28/02/2012

Kenapa Aku Rasa Lagi Horrible...

[Kredit]


Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memberi nikmat yang cukup banyak kepada hamba-hamba-Nya yang tidak mampu dihitung.

Berubah.

Semua orang ingin berubah.

Semua orang ingin melakukan transformasi yang lebih baik pada hari ini dan lebih terbaik untuk esok.

Semangat membara di hati yang ingin melakukan perubahan.

Semakin hari semangat yang terpendam di dada berkumpul banyaknya dan akhirnya ia hilang begitu saja.

Hilang entah ke mana.

Kadang kala kita semangat untuk melakukan perubahan tetapi tidak tahu bagaimana. Kadang kala kita sudah melakukan perubahan yang lebih baik tiba-tiba kebaikan itu digantikan keburukkan yang lalu.

Apa sebenarnya yang telah berlaku pada diri?

Iman ada naik dan ada turun. Namun bagi orang yang beriman turunnya imannya bukan turun yang mendadak. Turunnya hanya sedikit. Kemudian imannya melonjak lebih tinggi dari sebelumnya.

Tetapi kenapa iman kita turun mendadak? Lebih teruk dari yang sebelumnya.

Apa yang tidak kena dengan tindakan kita?

Pernah ana datang ke rumah seorang kakak. Dia buat majlis makan kecil-kecil. Kemudian datang sebuah keluarga yang mempunyai tiga orang hero semuanya. Masih kecil. Yang paling tua mungkin 4 tahun. Anak sulung ini ada mengadu kepada umminya pasal ayah dia.

Anak   : Ummi, look at babah.

Ummi  : Why?

Anak   : He's smoking.

Babah  : I just had one only.

Anak   : But you will take cigarette after this. And always.

Ummi  : Rahimi, give your babah some time to stop from smoking. It is really hard to him to stop right now. Okay?

Subhanallah. Ana tidak pernah lagi melihat perbualan sebuah keluarga yang begitu islamik [ Selalunya ana dengar dalam drama je]. Ummi yang perlahan-lahan mendidik anaknya untuk bersabar dan ummi sebagai isteri yang memberi dorongan dan sokongan kepada suami untuk melawan tabiat kesukannya.

Perubahan perlu dilakukan secara perlahan-lahan bukan secara drastik.

Kerana perubahan drastik boleh jadi dia akan kembali kepada dunia kejahilan dan tidak mustahil semakin teruk. This is based on my experience.

Analoginya seperti kita mahu berlari pecut 400 meter. Sebelum ini, tidak pernah membuat aktiviti seperti ini. Tiba-tiba sudah nak buat pecutan lari. Sudah tentu akan mengalami cramp sebab tidak melakukan warming up. Tambah pula rasa sesak nafas dan penat. Selepas itu rasa serik dan tidak ingin berlari pecut lagi.


Biarlah perubahan dilakukan secara perlahan dan istiqamah. Insya-Allah perubahan itu akan lebih menyerap dalam diri kita.

Dan orang-orang kafir berkata." Mengapa Al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekaligus?" Demikianlah, agar Kami memperteguhkan hatimu (Muhammad) dengannya dan Kami membacakannya secara tartil ( beransur-ansur, perlahan dan benar). [Al-Furqan: 32]

Sedangkan ayat-ayat Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur supaya para sahabat dan Rasulullah memahami sekaligus menyerap di dada dan dipraktikkan apatah lagi kita yang hendak melakukan perubahan.

Perubahan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa. Biar sikit asal istiqamah.

Perubahan juga perlu dilakukan dengan menggantikan tabiat 'lagha' kita dengan sesuatu. Seperti yang ana katakan tadi perubahan tidak boleh dilakukan secara drastik.

Contohnya kita suka menonton cerita-cerita korea. Bukan perkara mudah untuk tinggalkan tabiat ini kerana ia telah sebati dalam diri kita. Gantikan cerita-cerita ini dengan cerita-cerita yang boleh kaitkan kehidupan kita dengan akhirat even dengan Allah.

Contoh yang lain yang lagi simple ialah mendengar lagu-lagu. Telinga ana ini sudah dibiasakan untuk mendengar lagu-lagu 'bunga-bunga cinta'. Susah nak ditinggalkan. Kalau ana lupuskan tabiat lama ana itu, apa yang ana perlu isikan pada masa itu?

Jadi tukarkan lagu-lagu dengan lagu-lagu yang mendekati kita dengan Allah. Lagu rentak rap yang islamik pun dah banyak di pasaran apatah lagi rentak ayat-ayat cinta. [ Ana la tu. Peace.]

Pendek kata gantikan jahiliah dengan sesuatu kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Insya-Allah perubahan itu sentiasa berlaku berterusan pada setiap hari. Perubahan itu tidak akan pernah berhenti bagi hamba-hamba-Nya yang bercita-cita mahu bertemu dengan Sang Pencipta.

Yang penting jangan pernah berhenti untuk melakukan proses perubahan dan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk terus istiqamah dengan sedikit perubahan ini.

Wallahu'alam

- Sekadar perkongsian daripada pengalaman ana dan daripada orang lain-






No comments

Post a Comment