22/06/2011

Jatuh Hati-1

Kini menjelma malam dengan didampingi oleh bulan dan bintang. Siang pula berlalu setelah sang mentari berpenat lelah bekerja dan berkhidmat untuk manusia. Begitulah tabiat alam sejak azali yang tidak pernah mengingkari perintah daripada pemerintah yang tertinggi. Selepas menunaikan solat maghrib, seorang ibu terus membuka televisyen untuk mendengar dan menonton berita terkini. Sudah menjadi kebiasaan kepada penduduk-penduduk Malaysia untuk menonton berita pada jam 8 malam. Walaupun mata si ibu setia di kaca tv tetapi tangannya giat melipat baju-baju di dalam bakul di sisinya. Rumah si ibu itu tidaklah terlalu mewah dan tidak pula terlalu usang. Cukup-cukup selesa buat seisi keluarga. Kedengaran pintu bilik terbuka secara perlahan-lahan. Si ibu menoleh untuk melihat gerangan orang itu. Senyuman terukir di bibirnya.

" Wan. Dah tunai solat ke belum?" Anak itu tidak menjawab. Sebaliknya melangkah ke arah ibunya dengan senyuman dengan penuh kasih sayang. Dia mengambil tempat duduk di sisi ibunya kemudian dengan selamber meletakkan kepalanya di riba si ibu. Sang ibu mengusap-usap kepala si anak itu.

" Dah ibu..." Perbualan mereka menjadi sunyi sepi kerana sedang khusyuk mendengar berita semasa.

" Ibu..."

" Erm..." Si ibu tidak memandang kepada anaknya. Matanya masih setia memberi konsentrasi kepada tv.

" SPM tak lama lagi. Pejam celik pejam celik dah sampai waktu exam. Wan dah buat planning untuk masa depan Wan. So, Wan fikir Wan nak ambik kos Sains dan al-Quran. Wan minat dengan bidang ni sebab kos ni Wan rasa booleh buat Wan lebih kuat ikatan dengan Allah. Lepas tu, Wan nak sambung buat business pula..." Ibunya terdiam mendengar perancangan masa depan anaknya itu. Dia mengeluh buat beberapa ketika. Namun keluhan tersebut dapat didengari oleh Ikhwan.

" Ibu...kenapa ibu mengeluh." Berat mulut si ibu untuk menutur kerana khuatir mengecilkan hati Ikhwan.

" Wan. Ibu bukan nak mengongkong apa yang Wan rancangkan itu. Semua yang Wan rancang tu, semuanya bagus untuk diri Wan. Tapi Wan harus tahu yang ibu ni tidak punya apa-apa harta untuk disalurkan untuk pengajian wan. Duit yang ibu kumpul cukup-cukup untuk tampung kehidupan kita anak beranak dengan persekolahan. Lagipun kos yang Wan ambik tu kan perlukan kos yang tinggi. Universiti awam mana ada kos tu cuma universiti swasta yang menawarkan kos tu."

Benar kata-kata ibunya itu. Hampir dia terlupa bahawa diri dia bukannya datang daripada golongan yang serba cukup. Walaupun sekiranya dia bekerja, namun gajinya yang dia dapat itu masih tidak mampu untuk menampung perbelanjaan kosnya itu. Astagfirullah.

" Tapi Wan. Ibu ada cadangan."

" Apa dia ibu?"

" Apa kata Wan minta permohonan biasiswa.Kalau Wan dapat keputusan yang cemerlang boleh mohon biasiswa sebanyak yang mungkin. Mana tahu ada rezeki wan di situ. Tak pun wan isi borang UPU ja. Dapat la duit dari PTPTN." Berat juga bagi Ikkwan untuk memilih jalan ini kerana dia khuatir mendapat kos yang dia kurang gemari.

" Nanti Wan fikirkan semula bu." Ibu Ikhwan tahu yang anaknya berat untuk mengikut perancangan tersebut.

" Ibu..."

" Apa lagi wan. Tak fokus ibu nak dengar berita ni." Sedikit tinggi suara si ibu. Ikhwan hanya tersengih sengih kesukaan.

