19/10/2011

Jatuh Hati-2

Pada Siapa Aku Harus Mengadu

Tidak ada seorang pun yang tahu dan dapat membaca isi hati manusia yang penuh dengan misteri. Tiada pula peralatan teknologi yang cangggih yang dapat mengesan dan memberi maklumat akan luahan hatinya. Sungguh kompleks isi hati manusia. Sakit, marah, gembira semuanya itu adalah satu anugerah yang tak terhingga. Kadang kala luaran nampak gembira tapi hati tengah sedih dan sayu. Itulah perkara yang sedang dihadapi oleh Ikhwan. Peperiksaan SPM telah lama berlalu. Tidak lama lagi keputusan akan diumumkan. Namun dia masih tidak betah untuk membuat keputusan masa depannya.

" Ah! Boleh jadi gila kalau lama-lama aku fikir benda ni." Keluhan yang begitu berat keluar juga dari mulut Ikhwan. Pada masa itu dia sedang melepak di halaman rumah. Pagi yang nyaman ini membuat dirinya ingin menghirupkan angin yang segar ini. Mungkin dengan itu, dia mampu melepaskan tekanannya. Tapi sebaliknya, keberadaannya di situ menambah lagi rasa bebanan. 

Di suatu sudut yang lain, kelihatan Abang Ismail sedang membasuh motor kesayangannya. Khusyuk benar mencuci sehingga tidak boleh kalau tidak berkilat. Sambil sambil bernyanyi-nyanyi. Entah lagu apa yang di nyanyikannya. Namun, matanya sedikit tersasar daripada motor kesayangannya. Mula-mula memandang dengan sekilas lalu. Namun, otaknya berfikir dianogsis sebentar.

" Eh!, bukan Wan ke tu?" Dia memandang kembali arah tempat yang sebentar tadi. Lama juga dia melihat.

" Macam ada masalah negara ja. Baik aku pergi tanya dia." Abang Ismail meninggalkan motornya yang masih dalam keadaan bersabun. Dia mengemas diri dahulu sebelum kakinya menapak ke rumah Ikhwan.

" Assalamualaikum. Ada orang tak kat dalam rumah Mak Cik Salmah ni." Abang Ismail buat-buat tidak nampak Ikhwan yang jelas berada di hadapannya. Sebetulnya tidak terlalu berhadapan. Ikhwan tersedar semula daripada lamunannya apabila terdengar suara orang memanggil salam. Cepat-cepat matanya dilarikan ke arah suara tersebut.

" Waalaikumussalam. " Ringkas sahaja jawapan daripada Ikhwan.

" Aik, siapa pula yang jawab salam dari luar ni. Takkan hantu Mak Limah di siang hari." Abang Ismail sengaja berkata yang demikian. Kepalanya menoleh melihat arah sekeliling dengan berpura-pura tidak nampak Ikhwan.

" Abang Ismail ni saja ek nak kenakan orang. Agaknya power cermin mata abang Ismail meningkat kot." 

' Haila, aku pulak yang kena.'

" Mungkin kot. Tak nampak sangat Ikhwan tadi. Samar-samar ja abang nampak tadi. Ingatkan bayang pokok bunga." Abang Ismail tidak mahu mengalah dalam pertandingan menyakat secara tidak rasmi. Nak tunjuk kehebatan konon-kononnya.

" Ada pulak bayang Ikhwan sekecik bayangan pokok bunga ni. Karut betul la abang Ismail ni." Abang Ismail hanya tertawa akan dirinya yang kelihatan memberi jawapan yang tidak begitu logik daripada pandangan Ikhwan. Orang lain pun mungkin akan memikirkan perkara yang sama.

" Sudah-sudah la tu menyakat. Abang dengan rasminya mengundur daripada pertandingan menyakat orang." Akhirnya, abang Ismail mengaku kalah juga.

" Ni bila nak jemput abang masuk ni. Dah lebih lima minit abang terpacak depan rumah Wan ni. Tak baik tau tak jemput tetamu masuk. Tetamukan membawa rahmat kepada penghuninya."

" Hekelah, macam tak pernah masuk serbu rumah Wan. Mari la masuk wahai tetamu terhormat yang memberi peluang pahala kepada penghuni rumah." Ikhwan membuka sedikit pintu pagar agar abang Ismail dapat masuk.

" Macam tu la cara menjemput tetamu. Jom kita lepak kat luar." Abang Ikhwan terus mengambil kerusi yang telah tersedia di ruang halaman itu. Ikhwan juga mengambil tempat di sebelah abang Ismail.

" Apa hajat abang Ismail datang rumah Wan pagi-pagi ni?"

" Amboi. Takkan tak boleh melawat jiran tetangga kot. Kan itu mengeratkan silaturrahim."

" Ya la tu." Ikhwan tidak percaya dengan kata-kata tersebut kerana dia telah lama mengenali abang Ismail. Kalau melawat ke rumahnya mesti ada tujuan.

" Pandai ya Wan baca fikiran abang. Memang pun abang datang ni ada sebab. Sebenarnya, abang ada problem sikit." 

" Problem apa abang Ismail? Mana tau Wan boleh tolong."

" Besar masalah dia.."

