwwah antara dia dan Haikal yang dinobat kemenangan. Bukan ego dalam diri masing-masing. Walaupun hatinya berasa berat untuk memulakannya, dia harus maju untuk merealisasikan kemenangan yang diimpikan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

" Kal." Panggilan nama tersebut tidak disahut oleh empunya. Ikhwan menggenggam tangannya begitu erat sekali. Dia perlukan kekuatan.

" Kal!" Sekali lagi panggilan nama Haikal dipanggil. Kali ini kuat sedikit daripada yang sebelumnya

" Kal. Aku tahu aku salah. Aku minta maaf kalau ko terasa dengan cara aku bagi nasihat. Aku tak bermaksud untuk sakitkan hati ko. Kal." Ikhwan berjalan mendekati Haikal.

" Stop there. Don't move your step." Haikal bersuara apabila dapat merasai kedatangan Ikhwan yang semakin mendekatinya. Ikhwan patuh dengan permintaan Haikal.

" Kal, please forgive me." Rayuan dibuat dengan berharap dapat kemaafan daripada Haikal.

" Can you just shut up!" Terpegun Ikhwan mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Haikal. Haikal tidak pernah bercakap nada sebegitu kepada dia. Dia sangat terkejut dengan perubahan Haikal setelah lebih sebulan tidak berbual.

" Aku dah fed up dengan ko tahu tak? Konon ko tu baik sangat la nak beri nasihat kat aku. Pada hal diri sendiri pun tak terjaga. Dah la, aku nak keluar. Rimas aku bila hadap muka ko." Haikal bangun daripada kerusi yang dia duduki sebentar tadi untuk keluar daripada biliknya. Rasa panas pula dalam bilik ini. Ikhwan cuba menahan perjalanan Haikal.

" Kalau ko tak nak perkara lain yang berlaku lebih teruk, lebih baik ko jangan halang laluan aku. Lepas la!" Haikal cuba merungkai pegangan tangan Ikhwan. Pergelutan berlaku di antara mereka.

" Kal please."

" Kan aku dah kata lepaskan aku. Kalau ko tak nak perasaan benci tumbuh lebih mendalam dalam hati aku ni, lebih baik ko benarkan aku pergi." Ikhwan tidak mampu menahan sebak di dalam hatinya tatkala mendengar luahan daripada Haikal. Akhirnya dia sendiri merungkaikan pegangan tersebut. Matanya hanya mampu melihat pemergian Haikal. Sewaktu ini, dia benar-benar berasa lemah. Kekuatannya yang ada sebelum ini, entah hilang ke mana. Terduduk dia dan dalam senyap-senyap air mata keluar dari matanya.

Dia tidak mampu menahan lagi. Lalu disembur tangisan sepuas-puas hatinya. Dia telah kalah. Kalah dengan ego. Penamatnya sudah ada. Tiada lagi hubungan dia dengan Haikal. Tiada. Dia perlu cari kekuatan untuk bangun kembali. Dia tidak boleh merelakan ujian ini membuat dia menjadi lemah

' Allah, kuatkanlah hatiku. Aku tahu inilah ujian buatku dan dia.'

Sedang dia di dalam esakan, dia merasakan ada seseorang memegang bahu kanannya. Dalam tangisan dia mendongakkan mukanya untuk melihat orang tersebut. Matanya masih tidak dapat melihat dengan begitu jelas. Dia menyapu air mata dengan tangannya. Setelah itu, baharulah penglihatannya semakin jelas. Sesuatu yang dia sendiri tidak terjangka. Orang yang memegang bahunya itu sedang memberi senyuman. Tergamam. Dia tidak mampu untuk bersuara. Hatinya berkocak kencang.

No comments

Post a Comment