14/05/2011

Pemburu Cinta


" Apa Bie! Bie nak break dengan sayang?"

" Apa salah sayang sampai Bie sanggup buat sayang macam ni. Sayang ni tak cantik ka..tak manja ka?" Bila-bila masa saja air mata bakal mengalir. Hanya menunggu masa ia bertakung di kelopak mata.

" Bie tak boleh buat sayang macam ni. Bagi tau sayang, siapa perempuan yang berani tackle Bie. Bagi tau cepat. Biar sayang p tumbuk perempuan tak malu tu. Bie..Bie!!!" Teman lelakinya meletak dahuluhandphone tersebut. Air mata yang ingin mengalir tidak sempat menjamah pipi hamba Allah itu apabila perasaan marah dan geram lebih menguasai dirinya.

" Jahanam punya laki. Habis madu, dia tinggal aku macam tu ja. Geramnya...Kalau dia ada depan mata aku..ni tangan aku dah siap nak tumbuk laki yang tak kenang budi tu." Tidak dapat menumbuk bekas teman lelakinya, jadilah tumbuk pepohon hijau yang ada di sekitarnya. Itu saja yang mampu dia lakukan untuk melepaskan geram. Habis pokok itu dikejarkan oleh hawa itu. Setelah berasa penat, dia mencari kerusi yang boleh dijadikan tempat berehat. Dia ternampak ada kerusi yang kosong yang tidak jauh darinya. Dia menuju ke tempat itu. Di situ dia melepaskan nafasnya yang tidak menentu tadi. Dia ingin mengembalikan pernafasannya kepada tahap normal kembali. Beberapa kali nafas di ambil secara perlahan-lahan. Tenang semula.

" Assalamualaikum awak." 

' Aish orang baru nak bertenang ada saja yang mengacau.'

" Erm..Waalaikumussalam." Dia melihat siapa gerangan yang memberi salam kepadanya.

" Er..boleh saya duduk di sini. Semua kerusi dah penuh." Sopan perempuan itu meminta daripadanya. Dia melihat kerusi di sekeliling.

' Betul juga. Semua kerusi dah penuh. Bagi ja la.'

" Duduk la." Tersenyum perempuan itu apabila mendapat greenlight daripada hamba Allah itu. Penuh dengan kesopanan cara perempuan itu duduk.

" Awak nama apa?"

' Aish, orang dah bagi tempat duduk, dia tanya nama aku pulak.' 

" Hani." Dia berkata dengan begitu berat sekali. Seperti tidak mahu melayan perempuan di sisinya itu.

" Nama saya Ainul." Hani hanya mengganggukkan kepalanya  dan memberi senyuman kurang mesra kepada Ainul. Setelah itu, suasana sunyi sebentar. Hanya untuk beberapa ketika.

" Hani..tadikan Ainul nampak Hani tengah cakap dalam phone. Pastu Hani cakap marah-marah. Sori..Ainul tak sengaja dengar tadi. Er..Hani gaduh dengan suami ek?" 

" Mana ada. Aku ni still young tau. Buat apa aku nak kawen awal. Yang tadi tu boyfriend aku."

" Owh...Hani..couple tu kan..."

" Ko jangan nak buat dakwah dengan aku. Aku tau sangat la korang yang pakai tudung labuh ni...dengan baju jubah ni bagi korang, couple tu haram."  Hani terus menembak kata-katanya kepada Ainul. Ainul tidak sempat menghabiskan ayatnya sehingga ke titik noktah. Nampaknya Hani ini terlalu spekulasi terhadap orang-orang seperti Ainul.

" Hani jangan salah faham. Bukan itu yang Ainul ingin perkatakan."

" Habis tu, ko nak kata apa?" Hani berasa berdebar pula menanti kata-kata daripada Ainul.

" Sebenarnya.. Ainul nak tanya..couple tu best tak?" Terbeliak mata Hani mendengar soalan Ainul itu. Pipi Ainul mula kemerah merahan. Malu. Hani melihat penampilan fizikal Ainul. Tudung dah labuh. Jubah pun sudah menutupi anggota wajibnya. Tidak mungkin orang seperti Ainul sukakan couple. Mereka ini mesti ada pegangan agama yang kukuh. Rungsing Hani memikirannya.

