03/12/2011

Jatuh Hati - 3


AKU TETAP MENYAYANGINYA...

Sentuhan tangan kasar di bahunya daripada belakang menyebabkan dia kembali ke alam realiti. Dia menoleh untuk melihat siapa hamba Allah yang menyapanya itu. Senyumannya semakin meleret apabila melihat susuk tubuh badan itu. Beberapa saat dia mengembalikan semula matanya itu kepada pandangan alam ciptaan Allah yang cukup indah. Angin yang menyapa di muka membuat dirinya terasa begitu. Dia seperti dapat melihat tasbih-tasbih alam ini kepada Sang Pencipta. Pada masa yang sama dia dapat merasakan ada sosok tubuh badan seseorang berjalan di sisinya kemudian mengambil tempat disisinya. Dia tetap dengan kondisi dia seperti tadi. 

" Apa yang ko mengelamun jauh ni Wan. Dah lama aku bertapak kat belakang ko tau tak. Seminit dua tu aku tak kisah sangat. Tapi ni dah cecah 30 minit bro. Parah bro. Ko tengah angau ke?" Hamba Allah itu cuba mengusik Ikhwan. Mana tahu tembakannya terkena sasaran. Bolehlah dia mengorek rahsia sahabatnya itu. Kedengaran ketawa datang daripada Ikhwan. Ketawa yang sederhana dan hanya kedengaran di telinga hamba Allah itu sahaja.

" Nampak sangat ke aku tengah angau ni?" Ikhwan masih dengan ketawanya. 

" Mana tahu. Kot-kot kena tangkap dengan cintan bidadari." Haikal masih cuba untuk memancing Ikhwan. Susah untuk mengetahui isi hati Ikhwan dan dia banyak menyimpan rahsia. Bukan semua orang dia akan berkongsi rahsianya. Hanya kepada orang yang kenalinya dengan rapat dan yakin kepada orang tersebut. Lamanya juga Haikal menunggu jawapan daripada Ikhwan. Terdengar keluhan yang diluahkan secara perlahan-lahan.

" Betul cakap ko Kal. Aku kena tangkap cintan dengan bidadari. Macam mana ek Kal?" Ikhwan menoleh muka menghadap Haikal. Mengharap sahabatnya itu dapat membantunya menangani masalah ini. Mata Haikal terkelip kelip dengan tiba-tiba mendengar isi hati Ikhwan. Dia telah menelan air liur beberapa. Seperti tidak percaya kenyataan dia baru saja dengar sebentar tadi.

' Masalah besar ni. Aku ni mana la pernah jatuh cinta.Kalau rujuk kepada mama dengan abah aku ok lagi. Ni aku nak jadi penasihat dia. Aduh! Parah.'

" Ko main-main kan Ikhwan. Ko tu payah nak jatuh hati. Hati keras. Tak percaya la aku." Haikal cuba meyakinkan dirinya bahawa Ikhwan senang bergurau senda dengan dia. Dia menggeleng kepalanya beberapa kali.

" Asal tak percaya pulak. Aku tak tipu. Sungguh ni. Ko cuba tengok muka bro?"

" Asal dengan muka ko? Muka ko ok ja. Clean and clear  lagi dari sebarang jerawat dan bintik-bintik hitam. Kalah model." Dalam hati Haikal dia tertawakan sahabatnya itu. Rasa seronok pula bergurau dengan sahabatnya itu.

" Aduh! Asal ko tumbuk aku?" Ikhwan secara tiba-tiba menumbuk bahu Haikal.

" Ko ni. Aku tengah serius ni. Tengok muka aku ni especially  kat mata aku ni. Hang perasan tak aku tak cukup tidur." Haikal melihat kembali ke wajah tersebut.

' Ok, ini serius.'

" Perempuan mana ko jatuh cinta ni. Cuba story  kat aku. Mana tau kot-kot aku pun kenal."

" Memang ko kenal. Banyak kali juga aku mention nama dia kat ko. Ko ja tak perasaan." Haikal mengerut dahinya. Dia cuba mengingati nama-nama yang selalu terkeluar daripada bibir sahabatnya itu.

