22/02/2012

Izinkan Daku

[Kredit]


Sebentar lagi matahari akan melepaskan tugasannya kepada bulan dan bintang-bintang. Ibu bapa mula memanggil anak-anak mereka untuk pulang ke rumah kerana sebentar lagi azan Maghrib bakal berkumandang. Dari saat ke saat mula hilangnya kelibat manusia di kawasan Taman Bersih itu. Ayu pula bergegas mandi dan mengambil air wudhuk. Dia tahu ayahnya bakal memanggilnya untuk solat berjemaah.

" Ayu! Cepat siap. Kita dah nak mula solat berjemaah." Tepat sekali jangkaan Ayu. Ayahnya, Pak Cik Abdullah sememangnya orang yang begitu tegas dalam mendisiplinkan anak-anak untuk menjaga masa terutamanya waktu solat. Pantang dia melihat anak-anaknya melengah-lengahkan waktu solat. Ayahnya ada pesan, kalau nak dapatkan cinta Allah yang lebih istimewa makanya jangan lewatkan solat.

" Ayu! Cepat. Kita sudah kesuntukkan masa." Hilang khayalan Ayu sebaik saja mendengar suara daripada ayahnya. Dia bergegas mengambil telekung dan terus ke bilik solat. Semua kakak, abang dan ummi sudah ada di ruang solat. Nampaknya dia orang terlewat hari ini.

" Jom ayah. Ayu dah ada tu." Abang long menyapa ayah secara lembut. Ayah mengalihkan kepalanya untuk melihat kebenaran kata-kata Abang long. Setelah yakin, ayah bangun. Ahli-ahli keluarga lain turut bangun untuk  bersiap sedia berdiri di saf. Ayah memberi ruang kepada Abang long untuk mengimamkan jemaah ini. Abang long tidak keberatan untuk menjalankan tugas itu. Dia berjalan ke hadapan tempat imam. Dia beralih ke belakang sekejap untuk melihat keadaan saf. Setelah itu, barulah Abang long memulakan tanggungjawabnya.

" Allahuakbar!"

..................................................................................................

Sudah Maghrib pun telah selesai dilaksanakan. Namun, ahli keluarga Ayu masih tetap di sejadah untuk menunaikan solat sunat rawatib. Setelah itu, barulah berlakunya sesi bersalaman. Sekarang ini Ayu sedang bersalaman dengan ummi.

" Ummi ampun segala dosa-dosa Ayu. Kadang-kadang Ayu tak perasaan kata-kata Ayu menyebabkan ummi rasa kecil hati." Comel sungguh muka manja Ayu tika memohon maaf kepada umminya Puan Aisyah. Puan Aisyah pada masa tidak jadi untuk beriaksi muka yang serius apabila melihat raut manja anaknya yang manja itu.

" Ummi maafkan. Dan ummi juga ingin minta maaf sekiranya ummi ada buat kesalahan pada Ayu di luar kesedaran ummi." Anak beranak itu saling berpelukan. Kak ngah Ayu, Masyitah mencuit bahu Ayu. Ayu menoleh kepada kakaknya.

" Turn akak pula nak peluk ummi. Ingat dia sorang boleh conquer ummi." Puan Aisyah hanya menggeleng-geleng kepalanya melihat telatah anak perempuannya yang dua orang ini. Suka bergaduh dan cari pasal. Tapi  senario itu akan diakhiri dengan kemaafan.

" Yalah. Orang nak lepas ni. Kak ngah jealous la tu ummi tengok Ayu dapat peluk ummi dulu." Ayu melepaskan pelukan secara perlahan-lahan. Masyitah tidak menghiraukan kata-kata Ayu. Dia terus memohon kemaafan sambil memeluk Puan Aisyah. Diikuti pula dengan Abang long. Pada detik itu, Ayu mengambil peluang untuk berbicara dengan ayah dan umminya.

" Ayah, ummi. Dalam pukul 8 nanti Ayu nak keluar."

" Ha! Nak pergi merayau-rayau la tu. Jangan bagi Ayu keluar ayah ummi." Ayu menampar perlahan lengan Masyitah yang suka memotong cakap orang. Abang long pula berdiam diri di sebelah ayah.

" Ayu, kenapa tampar lengan Kak ngah?" Encik Abdullah menegur dengan nada tegas tapi masih lembut.

" Kak ngah, suka potong cakap orang."

" Sudah. Kenapa Ayu nak keluar malam-malam ni?" Encik Abdullah meleraikan pergaduhan kecil itu.