" Er..couple tu memang seronok..tapi menyakitkan bila kita dikhianati." Teragak-agak juga Hani menjawab persoalan Ainul.

" So, boleh la Ainul nak couple jugak ek?"

" Apa?" Sekali lagi Hani terkejut dengan penyataan Ainul.

'Biar betul Ainul ni.'

"  Ish...Tak payah la. Buat sakit hati ja."

" Kenapa pulak? Tadi Hani kata seronok kalau couple ni" Ainul tidak berpuas hati dengan jawapan Hani.

" Tak payah la. Bukan seronok pun. Lelaki pun kalau dah jumpa perempuan lain yang lagi cantik, dia tinggalkan kita. Buat sakit hati ja. Dulu bukan kata sayang lagi."

" Jadi. Benar lah kata-kata Allah." Hani mengerut dahi mendengar ayat-ayat yang dilontarkan oleh Hani. Keliru sebentar. Ainul tersenyum apabila melihat Hani kelihatan runsing.

" Allah kan ada bagi tahu dalam Al-Quran, jangan kamu, manusia menghampiri zina. Macam kes Hani pun Allah tahu dan kenapa tak dibenarkan. Allah bayar larangan ini dengan sesuatu yang lebih berharga iaitu perkahwinan. Tak gitu?"

" Eh, kan aku dah kata, nak berdakwah p tempat lain la. fed up aku macam ni."

" Tapi..bukan Ainul seorang saja yang berdakwah sekarang. Hani pun sedang berdakwah juga."

" Sejak biila pula aku jadi pendakwah ni. Ilmu agama pun x cukup. Pendakwah nu..yang jadi ustaz, ustazah, yang pakai macam ko ni." Bibir Ainul sentiasa mekar dengan senyuman.

" Dalam surah Al-Baqarah ayat ke-31. Allah mengatakan kepada malaikat bahawa Dia hendak menjadikan khalifah di bumi ini. So, secara automatik Hani pun merupakan seorang pendakwah macam Ainul cuma konteksnya mungkin berbeza." Penerangan daripada Ainul sedikit sebanyak membangkitkan keinginan Hani untuk mengetahui lebih lanjut.

" Aku x paham."

" Ada 2 contoh yang Ainul akan ceritakan tapi situasi dan tindakan yang berbeza. Contoh pertama mat rempit. Mat rempit ni datang dari mana?" Hani berfikir sejenak.

" Erm..mesti la ada orang ajak."

Exactly. Mesti ada orang yang initiate dulu benda ni. Kalau tak, tak ada la berkembang sampai sekarang. Ada kawan atau kenalan yang ajak kita. Kita pun setuju nak ikut dia. So, dia pun berdakwah juga. Cuma dakwahnya membawa kepada keburukkan kepada kita." 

" Betul jugak. Apa contoh lagi satu?" Hani seperti tidak sabar mendengar contoh seterusya.

"Contoh lain seperti Nabi Muhammad ketika beliau menolong seorang perempuan tua yang membawa barang begitu banyak. Justeru beliau menolong perempuan tua tersebut. Beliau dan perempuan itu bersembang seperti biasa. Tiada pun sentuhan mengenai agama. Cumanya perempuan tua itu berpesan kepada Nabi, jangan dekati Muhammad kerana beliau seorang yang jahat dan mengaku sebagai Nabi. Nabi Muhammad tidak pula berkata apa-apa kepada perempuan itu sehinggalah perempuan tua itu bertanya siapa nama Nabi yang sanggup menolong dia dan tidak meminta apa imbuhan hasil pertolongan itu. Nabi berkata nama beliau Muhammad. Terkejut perempuan tua itu sehingga dia mengangkat syahadah di hadapan Nabi." Ainul mengambil sebentar nafasnya sebelum meneruskan ucapannya.

