27/02/2012

Satu Janji -1

[Kredit]


Pada detik ini, sudah ramai pelajar yang berkumpul di dewan untuk menunggu pengumuman keputusan S.P.M. Hati siapa yang tidak berdebar. Termasuklah diri aku. Untuk mengurangkan rasa gementar, aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan sekelas setelah agak lama tidak berjumpa. Rindu betul aku kepada mereka.

" Assalamualaikum Atul, Nisa." Khairunnisa merupakan sahabat aku yang paling rapat. Selalu lepak bersama-sama. Keluar makan bersama-sama. Pokoknya semua aktiviti dilakukan bersama-sama. Zaidatul pula sahabat sekelas aku. Orangnya pendiam dan malu-malu.

" Waalaikumussalam. Aisyah! Asal ko datang lambat sangat. Penat tau aku tunggu ko."

" Sorry sorry. Macam biasa la. Bila nak keluar result, perut aku ni tak sah kalau tak buat kacau."

" Ya la tu. Ko selalu macam tu. Eh! Lepas ambil result nak tak kita lepak makan di tempat biasa."

" Aku on je. Atul, ko macam mana?" Daripada tadi Zaidatul berdiam diri. Susah betul untuk mendengar suaranya.

" Aku okay je. Lagi pun yang nak bawa aku korang la." Terlupa pula kami bahawa Zaidatul selalu pergi dan balik sekolah dengan ayahnya. Kecuali kalau kami yang sudi menghantarnya pulang. Tika itu ramai cikgu sudah tiba di dewan. Ada seorang lelaki menjerit kepada semua pelajar.

" Cepat korang! Cikgu dah nak bagi result ni!" Semua orang berpusu-pusu memasuki dewan. Hanya tinggal sebilangan kecil yang masih ada di luar dewan. Aku juga salah seorang daripadanya. Nafasku tidak menentu lagi. Rasa sakit di bahagian abdomen kembali menyerang.

" Aisyah! Jom la masuk."

" Korang masuk la dulu. Nanti aku ikut dari belakang." Aku tidak mahu mereka menunggu aku.

" Betul ni?" Khairunnisa ingin mendapatkan kepastian.

" Betul. Dah dah. Ko dengan Atul masuk dulu." Mereka akhirnya akur dengan keputusan aku. Mereka berlalu pergi meninggalkan aku. Sewaktu ini aku diuji dengan bakal takdir yang Allah tetapkan untuk aku. Aku fikir sekiranya aku gagal bagaimana aku harus menghadapi reaksi ibu dan ayah di rumah. Mereka meletakkan harapan begitu tinggi kepadaku. Aku tahu, aku bukan anak yang baik. Selalu saja melawan bicara mereka. Moga Allah mengampuni dosa-dosaku. Sekarang ini tiada jalan untuk aku melarikan diri daripada keputusan yang telah ada. Aku kena menghadapinya.

" Bismillah." Aku memulakan langkahku ke dewan. Aku sudah boleh mendengar jeritan gembira dan tangisan. Mungkin tangisan gembira atau tangisan atas kegagalan. Suasana itu menguasai emosiku. Aku lihat Khairunnisa sudah tiada lagi di dalam barisan kelas aku. Aku yakin dia telah mendapat keputusannya.

Kini aku beratur di belakang Khairul sekaligus aku berada di giliran yang ketiga. Sudah tidak lama lagi masaku akan tiba.

" Aisyah! Mari sini." Cikgu Salmiah memanggilku. Tidak sedar pula Khairul sudah berlalu pergi. Cikgu Salmiah terus mencari slip keputusan aku. Setelah jumpa dia mengumpulkan sijil-sijil kokurikulum dan akademik. Siap semua dikumpulkan. Aku kembali berdebar. Bertambah berdebar apabila muka Cikgu Salmiah memandangku. Pandangan yang memberi gambaran aku telah gagal.

" Aisyah, walaupun keputusan kamu ini..." Tersekat percakapan Cikgu Salmiah apabila melihat wajah aku yang kelihatan takut.

" Apa-apa pun keputusan, cikgu nak kamu sentiasa bersyukur kepada Dia. Kerana ini adalah keputusan yang terbaik buat kamu. Nah! Ambillah slip ini." Cikgu Salmiah menyuakan semua sijil termasuk slip keputusan kepada aku. Aku teragak-agak untuk menerimanya. Aku tidak mahu orang di belakangku menunggu lama disebabkan penangguhanku. Lama aku menatap keputusanku. Tiada ungkapan yang mampu kuluahkan di dalam hati.

' Alhamdulillah.'

" Terima kasih cikgu." Cikgu Salmiah mengangguk kepalanya sambil tersenyum kepadaku. Aku berlalu mencari posisi Khairunnisa. Di mana dia sekarang ini?

Puas aku mencari di semua pelusuk tempat. Ada juga aku bertanya beberapa orang yang berlalu di depan aku. Tiba-tiba aku ternampak seseorang di belakang pentas. Sedang menangis. Aku mendekatinya. Semakin langkahku mendekatinya, semakin aku yakin orang itu adalah Khairunnisa.

" Nisa!" Khairunnisa mendongak kepadaku. Matanya begitu merah akibat daripada tangisan.

" Kenapa ni?" Aku memeluk bahu Khairunnisa agar dia rasa lebih tenang. Dia masih dalam teresak-esakkan. Aku nampak dia sedang memegang slip keputusan. Tanganku perlahan-lahan mengambil daripada tangannya. Dia melepaskannya dengan perlahan-lahan. Aku melihat keputusannya untuk beberapa saat. Bibirku tiada kekuatan untuk berkata apa-apa lagi kepada dia. Aku hanya mampu mengusap bahunya sebagai tanda memberi kekuatan dan sokongan kepada dia.

...................................................................................................

" Aisyah! Result matrik dah keluar. Ko dapat matrik Pahang tak?" Tika ini aku dan Khairunnisa berada di gerai makan tempat selalu kami berdua melepak. Panas sungguh cuaca pada masa itu. Dengan mentari menyinari kami berdua. Bertambah panas apabila memakan makanan yang sedang panas.

Aku dan Khairunnisa telah membuat membuat permohonan di matrik yang sama. Kami berharap kami akan terus kekal bersama. Tapi siapalah kita melainkan hanya seorang hamba. Kita merancang dan Allah yang menentukan. Keputusan Allah adalah keputusan yang terbaik untuk hamba-Nya. Tiada pula Dia mahu keburukkan berlaku pada diri manusia.

" Aku dapat matrik Kedah." Aku menjawab perlahan tanpa menghadap mukanya. Suasana menjadi sunyi seketika. Masing-masing melayan perasaan. Perasan sedih. Sedih kerana aku dan Khairunnisa tidak akan lagi dapat bersama.

" Aisyah." Aku kembalikan wajahku ke arahnya saat dia memanggil namaku.

" Erm."

" Terima kasih." Aku pelik dengan ucapan terima kasih itu. Ada apa pertolongan yang telah aku lakukan terhadap dia? Dia senyum apabila melihat muka aku yang sedikit berkerut. Dia tahu aku sedang di dalam kebingungan.

" Terima kasih sebab jadi kawan aku pada saat aku sedih, marah, suka, dan gembira aku. Terima kasih sebab sabar melayan aku. Kalau orang lain memang sudah tidak tahan dengan perangai panas baran aku ini. Dan yang paling penting, aku nak berterima kasih sebab bawa aku kembali ke jalan-Nya. Aku rasa bahagia dan tenang sekarang ni. Ko banyak bantu aku." Semakin Khairunnisa bercakap, semakin buat dirinya rasa sebak. Aku lihat air matanya sedang bertakung di bawah kelopak matanya. Aku tidak boleh membiarkan suasan itu berterusan.

" Tidak Nisa! Bukan aku. Allah yang menggerakkan hati ko. Allah yang memberi hidayah kepada ko. Aku ini hanya perantaraan saja. Aku hanya membawa ko kepada Dia. Tapi choicenya daripada ko. Sama ada mengikuti-Nya atau ko masih di alam fantasi ko." Perlahan-lahan aku menggenggam tangan Khairunnisa. Dia menatap wajahku dengan masih ada lagi saki-baki air mata di pipinya.

" Nisa. Aku bukan kawan yang terbaik. Kadang-kadang aku ada melukai hati ko secara tidak aku sedar. Aku juga bukan seorang manusia yang senang menonjolkan perasaan kasih sayang aku. Nak memujuk orang pun bukan kepakaran aku. Aku harap di sana nanti ko akan jumpa seorang sahabat yang lebih baik daripada aku. Yang mampu membimbing ko."

" Aisyah, ko tetap sahabat aku kan?" Aku melihat senyuman di wajahnya.

" Insya-Allah Nisa." Aku membalas senyumannya.

" Jangan lost contact tau. Ko kena selalu call or message aku."

" Iye Nisa." Banyak pesanan yang disampaikan oleh Khairunnisa kepadaku. Aku hanya mampu mengiyakan saja walaupun aku tidak pasti apa yang bakal berlaku kepada masa depan kami.

.................................................................................................

Rasa penat, lelah dan sewaktu dengannya. Aku baru habis kelas untuk hari ini daripada pagi hingga ke petang. Sebentar lagi selepas solat asar, ada perjumpaan rakan masjid. Laporan meeting minggu lepas belum dibuat lagi. Nanti mesti ustaz minta laporan tersebut. Semua barang-barang penting untuk perjumpaan sebentar lagi telah aku bawakan awal-awal lagi supaya menyenangkan lagi pekerjaanku. Tidak perlu berulang-alik daripada asrama.

Aku mengambil secebis masa untuk tidur sebentar sementara menunggu solat asar. Tidurku begitu nyenyak sehingga aku berasa ada orang menggerakkan badanku. Perlahan-lahan aku membuka mata.

" Jom siap sedia solat. Tengah azan asar ni." Saudara seagamaku menyeruku untuk solat jemaah bersama-sama. Walaupun kami tidak mengenal antara satu sama lain, berbeza pengajian yang diambil, tidak bermakna tiada jalinan kasih sayang kerana Allah yang mengalir di dalam diri kami. Berat rasanya untuk bangun. Kalau ikut nafsuku ingin saja aku menyambung tidurku. Namun tatkala menatap wajah yang sedang berada di hadapanku, aku seperti mendapat kekuatan untuk bangun daripada tempat pembaringan. Segera aku mengambil air wudhuk. Terasa segar dan seperti mendapat tenaga baru.

" Allahuakbar!" Bermulalah perbicaraan manusia dengan Sang Pencipta. Dunia ditinggalkan sebentar.

Setelah selesai menunaikan kewajipan aku bergegas menyiapkan diri agar tidak terlewat ke perjumpaan sebentar lagi yang akan diadakan di masjid ini  juga. Pelarianku tidak membuat aku lupa untuk bersalaman dengan seorang muslimah yang tolong menggerakkan tidur aku sebentar tadi.

Ketika aku turun ke bawah, aku lihat semua sudah ada di situ termasuk Ustaz Khairuddin. Aku cepat-cepat berjalan ke tempat bahagian muslimah. Kedatangan aku telah mencukupkan bilangan ahli-ahli jawatankuasa. Perjumpaan dimulakan dengan surah Al-Fatihah. Surah yang begitu penting kerana ia mampu membetulkan kembali niat manusia sambil memohon pertolongan daripada Allah agar jalan yang bakal diambil adalah jalan yang mendapat keredhaan daripada-Nya.

" Insya-Allah 24-28 September akan diadakan Hari Mengembalikan Manusia kepada Islam. Jadi kita kena rancang apa yang kita boleh lakukan untuk 5 hari tersebut. Selain itu, menyedarkan mereka kembali akan tujuan hidup mereka di dunia ini."

Aku dapat merasakan betapa beratnya tanggungjawab untuk mengendalikan program seperti ini kerana perlu memikirkan suatu keperluan untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar. Selain itu kena memikirkan juga program yang menarik agar dapat menarik perhatian pemuda pemudi. Pemuda pemudi sekarang sedang berada di dalam kritikal. Sesuatu yang perlu dilakukan.

..........................................................................................

Pada hari ini akan keluar keputusan peperiksaan semester kedua. Kali ini tidak perlu lagi berebut-rebut untuk melihat keputusan di papan kenyataan. Semuanya boleh dilakukan di rumah melalui online kerana pengajianku hanya satu tahun di matrikulasi. Perasaan berdebar kembali menerjahku seperti aku sedang mengambil keputusan S.P.M buat kali kedua.

Tiba-tiba mindaku teringat akan Khairunnisa. Pada semester pertama pernah dia menelefonku untuk melepaskan segala kesedihannya kepadaku. Dia sudah bilang kepadaku yang dia tidak mampu untuk meneruskan pengajian ini. Dia rasa dia tidak mampu untuk mengambil pengajian yang berkaitan dengan sains.

Namun aku tidak berputus asa. Aki minta dia teruskan juga. Aku yakin dia mampu. Deringan telefon bimbitku berbunyi. Terpapar nama 'Nisa'. Aku menekan punat hijau.

