20/02/2012

Kashaf Imani

[Kredit]


Hari ini ana ada mengisi masa lapang dengan menonton satu telemovie. Macam biasa semuanya melalui online internet. Dunia sudah semakin canggih dengan teknologi.

Back to my point, ana ada tengok telemovie yang bertajuk 'Kashaf Imani'. Banyak ibrah atau pengajaran yang kita boleh dapat kalau ditonton dari kaca mata iman. Tapi masih banyak adegan yang perlu ditapis. Cerita ini membuat ana mempelajari sesuatu dan memperingatkan ana kembali the reality of life.

Ana tertarik dengan sebuah dialog antara dua orang sahabat karib yang sedang bercerita mengenai kematian seorang sahabat mereka.

Kashaf              : Aku teringat dekat Amat.

Kawan Kashaf  : Kenapa dengan Amat?

Kashaf              : Ko rasa-rasakan, agak-agaknya apa yang dia tengah buat dalam kubur sekarang ini?

Kawan Kashaf  : Peliknya soalan kau.

Kashaf              : Aku teringat apa yang aku sembang dengan dia dua hari lepas.


Flashback


Amat                : Macam mana bro? Dah Habis fikir dah?

Kashaf              : Giler lu jangan buat pasal beb. Kantoi dengan polis mampus gua.

Amat                : Pasal polis jangan takut la bro. Kerja kita mudah je. Turun JB ambil barang lepas tu balik sini. Rugi bro Mr Faruq punya offer ni. Mr Faruq janji nak bayar 10 ribu bro. Gua 5 ribu lu 5 ribu.

Kashaf              : Pergh biar betul.

Amat                 : Tau Takpa.

Kashaf              : Taknak gua. Dosa siot.

Amat                : Dosa? Selama ni lu hisap dadah, main bohsia, minum arak apa citer bro? Tu dapat pahala ke apa?

Kashaf              : Gua sembang ja la beb. Ala...

Amat                : Lu dengar sini beb, kita muda lagi beb. Bukan nak mati esok pun.

Kashaf             : Ha ya. Kalau tak mati esok mati esok apa citer?

Amat               : kalau mati esok, gua dengan lu berenang-renang dalam neraka la.

Kashaf            : Kepala hotak lu. Neraka tu, panas siot. [ Masing-masing gelak ketawa]



Back To Reality


Kawan Kashaf  : Fuh! Selambernye dia cakap macam tu.

Kashaf              : Kalau dia tahu dia nak pergi, ko rasa dia nak tak cakap benda-benda tu semua? [ Masing-masing muhasabah diri.]

The End.


Hati dan jiwa manusia cenderung mahu kebaikan. Namun anggota kita sendiri yang merosakkan fitrah tersebut.

Neraka? Adakah ada manusia yang ingin ke tempat sebegini?

Tidak. Hatinya bergetar tatkala membayangkan api yang begitu panas. Panas daripada api dunia.

Hatinya tidak merelakannya dan hatinya juga tidak merelakannya sekiranya esok tiada lagi penghidupan buat dirinya kerana hanya dia dan Allah saja yang  tahu berapa banyak amalan yang telah dia sumbangkan.

Kedengaran seperti menakutkan. Tapi ketahuilah, pintu pengampunan Allah tidak pernah tertutup selagi kita bernafas kecuali kita sendiri yang menutupnya.

Allah tidak pernah lelah untuk menerima keampunan hamba-Nya sebaliknya kita yang menyombongi diri. Sombong tidak mahu mengakui kesalahan diri.

Ketahuilah daripada kesalahan ini, ia mengajar kita untuk menjadi hamba Allah yang merendah diri.

Allah menyediakan taubat kepada manusia agar manusia semakin dekat dengan Dia, bawa manusia kembali ke jalan yang lurus dan Allah ingin mencurahkan kasih sayang-Nya.

Remember one thing, Allah is really love you. He wants the best for us.


Moga belum terlambat untuk kita memohon keampunan daripada-Nya sebelum kita ke berpindah ke kehidupan yang abadi.

Wallahu'alam.

6 comments: