15/01/2012

Cinta Agung


Gerbang pintu dibuka dari luar. Langkahnya diiringi oleh doa dan dengan harapan mendapat keredhaan daripada Sang Berkuasa. Beg galas diletakkan di ruang-ruang rak yang disediakan. Hanya buku nota, buku rujukan dan alat tulis sahaja dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Matanya sedia tergerak mencari tempat yang kosong dan jauh daripada lisan-lisan manusia. Matanya masih bergerak sehingga dia terjumpa satu meja yang betul-betul berada di tempat yang strategi. Hayunan kaki dimulakan dengan mata tidak lagi berliar di tempat yang lain. Kerusi diangkat sedikit untuk mengelak daripada membuat nyanyian muzik yang menyakitkan hawa telinga.

" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Wahai Tuahanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Amin." Begitulah gadis yang bernama Mariam memulakan tugasnya yang telah menjadi sebati di dalam dirinya. Merasakan bukan dirinya yang berkuasa untuk memudahkan pemahamannya dalam pelajaran. 

Buku nota dan buku rujukan dibuka. Alat tulis telah bersedia untuk berkhidmat kepada tuannya. Khusyuk benar Mariam menelaah buku rujukan sambil menulis isi-isi penting di dalam bukunya. Apa yang tidak dapat difahaminya, dia akan membuat satu tanda bintang besar yang kemudian akan ditanyakan kepada kawan sekelasnya. Suasana di sekeliling tidak dapat mempengaruhi dirinya sehingga kedengaran buku yang terhempas di depan matanya. Penglihatannya melirik kepada tuan badan punya buku.

" Rajinnya ko Yam buat revision. Keadaan sekeliling pun ko dah tak heran." Mariam menenangkan diri dahulu sebelum memulakan perbicaraan.

" Assalamualaikum wahai hamba Allah. Ko ni tak reti ke nak bagi salam dulu. Kalau aku ada heart attackmacam mana? Ko juga yang susah." Hamba Allah itu tidak menghiraukan kata-kata Maryam. Terus kerusi ditarik dan duduk berhadapan dengan Mariam.

" Waalaikumussalam ya ustazah Maryam. Ko ada heart attack tak pa. Hospital ada dekat sebelah saja kolej kita. Rawatan segera akan diberikan." Hamba Allah hanya tertawa melihat muka serius Mariam.

" Ko ni Adibah,  happy lain macam je. Ada apa-apa ke? Ke bf ko ajak pergi mana-mana kali ni?" Mariam  cuba menebak sasaran. Bukan apa, selalunya muka berseri-seri Adibah ini selalunya datang daripada teman lelakinya. Adibah menolak bahu kanan Mariam tetapi dengan keadaan yang lembut.

" Ko ni macam tahu-tahu saja rahsia aku." Mariam hanya menggelengkan kepalanya melihat perilaku malu-malu Adibah itu.

" Erm, apa pula kali ni?" Malas sebenarnya Mariam mahu bertanya. Namun meilhat air muka sahabatnya yang begitu gembira tidak sampai pula jika dia tidak mengambil peduli kegembiraan tersebut.

" Dia ajak aku pergi tengok wayang. Lepas tu dia nak belanja aku makan dekat hotel apa entah. Aku lupa nama hotel tu. Aku tak sabar la nak tunggu malam ni. excitednya. "

" Erm." Adibah melihat Mariam sedang menulis dalam buku nota. Dia berasa geram. Terus ditutup buku nota Mariam itu.

" Yam! Aku punya excited cerita, ko boleh buat kerja ko. Aku tau la ko tu jealous tengok aku adaboyfreind. Itu la, aku offer nak tolong ko, ko tak mahu. Tolak. Alasan macam-macam ko bagi. Itulah. Inilah."

" Adibah, please stop saying that?" Sakit telinga Mariam mendengar celoteh sahabatnya yang tidak reti untuk berhenti. Adibah terus menarik muka apabila Mariam berkata yang sedemikian.

Okey. Fine. Aku tak mahu ganggu ko study. Aku cuma nak bagi tahu kat ko yang aku mungkin balik lambat. Nanti tak payah beli makanan untuk aku. Aku cau dulu." Adibah bersiap-siap untuk bangun. Mariam dengan pantas menahan Adibah. Tangannya memegang lembut tangan Mariam.