" Ayah dengan Ummi mesti lupakan. Malam ini, Ayu kan ada kelas tuisyen dengan Cikgu Sabariah."

" Allah! Ayah betul-betul tak ingat."

" Ummi pun sama. Jadi, Ayu nak pergi dengan siapa?" Puan Aisyah tidak mahu memanjangkan perbualan kerana anaknya Ayu ada 20 minit untuk bersiap sedia ke tempat tuisyen.

" Ayu pergi dengan Liza. Jadi, hari ini Mak Cik Halimah yang hantar. Balik nanti baru ayah yang tolong ambilkan."

" Yalah. Pergi siap cepat. Nanti Mak Cik Halimah tunggu Ayu pula." Encik Abdullah memberi keizinan kepada anaknya. Ayu mengambil kesempatan itu untuk bersalaman dengan ayah dan ummi buat kali kedua sebagai tanda mendapat keizinan. Kemudian dia berlalu ke bilik untuk bersiap-siap dan terus ke rumah Mak Cik Halimah.

The End


What? Dah habis cerita. Apa motif sebenarnya yang penulis ini hendak sampaikan? Nak kenakan orang ke ape? ^_^

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji-pujian bagi Allah yang masih memberi peluang kepada kita untuk bernafas supaya menjadi hamba yang lebih baik dari hari ke hari.

Hari ini ana saja buat sedikit cerpen pendek untuk dihubungkan dengan apa yang bakal ana tuliskan di bawah ini.

Kita lihat kisah Ayu yang hendak pergi ke tuisyen. Sebelum dia pergi, dia meminta dahulu keizinan kepada kedua ayah dan ummi dia. Kita anak-anak zaman sekarang, kadang-kadang keluar daripada rumah tanpa izin emak dan ayah. Hasilnya, emak dan ayah kita yang risau. Kenapa risau? Sebab mereka sayang kita. Mereka takut terjadi sesuatu yang buruk kepada kita di luar sana.

Begitu juga kita dengan Allah SWT. Kadang-kala kita terlupa untuk meminta keizinan-Nya.

Keizinan?

Ye. Keizinan dalam setiap langkah perbuatan kita. Nak pergi tandas kena minta izin. Nak keluar main kena minta izin. Nak makan kena minta izin. Nak buat kerja pun kena minta izin.

Sebab apa kena minta izin?

Kerana kita ingin memohon perlindungan, kemudahan, kebaikan daripada Allah SWT. Especially meminta perlindungan daripada syaitan. Contohnya doa sebelum masuk tandas,

" Dengan nama Allah. Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina."

Allah baik sangat kan? Bila kita minta perlindungan, Dia lindungan kita. Bila kita minta kebaikan, Dia beri kebaikan kepada kita.

Keizinan juga menunjukkan betapa lemahnya kita sebagai hamba-Nya di hadapan Allah. Kita tidak boleh beri jaminan sama ada kita akan selamat semasa perjalanan ke tempat kerja. Kita juga tidak boleh jaminan sama ada kita boleh terus menjadi hamba yang kuat.

Begitu juga dengan watak Ayu tadi. Dia menunjukkan dirinya perlu seseorang yang boleh beri perlindungan iaitu ayah dan umminya. Ummi Ayu siap bertanya lagi dengan siapa Ayu akan pergi bersama. Sebab apa ummi Ayu bertanya? Kerana dia ingin anaknya selamat ketika berada di luar.

Jadi, kita jangan kita masih bermalas-malasan untuk minta izin daripada Allah. Ana tidak pernah mengalami di mana ana minta izin dengan Allah, Allah bagi keburukkan pula. Keburukkan itu selalunya datang hasil daripada tangan kita sendiri. Tidak pun Allah ingin menegur kita atas kesilapan yang telah kita lakukan.

Pada setiap jiwa, Allah telah beri dua jalan iaitu jalan kejahatan dan jalan kejahatan. Pemilihannya di tangan kita sendiri dengan menggunakan indicator iman.

" Maka adapun orang yang memberi dan berbakti dan mengakui dengan kebaikan, maka Kami akan permudahkan dia ke jalan yang mudah. Dan adapun orang yang bakhil dan merasa terkaya dan mendustakan dengan kebaikan, maka Kami akan permudahkan ia ke jalan yang payah." [ Al-Lail: 5-10]

Jangan lupa minta izin daripada Allah. Allah is so kind to his slaves.


Wallahu'alam

- Hamba yang sedang perbaiki diri-

No comments

Post a Comment