" Ni cerita best dan hot ibu. Rugi ibu tak nak dengar..."

" Erm..apa citer yang best dan hot sangat tu." Perli si ibu.

" Abang wan ada peminat kat sekolah ibu!" Tiba-tiba saja adik Ikhwan, Mukhlis menjerit. Mukhlis baru saja keluar daripada biliknya. Geram Ikhwan dengan Mukhlis kerana memotong line dia. Ikhwan mengambil bantal berdekatan terus dibaling kepada adiknya. Sempat adiknya mengelak dan mengetawakan abangnya.

" Ikhwan!" Si Ibu mencubit lengan Ikhwan.

" Au! ibu sakit la ibu cubit." Dia mengusap bekas cubitan ibunya. Mukhlis yang melihat situasi abangnya itu makin galak bergelak.

" Mukhlis!" 

" Ya ibu." 

" Datang ke sini." Tangan si ibu menunjukkan duduk di sebelah ibunya. 

" Er...ibu nak buat apa?" Perlahan-lahan dia berlalu ke sisi ibunya. Ibunya masih diam sampailah dia benar-benar berada di sisi ibunya. Tanpa sebarang isyarat...

" Au! Ibu... sakit la cubitan ibu." Ikhwan pula mengambil alih tugas adiknya iaitu mentertawakan orang.

' Ambik ko. Gelakkan orang lagi. Hehehe.'

" Kenapa ibu cubit adik." Dia tidak berpuas hati dengan ibunya. Sakit hatinya melihat abangnya mentertawakan dirinya.

" Cubitan itu sebabnya suka menyampuk cakap orang. Abang tak sempat nak bercerita, dia masuk cerita dulu. Minta maaf dengan abang. You too abang. Minta maaf dengan adik sebab baling bantal. Now young men!" Cepat abang dan adik memohon kemaafan apabila mendengar suara ibu mereka yang sedikit tinggi. Ibu mereka, kalau dalam kemarahan keluar habis speaking British. Kalah si anak.

" Macam tu la anak-anak ibu saling berkasih sayang dan bermaaf maafan. Ha! apa yang Wan nak cerita pada ibu tadi." Mukhlis tetap berada di situ untuk mendengar perbualan abangnya. Kebetulan pula Ikhwan tidak kisah sekiranya adiknya mahu mendengar sekali. Mungkin daripada ceritanya Mukhlis boleh mengambilnya sebagai ibrah.

" Dekat sekolah Wan, ada sorang perempuan ni tulis surat dan bagi kat Wan terus tanpa pihak ketiga. Dalam surat tu dia tulis, dia suka kat Wan. Dia ada offer wan untuk jadi boyfriend dia. Sepatutnya hari ini Wan kena bagi tau  dekat dia sama ada Wan terima dia atau tidak."

" Dia cantik tak?"

" Cantik bu. Kulit licin tanpa jerawat dan putih lagi. Cuma giginya kurang putih sikit." Mukhlis pula yang menjawab bagi pihak abangnya. Si ibu sudah mencekak pinggangnya.

" Mukhlis."

" Ya ibu."

" Sekarang ni ibu tanya siapa. Adik ke abang?"

" Er..Abang."

" Jadi, kenapa adik pula yang menjawab? Siapa punya luahan hati sebenarnya?"

" Abang lagi."

" Jadi zip your mouth, open your ears and listen only. Faham?"

" Faham faham faham..." Mukhlis mengangguk-angguk kepalanya beberapa kali.

" Wan. Teruskan dengan persoalan ibu tadi."

" Er...Betul la apa yang adik citer tadi."

" Habis tu kenapa Wan tak bagi tahu keputusannya hari ini."

" Wan ragu-ragu mak. Nak tolak, tak boleh ibu. Sebab...wan jatuh suka dekat dia." Perlahan-lahan wan berkata sambil merenung reaksi muka ibunya. Takut-takut ibunya marah mendengar ceritanya itu. Namun sebaliknya berlaku. Ibunya tidak pula kelihatan marah mahupun sedih.Pelik.Mukhlis juga seperti berpendapat dengan abangnya. Si ibu perasan yang anak-anaknya sedang menunggu reaksi daripadanya.

