26/02/2012

Dengan Aku, Dia Tak Ingat Pun

[Kredit]


Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji-pujian bagi Allah yang telah meresap rasa kasih sayang kita kepada ibu, bapa, adik-beradik dan seluruh umat manusia.

Hari ini ana ada buka youtube dan buka bahagian lagu-lagu artis melayu. Seperti biasa kebanyakkan lagu-lagu berkisarkan mengenai cinta yang manis, pahit dan sedih.

Bila dengar salah sebuah lagu, minda ana terimbau akan wajah-wajah remaja-remaja perempuan dan juga wanita-wanita.

Kenapa?

Kerana hati wanita begitu sensitif. Menonton cerita yang sedih pun boleh menangis apatah lagi lagu-lagu yang mendayu jiwa raga seorang perempuan. Ana tidak menafikan ada fizikalnya menunjuk reaksi yang biasa-biasa. Tapi ketahuilah hatinya sedang merasai.

Itulah jiwa seorang perempuan. Cukup sensitif.

Apabila mendengar lagu-lagu cinta seperti ini secara tidak sedar kita terimbau orang yang kita 'kasihi'. Tidak kira yang sedang dilamun cinta, yang tengah frust, yang tengah break, yang tengah geram pada si dia.

Ana pun pernah mengalaminya. Tidak dapat dinafikan. [Biasa la cinta monyet dulu-dulu]

Ketahuilah wahai remaja-remaja dan wanita-wanitaku sekalian, kerana terlalu dilamun dengan fantasi, kita telah melupai seseorang.

" 24 jam dia teringat dekat jantung hati dia. Dekat Aku ini jarang dia nak ingat padahal Aku yang selalu disisi dia 24 jam. Nak ingat pun sikit-sikit je. Tak cukup romantik dan care ke Aku ni? Pakaian Aku bagi. Tempat tinggal Aku bagi. Ibu bapa Aku bagi. Nak pergi melancong Aku bagi. Aku menjauhi dia daripada kejahatan. Jantung hati dia tu pun Aku yang jaga dan Aku yang bagi segala yang ada pada diri dia. Haila..." [ Ini hanya dialog yang ana buat. Kalau daripada Allah adalah lebih indah, dan power. ]

" Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." [Qaf: 16]

Apabila kita mengingati  'seseorang' akan membuat diri kita lebih teruk. Lebih jauh daripada Allah. Hidup kita tidak akan tenteram dan tenang. Hati kita terus rasa sakit kerana kita telah lari daripada fitrah asal kita iaitu hati yang sepatutnya mengingati Allah.

Tidak salah jatuh cinta. Tetapi alangkah indahnya jika jatuh cinta itu membuat kita lebih dekat dengan Allah bukan semakin jauh.

Allah sangat sangat sayang akan kita wahai perempuan-perempuan dan wanita-wanitaku sekalian. Kerana sayang Dia letakkan garis yang mana kita boleh lalui dan yang mana yang kita tidak boleh lalui berdasarkan kesesuaian fitrah kita.

Cuma kita yang berlawanan dengan fitrah.

Kalau boleh elakkan mendengar lagu-lagu seperti ini kerana ia boleh merosakkan hati kita dan secara tidak langsung merosakkan  faith kita kepada Allah.

Berubah sedikit demi sedikit. Cari sesuatu yang boleh replace lagu-lagu sebegini. Seperti lagu-lagu nasyid Maher Zain, Irfan Makki dan banyak lagi nasyid yang telah berada di pasaran yang berkisarkan akan kecintaan Allah.

Insya-Allah, apabila kita mengembalikan hati kita kepada Pencipta nescaya kita akan mendapat satu ketenangan yang kita tidak boleh express dalam bentuk ungkapan.

" Apabila seseorang mendekatiKu dalam jarak sejengkal, amak Aku mendekatinya dalam jarak sehasta. Sesiapa mendekatiKu dalam jarak sehasta, maka Aku medekatinya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangani Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari." [ Riwayat Muslim ]

Sweetkan Allah. Kita ingat sikit kepada Dia, Dia datang kepada kita lebih dekat lagi. Kekasih sejati yang sentiasa berada di sisi kita dan lebih memahami isi hati kita.

Mengadulah kepada Dia

Wallahu'alam.

No comments

Post a Comment