03/01/2012

She Supposed To Be...


 Hari-hariku dipenuhi dengan kelas tutorial dan kelas kuliah. Sememangnya agak mampat dan padat dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang. Tenat rasanya. Selalunya masjid menjadi destinasi persinggahanku untuk melepaskan segala lelah dengan cara 'take a nap'  iaitu tidur sebentar.

Tidurku ini selalunya akan dibangunkan oleh seseorang yang tidak pernah kukenali namanya. Dia bangunkanku semasa azan asar berkumandang. Moga Allah memberi ganjaran pahala kepadanya. Rasa segar kembali fizikalku ini setelah menunaikan solat secara berjemaah. Inilah kekuatan solat. Pada zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat selalu tertunggu-tunggu azan daripada Bilal. Hal ini kerana solat itu adalah tempat kerehatan bagi mereka setelah berpenat-penat menjalankan urusan seharian. 

Aku mengemas barang-barangku sebelum bertolak balik ke asramaku. Suasana di sekitar kampus amat menyenangkan diriku. Semuanya di penuhi pohon-pohon hijau. Bibirku bergerak-gerak membacakan zikir-zikir kesukaan Nabi Muhammad. Aku ingin memenuhi masa perjalananku ini dengan pujian-pujian kepada sang Pencipta sebelum sampai ke bilikku. Beberapa minit kemudian, aku telah berada di hadapan pintu bilik. Kunci bilik dikeluarkan dari poket baju kurung lantas aku membuka pintu tersebut.

" Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam. Isya, ko dari mana? Baru sekarang sampai bilik." Tidak sempat aku meletakkan beg galasku telah ada serangan persoalan daripada Zainab. Aku tersenyum sebentar dan membiarkan persoalan tersebut. Aku meletakkan beg galas di tempat khususnya dan mengambil tempat bertentangan dengan Zainab.

" Isya, aku tanya ni. Ko dengar tak?" Zainab tidak berpuas hati dengan kebisuan aku.

" Nab, aku dengar. Bagi la chance dekat aku letak barang-barang aku. Lepas tu nak tanya berapa soalan pun boleh." Aku menerima beberapa das cubitan manja daripada Zainab.

" Amboi! Mengata aku." Aku tersenyum buat kali kedua melihat keletah sahabatku ini. Aku mendekatkan kedudukan kerusiku dengan kerusi Zainab.

" Ok. Sorry.  Aku tak sengaja nak mengata kat ko. Aku jawab soalan ko sekarang. Lepas habis kelas aku lepak dekat masjid and aku solat asar sekali. Ko tengah buat apa tu?" Aku cuba mengintai aktiviti Zainab. Melihat sengihan daripada Zainab, aku dapat mengagak apa yang sedang dilakukan. Apa lagi kalau bukan layan drama korea kesukaanya. Di atas mejanya penuh dengan pengumpulan CD korea. Kadang-kadang aku tumpang sekaki kalau tiada urusan. Khusyuk benar Zainab menonton drama korea. Baru aku perasan sesuatu, seorang lagi roomate aku tiada di dalam bilik ini.

" Nab. Mana Sarah?"

" Dia ada dalam tandas. Tengah cuci baju." Mata Zainab masih tidak lengkang daripada skrin laptopnya. Aku melihat jam tanganku. Baru aku teringat aku ada janji dengan sahabatku yang sama kos dengan aku untuk bermain squashpada petang ini. Aku tanpa lengah terus bergerak ke almari baju aku. Tidak sempat aku bangun tiba-tiba Zainab merentap tanganku.

" Aduh! Nab. Kenapa tarik tangan aku. Sakit punggung aku ni." Aku cuba menahan rasa sakit di anggota badanku.

Sorry. Aku tak sengaja. Tiba-tiba aku teringat sesuatu." Zainab memegang tanganku. Seperti tidak mahu dilepaskan.

" Apa yang ko teringatkan tu?" Zainab benar-benar menguji kesabaranku. Tapi aku teringat satu ayat dalam Al-Quran yang Allah mencintai orang yang bersabar. Aku memberi peluang kepada Zainab. Mungkin ada yang penting.

" Ni, aku ada satu cerita pasal coursemate aku ni."

" Kenapa dengan dia?"

" Ko tahu tak hari tu parent dia datang. Aku macam tak percaya dengan apa yang aku lihat. Tiba-tiba dia berubah 360 darjah ko. Bukan 180 degree or 90 degree." Teruja aku melihat muka Zainab menyampaikan cerita mengenai sahabatnya.

" Tiba-tiba dia pakai baju kurung dengan tudung labuh beb. Unbelievable." Aku memandang pelik muka Zainab. Apa yang begitu menggemparkan cerita ini. Bukankah baik memakai pakaian yang sopan?

So?"

" Lepas parent dia blah, terus dia kembali kepada yang asal. Dengan seluar jeans yang ketat. Baju yang ketat. Nak lagi gempak dia tu hafizah. Hafizah beb! Bukan calang-calang. Aku ni pun merangkak-rangkak nak hafal ayat Al-Quran?"

So?"

" Ko ni tak habis-habis dengan so, so."  Zainab makin geram dengan reaksi aku. Sebenarnya aku pun tidak tahu apa sebenarnya motif sahabatku ini menyampaikan cerita tergempar sahabat sekuliahnya.

" Habis tu, ko nak aku bagi reaksi macam mana sayangku Zainab. What do you expect from her actually?" Aku ingin tahu apa dalam pemikiran Zainab sekarang ni.

Well she supposed to be a perfect girl. Maksud aku, dia tu dah la boleh ingat semua juzuk. Mesti karakter dia orang yang memakai tudung labuh, baju labuh, orang yang sopan, pandai jaga diri, taat perintah Allah. Ini tidak. Aku tengok terbalik la pula. Lebih daripada aku ada la."

