31/12/2011

Jatuh Hati - 4

Kedengaran pintu tertutup begitu kuat seperti dihempas angin taufan. Kedengaran pula sesuatu benda yang jatuh daripada arah dapur.

" Astaghfirullahalzim. " Puan Maisarah mengurut dadanya beberapa kali untuk menenangkan dirinya kembali akibat daripada bunyian kejutan secara tiba-tiba. Kalimat Allah disuarakan secara halus beberapa kali sebelum mengambil semula senduk yang terjatuh daripada tangannya. Setelah berjaya mengambilnya dia meletakkan senduk tersebut di atas piring yang kosong. Dia berlalu ke ruang tamu untuk melihat siapa yang menutup pintu begitu kuat sekali. Namun tiada kelibat sesiapa pun di situ.

" Pencuri. Tak mungkin pencuri. " Puan Maisarah masih melihat dengan teliti kekemasan bahagian ruang tamu itu sehinggalah dia terlihat sesuatu benda yang tersadai di atas sofa.

" Haikal. " Dia mengambil jaket kesukaan Haikal itu sambil mencari kelibat anaknya itu. Puas mencari tapi masih tidak dapat ditemui. Secara tiba-tiba kedengaran sekali lagi pintu yang dihempas begitu kuat sekali membuat Puan Maisarah terkejut buat kali kedua.

" Astaghfirullahalazim. Haikal! " Puan Maisarah cuba memanggil nama Haikal. Namun tiada sahutan daripada anaknya. Puan Maisarah mengambil keputusan untuk ke bilik anaknya. Satu persatu tangga dinaiki oleh Puan Maisarah  dengan  begitu berhati-hati kerana tangga tersebut agak curam dan kecil. Tercungap-cungap Puan Maisarah apabila sampai di tangga terakhir. Bunyian barang yang jatuh daripada bilik anaknya membuat dirinya tidak mengambil masa yang lama untuk membuka pintu bilik anaknya. Dia memulas pintu pintu anaknya beberapa kali. Dia bertambah gelisah.

" Haikal, open the door please. I'm worry about you. Haikal!" Diketuk pintu itu berkali-kali oleh Puan Maisarah sehinggalah dia dapat mendengar suara anaknya.

" Leave me alone mum. I want to be alone. " Di dalam bilik tersebut Haikal sedang duduk di atas katil yang begitu serabai.

" Kal, please. Open the door." Puan Maisarah cuba memujuk Haikal sekali lagi.

" Mum, I said I want to be alone. Please mum, I begging you."

" Sarah. Kenapa ni? " Muncul pula Encik Kamarul secara tiba-tiba. Sebenarnya dia terdengar jeritan anaknya itu. Tambah-tambah pula suara rayu-rayuan daripada isteri dia. Itu yang membuat dia tertarik untuk melihat apa yang berlaku di bilik anaknya.

" Abang. Sarah tak tahu kenapa Haikal balik dalam keadaan marah. Sarah minta Kal buka pintu untuk tengok keadaan dia. Tapi dia tak mahu. Abang, Sarah betul-betul risau ni.  Tadi Sarah dengar benda yang jatuh daripada Haikal. Sarah takut Kal cedera." Encik Kamarul mengusap bahu isterinya itu.

" Sabar Sarah. Bagi Haikal masa untuk tenangkan diri. Once he calms, you can ask him anything. Insya-Allah nothing will happen to him. "

" Tapi. "

" Sayang, please trust me. Okay? " Encik Kamarul memegang bahu isterinya begitu tegap sekali untuk meyakinkan isterinya masih melihat pintu bilik anaknya. Terdengar dengusan lembut Puan Maisarah di pendengaran Encik Kamarul. Dia tahu isterinya itu terlalu risau keadaan anak tunggalnya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan sekiranya Haikal enggan untuk membuka pintu. Dan dia tahu anaknya itu perlukan ruang untuk dirinya. Perlahan-lahan suami isteri tersebut berjalan meninggalkan bilik Haikal.

.................................................................................................................................................................

" Argh! " Haikal membaling bantal yang berada ditangannya sebentar tadi. Dia begitu geram dengan kata-kata Ikhwan. Tidak pernah dia berasa perasaan sebegini terhadap Ikhwan kerana Ikhwan selalu mejaga hatinya. Cuma perbualan mereka sebentar tadi membuat dirinya tidak dapat mengawal kemarahannya.

' Dia tu hanya nak tunjuk baik saja Haikal.'

' Haikal, Ikhwan tu nak yang terbaik untuk kau. Dia sayang dekat kau.'

' Tak Haikal. Dia hanya nak tunjukkan kelemahan kau.'

" Argh! Pergi. pergi jangan ganggu aku. Pergi!" Haikal cuba menutup telinganya serapat-rapatnya agar tidak mendengar bisikan-bisikan tadi. Dia berasa penat untuk melawan semua bisikan itu. Dia sendiri keliru bisikan mana yang harus dia ikuti. Nafasnya tidak menentu buat seketika.

Laptop Haikal yang berada di atas meja belajarnya menjadi cerah tiba-tiba secara langsung kedengaran suara azan menanda masuknya waktu maghrib. Haikal menunggu seruan azan tersebut sehingga habis. Kemudian barulah dia bergerak ke tandas untuk membersihkan diri.

' Aku mesti cari Dia.'


No comments

Post a Comment