' Ziulaikha, Izzati, Aisyah, Sarah...'

" Serius aku tak tau mana satu. Dalam kepala aku ni naik macam-macam nama. Apa kata ko terus terang ja dengan aku. Kan lagi senang." Haikal tidak betah lagi untuk memikirkannya. Lebih baik dia mendapat jawapan terus daripada Ikhwan.

" Aku, aku, aku jatuh cinta dengan, dengan.." Haikal cuba bersabar dalam menanti jawapan Ikhwan. Nampak susah benar ingin diluahkan.

" Ibu aku." Bebanannya yang dia rasainya selamanya ini menjadi ringan setelah meluahkan segala terbuku di hati.

" Apa dia? Cuba jo sebut lain. Takut telinga aku ada masalah pendengaran."

" Aku jatuh cinta dengan ibuku." Bagai nak pitam saja Haikal seketika itu. 

" Ko ni tengah main-main gurau dengan aku kan?" Haikal cuba mendapatkan kepastian.

" Pernah ke aku tipu ko? Aku sungguh-sungguh ni. Jatuh cinta aku ni lebih kepada rindu. Dah 3 tahun aku tak balik kampung. Aku rindu nak peluk ibu aku. Aku rindu saat gurau senda dengan ibuku dan adikku. Aku rindu kena cubit dengan ibuku. Macam-macam lagi la aku rindu."

" Haila. Macam angau pun ada. Tapi ko angau dekat ibu ko.Bertuah aku tengok hidup ko dengan ibu ko." Haikal menjadi sedih secara tiba-tiba apabila mengingati keluarganya terutama mama dan abanhnya. Dia terasa kehidupannya sangat dikawal oleh mama dan abah. Itu tidak boleh buat. Ini tidak boleh buat. Bosan.

" Asal tiba-tiba ko nak sebek pulak ni. Patutnya aku yang sedih. Ini terbalik pula." Ikhwan menggaru rambutnya yang tidak gatal. Setahunya Haikal hamba Allah yang bertuah kerana mama dan abahnya berada di sisinya. Tidak seperti dia. Ibu berada di asia dia berada di europe. Dia melihat Haikal mengutip batu-batu kecil di pantai ini dan membuat balingan ringan.

" Tak da la. Aku tengok ko selalu sembang gurau-gurau senda dengan ibu ko dalam skype. Satu keluarga yang happy. Ibu ko selalu support ko apa yang ko nak buat. Aku pula, jangan harap nak bergurau senda macam tu. Tak sempat dua minat meletup bom Hiroshima. Lepas tu, apa yang aku nak buat semua tak boleh. Geram aku lama-lama." Haikal meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya. Dia mudah berasa stress bila berada di rumah terutamanya apabila bersama dengan mamanya. Selalu tanya, pergi mana, balik pukul berapa, buat apa nak ke sana dan macam-macam lagi. Kalau begini selalu mudah dapat serangan jantung rasanya di usia mudanya ini.

" Dia buat semua tu untuk kebaikan ko juga. Bukan untuk kejahatan. Mana ada mak nak yang tak terbaik untuk anaknya." Ikhwan cuba untuk berfikiran positif dengan situasi Haikal. Tiada ibu yang mahu anaknya kecundang. Tiada. Hanya titisan air mata yang mengalir di mata ibu saat mendengar kecundangan anaknya. Haikal bangun dan mula berjalan di persisiran pantai. Ikhwan membuntuinya daripada belakang.

" Ko tak tahu mama aku macam mana. Dia kalau boleh nak control  semua apa yang aku nak buat. Sikit-sikit kena minta permission daripada dia. Almost 98 percent my life decide by her. Oh man! I want to be free Wan. I want my freedom." Haikal membuat sepakan pada air laut di persisiran. Dia sekarang seperti berada di dunianya. Pancainderanya terhadap sekeliling hilang sebentar. Sehinggalah dia merasakan kehilangan Ikhwan di sisinya. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari Ikhwan. Dia mula merasa tidak senang hati. Dia beralih kebelakang pula. Hembusan nafas turun secara perlahan-lahan. Kakinya mula melangkah ke arah susuk shabatnya itu.