" Nab, ko expect  dia tak pernah ada kesalahan dosa ek?" Terdiam sebentar Zainab sebentar mendengar soalan daripadaku. Aku tidak pasti sama ada Zainab tengah berfikir atau tengah buntu. Aku mengeluh perlahan-lahan.

" Nab, dia juga manusia seperti kita. Dalam sehari kita ada buat dosa. Begitu juga diri dia. Tiada manusia yang tidak berbuat dosa. Kalau sebaliknya itu bukan manusia namanya tapi malaikat."

"Memang la betul cakap ko. Memang manusia ada berbuat kesalahan. But I still don't get it why she becomes like that? She is hafizah. Knows everything in Quran." Zainab masih bertanya persoalan kepadaku. Aku tahu ada sesuatu bermain-main di pemikirannya. Dia ingin satu jawapan terhadap kes kawan satu kosnya ini.

" Kenapa ko tunaikan solat?"

" Sebab aku takut aku jadi termasuk golongan-golongan ahli neraka. Aku takut jugak dengan seksaan Allah. Gerun aku dengar cerita-cerita seksaan neraka daripada ustaz."

" Kenapa ko nak kejar tarawikh pada bulan puasa?"

" Siapa tak nak kejar. Banyak ganjaran beb walaupun yang orang tulis ganjaran dalam kalendar tu tak benar. Tapi aku tahu itu sebagai motivasi kepada diri kita. Hanya Allah saja yang tahu apa ganjaran pada bulan puasa."

" Ada sebab-sebab lain benda-benda ko kejarkan sekarang?"

" Erm. Sebab lain ek? Kalau belajar aku nak dapat ijazah dan nak bagi mak dan ayah aku gembira..."

" Ko suka apa yang ko belajar sekarang ni?"

Actually no. But please don't tell my parent. Habis aku kalau mak dan ayah aku tahu." Pelik aku mendengar jawapan Zainab. Ada sesuatu yang aku tidak ketahui. Bersedia untuk melakukan soal siasat.

May I know why?"

" Because my dad wants me to take this course and be a doctor like him."  Rasa tidak percaya dengan pernyataan daripada Zainab kerana selama ini aku melihat dia begitu minat belajar biologi dengan melihat ekspresi muka dia semasa melakukan ulangkaji. Malahan buku biologi tidak pernah lengkang dalam tangannya seperti husband and wife.

" Ko sanggup buat semua ni walaupun ko tak suka?"

" Yap. Sebab aku sayang sangat parents aku."

" Itulah jawapannya."

" Apa jawapannya. Tak faham aku."

" Cinta. Disebabkan cinta kita sanggup melakukan pengorbanan untuk orang yang kita kasihi. Kita nak melihat mereka gembira. Kita rasa berpuas hati bila melihat kegembiraan d wajah mereka. Begitu juga dengan kes kawan ko tadi. She not falling in love yet with Allah."

" It still not make sense to me. Please explain to me my dear Isya." Moga Allah membukakan hati sahabatku ini.

" Kenapa ko sayang sangat mak dan ayah ko?"

" Sebab mereka inilah selalu jaga aku bila aku sakit. Beri duit, makan, pakaian, keselesaan dalam rumah. Bawa aku jalan-jalan. Dan mereka adalah pendengar yang terbaik bagi aku."

See, ko tahu mak dan ayah ko macam mana. Sifat mereka. Sayang mereka. Penjagaan mereka terhadap ko. Kalau hanya setakat takut dan harap belum cukup ko dapat mengenali mak dan ayah ko dan belum tentu ko sanggup berkorban untuk mak dan ayah ko. Begitu juga dengan Allah. Kalau ko tak kenali Allah dan hanya menggunakan harapan dan takut itu belum cukup ko nak lakukan pengorbanan di jalan Allah. Cinta kepada Allah itulah yang membuahkan iman. Seperti kawan ko tadi, kalau sekalipun hafizah tapi tiada kecintaan dalam dirinya terhadap Allah maka tiadalah guna penghafalannya. Hafalannya itu hanya berada di minda dan di atas bumi ini, bukan meresap dalam jiwanya. Jadi janganlah komplen macam-macam mengenai dia. Dia belum jumpa cinta Allah. Insya-Allah once dia jumpa cinta Allah, ko pun boleh jadi terkejut melihat perubahan dalam dirinya." Aku melihat jam tangan. Dah lewat 5 minit. Aku cepat-cepat menukar baju. Zainab pula aku tengok mengelamun seketika. Aku menutup almari baju dengan keadaan tergesa-gesa dan mencapai kasut sukan aku di bawah katil. Ikatan tali kasut diperkemaskan.

" Isya, kejap. Macam mana nak cari cinta Allah?" Aku pula waktu itu tidak mempunyai sebarang jawapan di minda. Lagi pun aku memang terkejar masa.

" Aku tidak ada jawapan spesifik kerana aku juga tengah mencari cinta itu."

" Tapi macam mana aku nak cari?"

" Gunalah suasana di sekeliling ko. Mereka juga makhluk Allah. Dan yang paling penting, semuanya ada di dalam buku ni." Aku menghulurkan Al-Quran yang berada di atas katilku kepada Zainab. Teragak-agak Zainab menyambut huluran aku. Aku terus berlari meninggalkan Zainab tapi aku berpatah balik kepada dia.

" Nab!"

" Ko ni menakutkan aku ja. Bukan dah pergi ke?" Aku hanya tersengih mendengar amarahnya.

" Jangan pernah kenal erti putus asa untuk mencari cinta Dia. Aku juga sedang mencari. Ko tak keseorangan. Ingat tu. Assalamualaikum."













No comments

Post a Comment