" Adibah. I'm really sorry okey. I don't mean to hurt your feeling. Aku bila tengah study memang aku serius. Aku tak suka mencampur aduk perkara lain. I hope you will understand. Insya-Allah nanti aku bagi tahu housemate kita kata ko balik lambat."  

" Baiklah. Aku maafkan ko. Okaylah aku nak jalan dulu. Jumpa dekat rumah malam ni." 

" Assalamualaikum Adibah." Mata Mariam menghantar pemergian Adibah daripada perpustaakan tersebut.

' Ya Allah, aku tak berniat menyakiti hati dia. Moga hatinya lembut menerima kemaafaanku. Amin.'

............................................................................................................................
Kipas berputar-putar kedengaran di dalam bilik yang kecil yang hanya muat untuk seorang saja. Kelihatan Mariam sedang berbaring sambil matanya melihat ke atas. Memikirkan tawaran Adibah yang selalu bermain-main di fikirannya. Adibah pernah berkata kepadanya bahawa pemikirannya terlalu kolot. Kolot yang dimaksudkan oleh Adibah ialah dengan ketiadaan teman lelaki, pergaulan dengan lelaki dan cara pemakaiaannya yang tidak mengikut trend.  

Namun perkara yang selalu dibangkitkan oleh Adibah adalah memiliki teman lelaki. Siapa kata hatinya keras dan tidak menyukai seseorang yang bernama lelaki. Hatinya selalu berperang dengan batil ini. Kadang kala ada hati ini berkeinginan untuk memiliki kekasih tetapi tidak mampu. Ada sesuatu yang menahan dirinya daripada berbuat yang demikian.

' Ah! Aku tak boleh biarkan perkara ini terus menghantui diri aku. Aku mesti cari somebody untuk dijadikan tempat rujukan. Kak Maisarah mesti ada di dalam biliknya pada waktu ini. Ayuh Mariam!'

Mariam bangkit daripada baringnya terus ke menuju ke bilik Kak Maisarah. Ketukan dan beri salam dilakukan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam bilik Kak Maisrah.

" Waalakumussalam. Masuklah. Pintu tak kunci." Mariam membuka pintu bilik tersebut.

" Yam rupanya. Ingatkan Yana tadi." Mariam memberi sebuah senyuman kepada Kak Maisarah.

" Senyum-senyum ni mesti ada something ni."

" Akak ni macam tahu-tahu saja keberadaan Yam datang bilik akak."

" Akak tahu la. Yam takkan datang ke bilik akak selagi tiada masalah. Tell me, what's your problem dear?" Inilah salah satu kerenah Kak Maisarah yang disukai oleh Mariam. Brsedia untuk mendengar masalah dan rintihan orang.

Lately, Adibah selalu provok Yam untuk miliki teman lelaki. Kadang-kadang Yam terfikir untuk mencari seorang buat teman sebab Yam tengok Adibah selalu dibangga-banggakan oleh kawan-kawan sekeliling dia sebab mempunyai teman lelaki yang sangat romantik, care , baik dan macam-macam lagi la. Kadang-kadang benda tu buat Yam rasa tergugat kak. Hati Yam ni sedang berperang dengan nafsu." Kak Maisarah hanya tersenyum mendengar masalah Mariam.

" Mariam nak tahu sesuatu tak?" Mariam menggangguk beberapa kali tanda bersedia untuk mendengar cerita Kak Maisarah.

" Tapi sebelum itu akak nak tanya beberapa soalan. Boleh?"

" Boleh akak."

" Sebelum terjadinya kaca, apakah sebenarnya kaca ini? atau soalan yang lagi jelas daripada apa kaca ini dibuat?"

" Pasir." Ringkas sahaja jawapan Mariam.

" Betul. Kewujudannya adalah daripada yang bernama pasir. Bagaimana pula dengan manusia? Siapakah sebenarnya manusia ini sebelum terjadinya manusia?" Soalan yang tidak terjangka daripada Kak Maisarah yang tidak pernah difikirkan oleh Mariam. Lama Mariam mendiamkan diri untuk mencari jawapan.

" Entah la kak. Yam tak dapat fikirkan." Mariam mengalah akhirnya.