" Kata abang Ismail memang la besar. Tapi Wan ni tak dengar lagi masalahnya. Mana tau, masalah yang besar tu merupakan masalah yang kecil bagi Wan. Betul tak?"

" Betul juga kata Wan tu. Kalau macam tu abang mulakan cerita. Sebenarnya abang risau dengan keadaan kronik orang yang abang sayang ni."

" Apa jadi orang yang abang Ismail sayang tu." Ikhwan cuba untuk menganalisa masalah abang Ismail.

" Dia asyik mengelamun lately ni. Kadang-kadang dia ada dalam dunia dia aja. Abang risau sungguh la." Muka abang Ismail berkerut-kerut memikirkan masalahnya.

" Abang Ismail tak cuba dekati dia?"

" Abang takut sebenarnya."

" Apa yang abang Ismail takut pula. Mana tau dia bagi tahu kat abang Ismail."

" But still I'm afraid to approach 'Him'."

' Him? Macam aku ja. Tapi takkanlah.' Ikhwan cuba bersikap bersangka baik.

" Kenapa abang Ismail takut nak dekati dia?"

" Because he sitting in front of me right now. I don't know how was his condition. Is it okay for me to ask him about his problem? What do you think Wan?" Ikhwan masih dalam keadaan yang separa sedar. Lama kelamaan baru dia tahu bahawa orang kesayangan abang Ismail itu adalah dirinya. Dia mengeluarkan keluhan yang begitu berat sekali. Matanya bertebaran ke arah alam sekitarnya.

" Bunyi macam masalah negara ja. Apa masalahnya Wan. Tell me? I am a good listener. Trust me." Lama juga Ikhwan memikirkan sama ada diluahkan masalahnya atau pun berdiam diri. Tapi, melihat air muka abang Ismail, dia yakin abang Ismail boleh membantunya. Sememangnya dia telah mendapat khidmat nasihat daripada Cikgu Mazlan tetapi dia masih buntu mencari penyelesaian.

" Sebenarnya tak ada besar mana pun masalah Wan. Wan cuma fikir apa yang patut Wan buat lepas SPM."

" Apa kejadahnya kata masalah kecik. Tu masalah besar namanya. Ini masanya Wan menentukan masalah Wan. Dan sangat memberi effect kepada masa depan. Jangan sampai kita rasa menyesal." Bersungguh-sungguh abang Ismail menasihati Ikhwan. Ini bukan sebarang keputusan. Keputusan yang harus diambil dan difikirkan pelbagai aspek.

"Wan sebenarnya dah ada impian tersendiri cumanya ibu Wan sedikit menentang atas sebab-sebab tertentu. Jadi, sampai sekarang Wan tak dapat buat keputusan." 

" Jadi apa tindakan Wan?"

" Wan selalu berfikir, mana yang patut Wan pilih."

" Wan, thinking is not enough to make a decision. Wan kena ambil tindakan. Berfikir tak mampu memberi sebarang keputusan sekiranya Wan tidak pergi mencari source yang patut Wan rujuk.Come on young man. Wake up from your dreaming. Do something."

" Tapi source apa yang Wan nak cari?" Ikhwan masih tidak dapat menangkap kata-kata abang Ikhwan.

" Apa sebenarnya your future plan?" Abang Ismail mula dengan rentak yang lambat sedikit supaya Ikhwan mengetahui maksud yang nak disampaikan sebentar tadi.

" Well, Wan plan nak ambil kos Sains dan Al-Quran di universiti swasta. Tapi ibu tak mempunyai kewangan yang begitu stabil. Jadi ibu cadangkan Wan supaya Wan apply mana-mana scholarship memandangkan keputusan peperiksaan Wan semasa percubaan alhamdulillah begitu baik."

" Sekarang, Wan cuba cari apa yang dipelajari untuk kos Sains dan Al-Quran, dan juga kos lain yang Wan minta. Analisa semua perkara. Baik dan buruk. Tapi, kalau Wan masih tak dapat membuat keputusan, mohon bantuan daripada Allah. Buat solat Istikharah constantly until you really sure with your decision. Trust in Allah. He will helps you."

" Insya-Allah Abang Ismail. Wan akan cuba." Kelihatan semangat membara di dalam diri Ikhwan. 

" Jangan kata nak cuba saja Wan tapi bertindak."

" Terima kasih Abang Ismail. You are really a good adviser."

" See the legs la. Acah ja. Satu saja abang nak pesan. Abang mungkin boleh jadi penasihat dan pendengar yang baik. Tapi bukan untuk selamanya. Ada yang lebih dekat dengan Wan dan sentiasa dengan Wan. Segala isi hati Wan Dia lebih mendalami daripada abang."

" Siapa abang Ismail ?"

"Our Creator. Luahkan pada Dia. He is very good friend and the best friend forever. Insya-Allah, Dia akan tunjuk jalan keluar. Tapi kena patuh dan taat perintah Dia." Ikhwan tidak terkata pada waktu itu. Baru dia sedar, dia tertinggal suatu perkara. Selama ini, dia ingat tiada seorang pun yang memahami masalahnya dan tiada seorang yang boleh dijadikan teman terbaik. Namun, sangkaannya meleset. Rupanya Penciptanya sentiasa berada di sisi hamba-Nya. Astagfirullah hal azim.  

No comments

Post a Comment