" Normal."

" Ha. Yang tu ja ibu nak kata." Terkejut Ikhwan dan Mukhlis mendengar perkataan yang keluar daripada ibu mereka.

" Kalau macam tu adik pun nak bercinta la." Memang menjadi tabiat Mukhlis yang suka menyampuk perbualan orang lain. Namun kali ini ibunya tidak marah pula.

" Cik adik...ibu tak habis cakap lagi. Mungkin adik dengan Wan fikir ibu marah bila dengar Wan kata Wan jatuh hati dengan perempuan tu. Tak. Ibu tak marah. Semua ni adalah fitrah yang semua manusia pasti merasainya. Kalau tiada cinta dan sayang tiada ikatan ukhwah, tiada keamanan, tiada toleransi, berlaku pergaduhan dan macam-macam lagi la.Tak salah juga tiba-tiba kita jatuh sayang dengan seseorang cumanya..." Si ibu cuba memancing minat anak-anaknya untuk bertanya.

" Cuma apa bu." Serentak Mukhlis dan Ikhwan bertanya. Tidak sabar-sabar mereka ingin mengetahui keterangan ibu mereka.

" Cumanya kita perlu ikut cinta yang berlandaskan syarak. Contoh yang ibu bagi yang paling dekat dengan remaja yang belum kahwin tetapi jatuh hati dengan seseorang. Wan, adik, kalau benar cintakan seseorang, Wan dengan adik takkan pernah sesekali membiarkan orang yang kita sayang dijilat api neraka. Kalau benar Wan dan adik sayangkan dia, Wan dan adik takkan pernah melafazkannya kecuali antara kita dan Allah. kalau benar cintakan dia, kita takkan pernah menerima tawaran dia yang bakal menjunamkan kita dan dia ke dalam api neraka. Wan dan adik faham kan maksud ibu? Wan tahukan apa jawapan ibu.

" Tapi bu. Wan betul-betul jatuh cinta dekat dia." Ikhwan masih tidak dapat menerima penerangan yang diberi oleh ibunya.

" Wan...bukan ibu yang kata tak boleh tapi Sang Pencipta yang mencipta kita sudah menetapkan sebegitu. Wan, antara cinta ibu dengan Allah terhadap diri Wan, mana yang lebih tinggi?" Secara perlahan-lahan dia menyedari sesuatu. Sesuatu yang susah untuk diperkatakan dan digambarkan. Hanya Allah saja yang tahu.

" Allah." Dia berkata dengan suara yang begitu perlahan sekali.

" Insya-Allah Wan. Kalau benar jodoh wan dengan dia, semua orang tidak boleh meghalang kekuasaan Allah. Yakinlah dengan takdir Allah. Lagi pun Wan perlu persiapkan diri dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Banyak yang wan perlu belajar dan tahu. Contohnya fiqh wanita, pendidikan anak-anak dan macam-macam lagi.kalau benar Wan ingin raih cinta Allah dan syurga Dia, inilah jalan-jalan Wan perlu tempohi. Nampak seperti memberi penderitaan tetapi tidak sama sekali. Malahan ia memberi kemanisan kepada kita jika benar-benar ingin dapat redha Alllah." Si ibu perlahan-lahan mengusap belakang badan anaknya itu. Mukhlis pula tiba-tiba terdiam mendengar kata-kata ibunya.

..................................................................................................................................

Pengorbanan Ini Tidak Ku Pinta, Namun Ini Jalanku

Setelah lebih kurang 3 jam belajar, akhirnya loceng sekolah berbunyi. Inilah saat-saat yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar iaitu berehat. Ada yang suka kerana boleh keluar daripada kelas yang kurang menarik, ada pula yang kelaparan kerana tidak mengambil sarapan pagi dan ada pula yang suka kerana boleh melepak dengan rakan-rakan. Namun tidak pula bagi Ikhwan. Inilah masanya untuk dia berhadapan dengan gadis tersebut. Dia ingin menyelesaikannya cepat-cepat agar dia boleh memberi konsentrasi kepada peperiksaan SPM. Dia sudah memberitahu kepada Khadijah untuk bertemu dengan di koperasi pada waktu rehat. Dia berasa gelisah kerana Khadhijah masih tidak kelihatan.