" Wan! Aku punya la sedap meluahkan perasaan. Ko boleh pulak berhenti kat sini. Nasib naik aku tak pergi jauh sampai kat tempat permainan tu. Wan!" Ikhwan masih dalam kedudukan menunduk kepalanya di lutut. Haikal mula merasa gelisah melihat keadaan sahabatnya itu. Dia mula duduk bertentangan dengan Ikhwan dan cuba menyentuh lengan Ikhwan. Pegangan itu begitu teguh sekali. Haikal memanggil nama Ikhwan sekali lagi. Perlahan-lahan Ikhwan mengangkat mukanya. Terkejut Haikal melihat mata Ikhwan pada saat itu. Merah. Air mata.

" Wan asal ko nangis ni. Tak macho la laki menangis. Cuba ko citer kat aku kenapa ko nangis ni? I am a good listener. Tak pernah aku tengok ko nangis. Selalu steady ja.” Haikal masih memandang mata kesedihan itu. Ikhwan menyapu sisa-sisa air mata di pipi dan di matanya. Nafas diambil secara perlahan-lahan untuk mengembalikan kekuatannya. Selang beberapa minit senyuman mula berbuah di bibirnya. Pelik Haikal melihat reaksi Ikhwan. Sekejap nangis lepas itu senyum kembali.

“ Tak ada la aku teringat dekat ibu aku bila ko tengah cerita pasal mama ko.” Alhamdulillah. Kekuatan mula kembali dalam dirinya. Kini dia boleh bercakap dengan begitu lancar sekali.

“ Kenapa pula?” Haikal mula menghitung hubungan antara penceritaannya dengan kes rindu Ikhwan terhadap ibunya. Tapi dia masih belum dapat menangkap tali sambungan tersebut.

“ Ko tau tak? Bila kita cerita kelemahan emak kita, kita tak tahu atau tak sedar sebenarnya kita ini pun ada kelemahan. Tapi kita rasa diri kita lebih baik daripada ibu bapa kita. Contohnya, ibu aku tak mampu nak bermain bersama-sama dengan aku dan adik aku. Sebab apa? Sebab dia sakit. Dia ada kecacatan membuat dia terhindar daripada kami. Aku mula rasa iri hati dengan kawan-kawan yang lain yang dapat bermain bersama-sama dengan keluarga. Ibu aku hanya mampu melihat di luar tingkap sahaja.” Haikal menarik beberapa nafas untuk menyambung semula percakapannya.

“ Tapi aku juga ada kelemahan. Aku tak mampu nak menyembuh kecacatan ibuku. Aku tak mampu nak merasai kesakitan dia. Dia hanya senyum bila melihat wajah-wajah anaknya. Tapi di belakang tabir aku tau dia tengah sakit. Sakit sangat. Kadang-kadang aku dengar tangisan ibuku dalam sujudnya. Sekarang ini aku tak mampu berada di sisinya dan menjaga dia. Ko pulak mama dan abah ko selalu ada di sisi. Ko selalu pandang kelemahan mama ko tapi ko tak pandang kelemahan dalam diri ko. Itu kesilapan anak-anak sekarang.” Haikal terdiam mendengar butir-butir daripada Ikhwan. Dia merasa geram apabila dia ditegur oleh sahabatnya. Dia tidak boleh menerima hakikat itu. Lantas dia berdiri dan berlalu pergi sebelum buku lima terkena pada muka Ikhwan. Ikhwan hanya mampu memandang dengan hati yang sayu. Moga Allah membuka pintu hatinya. Itulah doa Ikhwan terhadap Haikal. Matahari hampir-hampir menghilangkan diri. Ikhwan mula bergerak meninggalkan pantai tersebut. Dia harus bersiap sedia dengan seruan azan sebentar lagi.

No comments

Post a Comment