" Hani nampakkan. Hani juga seorang pendakwah yang memberi kesan kepada Ainul sehingga Ainul sendiri bertanya, best  tak couple tu? Boleh jadi Ainul pun terjebak dalam kancah ni. Pokoknya dakwah itu bukan saja melalui perkataan malahan perbuatan kita" Terdiam Hani mendengar penyataan Ainul. Ainul tidak mahu memberatkan hati Hani.

" Berbalik kepada persoalan pertama tadi, Hani nampakkan kenapa Allah tak benarkan bercouple ?" Tidak kedengaran jawapan dari Hani.

" Hani ambil jurusan apa?"

" Kimia."

" Hani tentu tahu molekul-molekul yang ada kat kerusi yang kita duduk ni." Hani menggangguk angguk kepalanya.

" Tapi Ainul tak percaya semua itu. Ada ke molekul-molekul tu? Yang Ainul nampak cuma kerusi yang diperbuat daripada kayu ja."

" Betul la. Memang ada zarah-zarah kecil dalam kerusi ni."

" Ah! Tak percaya la. Cuba Hani buktikkan kepada Ainul." Ainul mencabar Hani.

" Okey..Tapi aku tak boleh nak tunjuk sekarang sebab alat yang nak digunakan untuk lihat zarah-zarah tu xda sekarang."

" Betul ke boleh lihat? Hari tu baca satu artikel, dia kata anggota kita ada berbagai-bagai kuman. Tapi Ainul tak percaya sebab Ainul tak nampak pun kuman tu."

" La..mana la kita nak nampak. Benda tu kecik ja kot. Dia kena lihat melalui microscope." Kagum Ainul mendengar jawapan itu.

Sure?"

" 100 percent sure."

" Wah..kagum la Ainul dengan pengetahuan Hani. Mana Hani belajar semua ini."

" Mesti la daripada pensyarah."

" Erm..nampaknya Hani dah jawab persoalan Ainul tadi."

" Erk?" 

' Tak faham aku dengan budak sorang ni.'

" Kan tadi Ainul tanya, Hani percayakan kenapa Allah buat hukum hakam semua ini. Macam juga dengan kuman tadi yang Ainul tanya sebentar tadi. Ainul tak percaya selagi belum di depan mata Ainul. Tapi Hani tahu sebab Hani memburu ilmu itu dan percaya molekul itu wujud. Begitu juga dengan agama Allah. Kita perlu memburunya bukan dia yang memburu kita. Yusuf Islam sendiri juga memburu mencari siapa Allah sebenar dan agama yang sebenar. Kalau dia ikut melihat suasana muslim sekarang, dia pun takkan masuk agama ini kerana dia tidak nampak keindahan agama ini. Syukurlah kita dilahirkan dalam keadaan islam. Cuma kita perlu buru kebenaran itu agar kita lebih kuat, kukuh dan penuh penghayatan."

" Sayang!"

' Eh! Siapa pula panggil sayang-sayang ni.' Ainul dan Hani menoleh untuk melihat tuan punya badan suara tersebut. Ainul pula memberi isyarat sebentar kepada lelaki tersebut. Apa hubungan mereka?

" Suami Ainul."

" Erk??" 

' Sudah berpunya rupanya.'

" Hani...Burulah cinta Allah nescaya Hani akan melihat sendiri keindahan dan kebahagiaan itu di depan mata Hani sendiri.  Jangan buru cinta manusia, buruk padahnya.  Okeylah Hani, Ainul kena pergi dulu. Cik abang dah panggil. Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam." Hani meilhat pemergian Ainul bersama-sama suaminya.

'Indahnya kalau aku ditempat dia. Punya suami yang soleh. Ah, sudah-sudah. Berkhayal pulak aku ni.'

Tiba-tiba dia melihat Al-Quran kecil di sisinya.

" Eh! Ini Quran Ainul ni. Mesti dia tinggal." Hani mengambil dan menyelak lembaran Al-Quran itu. Terdapat sekeping nota kecil di dalam kitab itu. 

- Pemburu Cinta- ^__^

Tersenyum Hani melihat ayat itu.

" Ya. Pemburu cinta."


 

No comments

Post a Comment