" Dengarkan ayat ini. ' Bukankah pernah datang kepada manusia waktu dari masa, yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?' Ayat ini menyatakan bahawa manusia itu tiada apa-apa nama sebelum dijadikan manusia. Poinnya di sini ialah manusia itu is nothing. They don't have anything. Sampaikan nama pun tiada sebelum dijadikan manusia. You see my point dear?"  Terkejut Mariam mendengar ayat tersebut dan penjelasan daripada Kak Mariam yang belum pernah buat dia terfikir."

But akak I'm  still not clear with your point and how does it relates to my situation?"

 Yam, walaupun Adibah mempunyai teman lelaki yang charming sekalipun dan dibangga oleh kawan-kawan yang lain, ingatlah hubungan itu tidak dapat pengesahan daripada Allah. Siapa kita untuk mengadakan sesuatu yang Allah tidak adakan. Kita tidak mempunyai apa-apa adik. Kita ini hanya hamba yang dicipta oleh Allah. Hanya hamba. Tiada gunanya mendapat kebanggaan daripada manusia tapi tidak Yang Berkuasa Yang Mencipta kita. Yam, Allah itu lebih charming lagi daripada teman lelaki Adibah dan lebih charming daripada semua manusia. He can gives you anything. Tapi teman lelaki ni limited. Kemahuan kita tidak dapat dipenuhi selagi Allah tidak membuat pengesahan. Dan Allah sering memberi sesuatu yang baik kepada kita selagi kita taat. Teman lelaki pula boleh jadi memberi sesuatu yang buruk dan yang baik tidak kira sama ada kita patuh atau tidak." Terdetik hati Mariam memikirkan kata-kata Kak Maisarah. Ada benarnya. 

" Yam, Allah itu sangat Penyayang. Percayalah." Sejak itu Mariam cuba untuk bermuhasah kembali dirinya. Mencari identiti sebenarnya.

...............................................................................................................................

Mariam pergi ke kelas seperti biasa. Peristiwa perbualannya yang lalu dengan Kak Maisarah benar-benar memberi impak kepada dirinya. 

" Yam!" Mariam menoleh mencari suara panggilan namanya.

" Sinilah." Rupanya Adibah memanggilnya. Kelihatan dua orang lelaki bersama-sama denganya. Seorang daripada lelaki tersebut adalah teman lelaki Adibah. Seorang lagi tidak dapat dikenal pasti oleh Mariam. Mariam berjalan ke tempat Adibah.

" Yam, aku nak kenalkan seseorang kepada ko." Sebelum sempat Adibah memperkenalkan lelaki tersebut, Mariam menarik tangan Adibah dan menuju ke tempat yang tidak dapat didengar oleh jejaka-jejaka tersebut.

" Kenapa ko tarik tangan aku? Aku baru nak promote laki tu kat ko."

" Adibah, aku tak perlukan semua tu." Mariam akhirnya bersuara juga.

" Tapi kenapa? Ko kalau ada teman lelaki ni, best beb."

" Adibah, aku betul-betul tak perlukan semua itu. Aku tahu bila ada teman lelaki, semua orang memandang tinggi. Aku pula tak perlu semua itu. Aku tahu apa yang aku nak." Adibah memandang pelik dengan pernyataan Mariam.

" Aku tak perlukan 'bangga' daripada manusia. Aku hanya mahukan Allah bangga dengan aku. Cukup itu saja yang aku mahukan."

" Bajet bagus la ko ni." Adibah mula menempelak tak tentu pasal.

" Adibah, aku harap ko hormati keputusan aku. Istilah teman lelaki tiada dalam kamus aku mahupun kamus Allah. Biarlah yang dihalal oleh Allah menjadi pendamping diri aku. Dan aku takkan kacau hubungan ko dengan teman lelaki ko. Tapi itu tidak bermakna aku berdiam diri. Aku akan kacau hati ko sehingga ko temui cinta yang hakiki." Adibah tidak mampu lagi mendengar bebelan daripada Mariam. Terus sahaja dia pergi begitu saja. Mariam hanya mampu memandang.

' Ya Allah, tunjukkanlah dia jalan cinta-Mu. Amin'


* Surah Al-Insan ayat pertama

No comments

Post a Comment