14/02/2012

Aku Geram Tahu

                                       [Kredit]

Ini bukan cerpen tetapi ini adalah refleksi atau muhasabah diri ana. Ana ingin berkongsi apa yang telah ana alami terutamanya berita-berita yang berkisar tentang Palestin, Gaza, Tunisia, Mesir, dan sekarang Syria. Ana selalu sahaja diberi pendedahan mengenai topik-topik ini.

Banyak institusi cuba membangkitkan awareness dalam diri manusia seperti mengadakan kempen menderma, kuliah bersama-sama ustaz atau ustazah, konsert dan pelbagai lagi. Semua program ini adalah sangat bagus untuk memberi kesedaran kepada kita.

Sepanjang pengamatan ana dan pengalaman ana, dalam diri ana sendiri hanya merasai geram dengan apa yang telah berlaku. Berasa sedih melihat kesedihan-kesedihan mangsa kepada keadaan. Berasa simpati dengan kehidupan mereka yang serba kekurangan. Sebenarnya rasa nak belasah 'penjahat-penjahat' itu pun ada juga. Itu imaginasi. Realiti ana sendiri tidak tahu tahap keberanian ana.

Ketahuilah sahabat-sahabatku, perasaan ini akan fade away by time. Kita akan merasakan selesa kembali dengan kehidupan kita sekarang. Isu-isu ini terus lenyap sekiranya tiada orang yang cuba bangkitkan. Malah doa untuk mereka pun kadang kala kita berasa berat atau 'lupa'.

Sedangkan di dalam hadith ke-13, Rasulullah SAW bersabda,

" Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai diri sendiri." [HR Bukhari dan Muslim]

Ana sendiri tertanya, kenapa ana tidak merasakan 'cinta' itu kepada mereka?

Rupa-rupanya ana sendiri tidak 'mencintai diri sendiri' lagi. 

Kenapa?

Kalau kita mencintai diri sendiri, kita tidak akan membuat perkara-perkara yang mensia-siakan. Tidak sanggup membinasakan ruh dan jasad ini dengan bakaran api neraka. Tidak sanggup membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Apabila cinta wujud di dalam diri kita, nescaya kita juga tidak sanggup untuk melihat penderitaan orang lain. Kerana kita cinta kepada mereka. Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga.

Cukupkah sekadar melihat dan merasai penderitaan mereka, bergantung kepada 'organisasi', dan berdoa?

Something we need to do over here.

If you want to change the world, you have to work. Not just sit, hear, feel their feelings and doa. 

If you still with your world, nothing will change.

Sunnatullah tidak akan berubah. Islam akan bangkit pada suatu hari nanti. Tidakkah kita mahu menjadi orang salah seorang hamba Allah yang cuba merealisasikan kejayaan tersebut. Atau kita hanya orang yang menunggu seperti :

" Wahai kaumku! Masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu berbalik ke belakang (kerana takut kepada musuh), nanti kamu menjadi orang yang rugi."

Mereka berkata," Wahai Musa! Sesungguhnya di dalam negeri itu ada orang-orang yang sangat kuat dan kejam, kami tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar darinya. Jika mereka keluar dari sana, nescaya kami akan masuk."

Berkatalah dua orang laki-laki di antara mereka yang bertakwa, yang telah diberi nikmat oleh Allah," Serbulah mereka melalui pintu gerbang (negeri) itu. Jika kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu orang-orang beriman."

Mereka berkata," Wahai Musa! Sampai kapan pun kami tidak akan memasukinya selama mereka masih ada di dalamnya, kerana itu pergilah engkau bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua. Biarlah kami tetap (menanti) di sini saja."

Di luar sana, ada masyarakat kita yang telah menyambut ' Hari Kekasih'. Menjadi tugas kita menyedarkan dan membangunkan mereka. Bukan 'memboikot' mereka dengan berkata 'haram' dengan keadaan yang tegas kerana mereka tahu sahaja perkara itu haram. Hati mereka telah dikotori. Tugas kita membersihkannya.

Seperti debu-debu atau kekotoran yang berkumpul di halaman rumah kita. Kita yang kena sapu. Bukan mengharapkan angin membawanya pergi. Kemungkinan pula angin tersebut membawa debu-debu di tempat lain ke halaman rumah kita. 

Wallahu'alam.

( Al-Ma'idah: 21-24 )

No comments

Post a Comment