" Assalamualaikum Nisa!" Tiada sahutan balasan terhadap salam yang aku berikan. Diam talian di sana. Aku mendengar satu nafas yang ditarik begitu payah sekali. Aku tahu dia sedang menahan tangisan.

" Menangislah Nisa kalau itu yang boleh buat ko rasa lega." Tidak beberapa selepas bicaraku, aku mendengar tangisannya yang keluar mendayu-dayu. Aku hanya membiarkan dia menangis sehingga dia sendiri berhenti.

" Aisya...Aku gagal lagi. Aku tak tahu nak buat apa lepas ini. Aku sudah mengecewakan ayah dan emak aku. Memang aku tak nampak tangisan mereka. Tapi aku dapat tengok kekecewaan di muka mereka. Aku rasa seperti orang yang tak berguna."

" Nisa! Ko silap. Ko tak pernah gagal. Ko tak pernah gagal." Dua kali aku berkata perkataan yang sama.

" Di dalam dunia ini memang kita tidak akan mendapat ganjaran di mata manusia. Tapi ingatlah Allah tidak melihat kepada keputusan kita tetapi Dia melihat kepada usaha kita. Itu hakikat hidup yang sebenar. Bukan pengakhiran dinilai."

" Tapi macam mana aku nak teruskan hidup kalau keputusan aku teruk begini. Aku nak kerja apa nanti." Tangisannya bertambah kuat.

" Ko lupa sesuatu Nisa. Rezeki Allah ada di merata-rata tempat. Cuma kita kena berusaha untuk mencari. Bukan mengharapkan dengan keputusan matrik kita ini. Dan ko juga ada sesuatu kebolehan yang aku tiada. Ko ada kelebihan dalam permainan alat muzik." Sebenarnya semasa aku menyatakan kebolehannya itu, aku sangat takut. Dunia hiburan boleh membuat manusia lupa akan pengakhiran hidup. Aku berdoa moga Allah melindunginya dan memberi kekuatan kepadanya.

" Itu bermakna aku kena mengambil diploma kembali."

" Nisa, kalau ingin berjaya kita kena harungi semua kesusahan ini. Tiada orang yang berjaya yang telah berjaya dari awal-awal lagi. Semuanya bermula daripada kegagalan dan kesusahan. Yang paling penting Allah ingin menguji hamba-Nya. Adakah kita akan berputus asa daripada rahmat-Nya atau kita akan terus berusaha? Semuanya di tangan ko Nisa. Bagaimana kepercayaan ko kepada Allah begitulah pengambaran kehidupan ko di dunia." Senyap seketika kami berdua di dalam talian.

" Bina kembali perancangan ko Nisa. Fikirkan ia kembali. Buatlah keputusan yang mana ko rasa terbaik buat untuk ko."

" Insya-Allah. Keputusan ko macam mana? Mesti gempak kan?" Tiada lagi bunyian tangisan di dalam talian. Khairunnisa kembali tenang.

" Tak ada la gempak pun. Alhamdulillah cukup-cukup makan."

" Ala. Ko kan pandai. Aku tahu mesti result ko superb. Apa perancangan ko selepas ni?"

" Aku ada apply  U.P.U dengan satu program luar negara."

" Aku yakin ko dapat belajar di oversea. Bukan itu cita-cita ko dari dulu lagi?"

" Insya-Allah kalau Allah benarkan. Memang itu cita-cita aku."

" Aisyah..." Talian menjadi senyap kembali. Aku menunggu suaranya.

" Ko jangan lupa aku ek?"

" Mesti la aku tak lupa. Ko kan kawan ko?"

" Even ko dapat sambung belajar luar negara, ko takkan lupakan aku kan?"

" Insya-Allah Nisa. Aku akan contact ko." Itulah Khairunnisa. Tidak sudah-sudah risau akan sekiranya perhubungan kami terputus.

Setelah tiga bulan berlalu aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara. Aku panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah. Walaupun sebanyak mana kita berusaha, jika Dia tidak izinkan maka ia tidak akan berlaku. Khairunnisa pula dapat menyambung pelajarannya di U.I.T.M dalam bidang muzik kesukaannya.

Sedikit sebanyak timbul kerisauan aku terhadap dia. Aku tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa depan aku dan Khairunnisa. Semuanya adalah rahsia kekuasaan-Nya. Kita hanya mampu terus berusaha selagi diberi nafas.

To be continued...


Insya-Allah episode akan datang adalah episode yang terakhir. Tiada lagi yang ketiga. Moga memberi manfaat kepada pembaca-pembaca. Ameen.

No comments

Post a Comment