" Wan, bila kawan hang nak mai ni. Aku dah lapaq tahap giga ni." Sulaiman mencelah setelah begitu lama mereka menunggu kedatangan sang puteri.

" Tunggu kejap. Nanti dia datang la. Ha..tu dia dah datang. hang jangan duk dekat aku sangat tapi jangan jauh pulak dari aku. Sulaiman menunjukkan isyarat 'ok'.

" Assalamualaikum abang Wan."

" Waalaikumussalam." Wajahnya tertunduk ke bawah.

" Apa hajat abang wan nak jumpa Kadhijah."

" Er, saya nak bagi tahu jawapan saya yang awak tulis surat hari tu." Bersinar-sinar mata kadijah pada masa itu. Tidak sampai hati pula Ikhwan untuk berterus terang. Namun, dia perlu teruskan langkah ini. Ini jalanku.

" Saya minta maaf. Saya menolak untuk jadi teman istimewa kadhijah." Runtun hati Kadhijah mendengar jawapan daripada Ikhwan. Apakah dia tidak menawan mahupun cantik. Padahal ramai lelaki yang meminati dia. Semua yang ingin menjadi teman lelakinya, dia menolak dengan yakin kerana hatinya terpaut dengan Ikhwan. Ikhwan selalu mejaga tatatertib dan tatabicaranya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Malah dia tidak pernah melihat Ikhwan berdua-duaan mana-mana perempuan.

" Kenapa?" Kadhijah ingin mendengar penjelasan daripada Ikhwan.

" Kerana saya dan awak tiada ikatan yang sah untuk membuatkan saya menjadi teman istimewa awak. Tapi ketahuilah, ana uhibbukifillah. Insya-Allah suatu hari awak akan faham. Carilah cinta Allah, Insya-Allah Dia akan membuka jalan-jalan untuk awak memahami situasi ini. Saya berunsur diri dulu. Assalamualaikum." Ikhwan terus pergi bersama-sama Sulaiman.

" Waalaikumussalam." Mata Kadhijah hanya mampu memandang pemergian Ikhwan.

'Ana uhibbukifillah? Apa maksudnya?'

..............................................................................................................................

Dibayangi Impian

Ikhwan sedang menunggu adiknya selepas tamat sesi pembelajaran. Mereka selalunya balik bersama-sama. Sementara menunggu adiknya, fikirannya sempat mengimbas kembali perbualan antara dia dan ibu mengenai perancangan selepas SPM. Dia masih tidak dapat membuat keputusan. Antara berdasarkan keinginan impiannya dengan berdasarkan situasi keluarganya sekarang, yang mana harus dia memilih.

" Ah! Runsing aku kalau fikir lama-lama macam ni. Ya Allah, jalan manakah yang terbaik buat diri hamba yang kerdil ini.'

Sementara itu, kelihatan seorang cikgu sedang bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Setelah memastikan semua sudah ada dalam beg laptopnya, terus dia memulakan langkah ke arah tempat parking keretanya. Dalam perjalanan ke sana, dia melihat Ikhwan termenung jauh sekali. Dia cuba mendekati anak muridnya itu.

" Assalamualaikum Ikhwan. Jauh termenung. teringat awek ek?" Cikgu Mazlan menyapa Ikhwan daripada belakang. Terkejut Ikhwan apabila merasa sentuhan seseorang di bahunya dari belakang. Dia memalingkan mukanya.

" Waalaikumussalam. Cikgu rupanya. Terkejut saya, tiba-tiba rasa orang sentuh bahu saya."

" Awak tu yang termenung jauh. Mana nak perasan saya lalu depan awak tadi. Tu pasal saya tegur dari belakang. Saja bagi suspen sikit." Cikgu Mazlan sempat lagi bergurau-gurau dengan Ikhwan.

" Ada-ada lawak cikgu tu."

