01/01/2012

Kembara Di Bumi Canada - Ego

Astaghfirullahalazim. Moga Allah mengampuni dosa-dosaku yang lalu dan pada detik-detik ini. Alhamdulillah, ana berasa bersyukur kepada Pencinta ana kerana telah menjayakan misi ana untuk mengembara di bumi Canada yang kebanyakkan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis.

Ini adalah cita-cita ana semasa ana berumur 17 tahun. Masa itu ana gemar membaca novel-novel melayu terutama daripada alaf 21. Minat ana membaca beralih pula kepada syarikat selain daripada alaf 21 sehingga ana terjumpa buku novel yang bertajuk Curahan Cinta Niagara yang ditulis oleh Maya Iris.

Pada saat ana membaca buku itu, terdetik dalam hati ini untuk memasang cita-cita untuk menakhluk Niagara Fall yang berada di sempadan US dan Canada. Tiada yang mustahil selagi diizinkan Allah. Sekarang ana telah berjaya menakhluk negara tersebut. Alhamdulillah.

Kembara ana ini hanya ditemani oleh sahabat baik ana. Hanya kami berdua sehingga berjumpa dengan sahabat baik ana yang belajar di bumi Canada. Ana hanya menumpang rumahnya untuk tidur. Kembara ana kali ini hanya diri ana dan sahabat baik ana.

Kami memulakan perjalanan daripada Toronto ke Quebec City yang mengambil masa lebih kurang 15 jam. Memang agak jauh. Lagi pula Canada itu bumi yang sangat besar tapi kecil daripada Russia dan US. Quebec adalah tempat orang-orangnya lebih prefer bercakap Bahasa Perancis. Memang agak sukar semasa hendak berkomunikasi dengan orang-orangnya termasuk pemandu bas sendiri.

Semasa keluar daripada bas, Subhanallah badan ana rasa sejuk yang teramat. Di London tidak pulak sesejuk sebegini. Ana dengan sahabat ana cepat-cepat masuk ke dalam bangunan stesen bas. 

Setiap langkah kita akan ada halangan-halangan yang disediakan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya untuk diuji. 

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS Al-Ankabut, 29: 2-3)

Hubungan ukhuwwah ana dengan sahabat ana diuji. Bukanlah sesuatu perkara yang senang untuk melalui duri-duri yang bertebar luas di depan ana. Hanya keimanan dan pertolongan daripada Allah yang dapat menyelamatkan ana untuk menharungi duri-duri tersebut. Ada pertelingkahan berlaku antara kami sebelum bertolak ke Quebec City dan semasa berada di Quebec City.

Sahabat ana cuba memberi pandangan dia terhadap ana. Tapi ana telah membangkang cadangannya dengan mengunakan suara yang begitu keras dan tinggi. Ana tidak bermaksud yang demikian. Astaghfirullahalazim. Ana cuba berdalih dengan sahabat ana dengan mengatakan bahawa ana bukan marah. Namun hanya diri ana dan Allah saja yang tahu memang ana tengah marah. Di hadapannya ana tidak mengaku. Semasa perjalanan dalam bas ke Quebec City, masa itulah ana gunakan untuk muhasabah diri kembali.

Diri ana ini mengaku, Dalam diri ini masih ada ego yang begitu solid. Jika ego ini tidak dibuang nescaya makin parah diri ini. Boleh jadi ana memandang diri ana lebih baik daripada semua orang. Moga Allah mengampuni dosa-dosaku. Aura pergaduhan kami masih terasa semasa berjalan-jalan di Quebec City.

Masing-masing menyuruh pergi bertanyakan di kaunter informasi untuk mengetahui maklumat tentang tempat Quebec. Masing-masing tidak mengaku kalah dan menunjukkan kekuatan. Sememangnya agak sukar untuk menumpaskan ego dalam diri apabila ia dapat mengatasi keimanan.

Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku yang tidak pernah ana kenal atau yang dikenali oleh ana, sekiranya ego masih dalam dirimu nescaya menjadi huru-hara kita sesama muslim. Rasa sayang kita sesama sendiri akan musnah. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW, 

" Tidak sempurna iman seseorang itu sebelum dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."

Tataplah wajah sahabat anda dengan penuh kasih sayang dan tataplah wajah ibu bapa anda dengan penuh kasih sayang. Jatuhkan ego anda.

" ....Sungguh, Tuhanmu Mahaluas ampunan-Nya. Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa."

Hatta dia seorang mat rempit atau minah rempit, hatta orang yang berbuat kemungkaran yang jelas di muka bumi ini sekalipun, sayangilah mereka. Siapa tahu mereka ini adalah orang-orang disayangi Allah dan lebih baik daripada kita. Jangan menegakkan ego dalam diri anda dengan mengatakan anda lebih baik daripada mereka sedangkan Allah lebih mengetahui orang-orang yang bertakwa kepada-Nya. Allah lebih berhak menghakimi hamba-hamba-Nya.

Ingatlah ego boleh musnahkan hubungan anda dengan orang sekeliling anda dan juga hubungan anda dengan Allah. Ana sayang kalian.

Refleksi : Buang ego dalam diri jika ingin mendekati Allah, disayangi oleh Allah dan makhluk-makhluk-Nya.

Wallahu'alam

No comments

Post a Comment