" Kenapa awak termenung jauh? Macam fikir masalah negara pun ada. Cuba citer dekat saya. Mana tahu kot-kot ada apa-apa yang saya boleh bantu." Ikhwan terdiam seketika sambil mengeluh.

" Kenapa ni?" Tanya Cikgu Mazlan buat kali kedua.

" Saya ada problem sikit cikgu."

" Saya tak nampak macam masalah kecil daripada reaksi muka awak. Mesti masalah besar. Kenapa? Gaduh dengan awek ek?"

" Ish, cikgu ni. Saya mana ada awek. Ini masalah mengenai kos saya dekat universiti nanti."

" Apa masalahnya?"

" Saya ada buat perancangan nak ambik kos sains dan al-Quran di universiti swasta memandangkan universiti awam tiada tawaran kos ini. Tapi cikgu tahukan, keluarga saya bukan kaya raya. Tapi alhamdulillah, kami hidup dalam serba cukup. Kemudian, ibu saya bagi cadangan kat saya. Dia minta saya apply mana-mana biasiswa ataupun masuk saja universiti awam. Boleh dapat kewangan daripada PTPTN." Cikgu Mazlan hanya memasangkan telinganya untuk mendengar masalah Ikhwan.

" Kamu nak ambik sains dan al-Quran tu kerana minta atau ada sebab lain?" Teringin juga dia ingin mencungkil rahsia hati anak muda itu.

" Minat pun adalah salah satu sebab saya pilih kos ni. Tapi sebab yang paling kuat ialah saya percaya apabila saya ambik kos ni, saya lebih dekat dengan Allah dan lebih dekat melihat kekuasaan-Nya." Cikgu Mazlan sangat terkejut dengan kata-kata anak muridnya itu. Lain daripada lain.

" Jadi..." 

" Jadi, saya tengah bingung nak ikut cadangan ibu ke atau terus saja dengan perancangan saya ini. Apa pendapat cikgu?" Ikhwan ingin juga mendapat nasihat daripada orang-orang yang berpengalaman seperti cikgunya. Tidak perlu dia bersusah payah lagi untuk menemui kaunselor sekolah.

" Pendapat cikgu, kalau ikutkan perkembangan terkini, memang ramai yang menganggur kecuali orang-orang yang terikat dengan biasiswa. Satu lagi advantage  kalau ikut cadangan ibu Ikhwan tu ialah ibu Ikhwan tidak perlu bersusah payah lagi untuk memberi duit perbelanjaan kepada Ikhwan. Dia sekarang boleh fokus dekat adik Ikhwan yang sorang tu. Ringan sikit beban. kalau ikut perancangan Ikhwan pula, memerlukan kewangan yang banyak. Lepas tu, bila habis pengajian, Ikhwan mungkin tidak tahu apa yang harus dikerjakan. Lagi pula pekerjaan sekarang memang menjadi persaingan yang sengit di Malaysia ni."

" Apa harus saya buat cikgu. Saya betul-betul di dalam dilemma."

" Ikhwan, cikgu tak boleh bagi jawapan. Semuanya terletak di dalam tangan awak. Awak yang menentukan masa depan awak. Tapi, kita ini hamba lemah lagi kerdil. Mintalah pertolongan daripada Dia dengan mendirikan solat dan mohon petunjuk daripada Sang Pencipta. He knows what is the best for His slaves. Nasihat cikgu, buat la sebanyak mana matlamat awak walaupun lebih 10 kertas tapimake sure awak fokus satu persatu. Tapi kalau boleh buat 2 atau 3 dalam satu masa, teruskan. Tiada siapa mampu menghalang kecuali Dia. Okeylah, cikgu kena balik dulu. Nanti isteri cikgu risau pula tak sampai rumah. Fikirkan dalam keadaan akal yang sedar agar iman yang kuasai diri bukan nafsu. Assalamualaikum. All the best."  

"Waalaikumussalam." Ikhwan memandang gurunya berlalu pergi. Guru itulah yang paling dia hormati dan paling akrab. Sentiasa mendengar masalahnya dan merahsiakan masalahnya.

No comments

Post a Comment