26/04/2011

Tangisan Itu

Beberapa detik lagi hari bakal bertukar ke hari yang baru. Jam sudah berdeting di jam dinding yang menunjukkan sudah pukul satu pagi. Namun terdapat seseorang yang matanya masih belum terlelap. Dia tidak duduk diam. Selalu melihat keadaan di luar halaman rumah.

" Emak. Kenapa x tidur lagi ni?" Pandangan wanita itu masih melihat di luar halaman rumah. Wahidah berasa pelik dengan keadaan emaknya yang belum sedar dia berada disisinya. Dia mengeluh melihat keadaan emaknya iaitu Mak Cik Fatimah.

" Emak..tunggu siapa sampai x tidur lagi ni." Dia cuba menyedarkan Mak Cik Fatimah. Dia memegang lembut tangan wanita itu dengan penuh kasih sayang. Terkejut Mak Cik Fatimah apabila tersedar ada seseorang di sisinya. Mak Cik Fatimah mengeluh kembali.

" Emak tunggu Man." Mak Cik Fatimah menunduk mukanya. Dia malu untuk menunjukkan tangisannya di hadapan anak sulungnya itu.

' Ya Allah kuatkanlah aku. Jika aku tidak kuat siapa lagi yang bakal sokongan kepada emakku.'

" Emak. X payah tunggu Man. Emak bukan x tahu kalau belum menjelang pukul 6 jangan harap dia nak sampai rumah. Emak pergilah tidur. Biar Wa pulak tunggu dia." Wahidah cuba memujuk emaknya yang kadangkala keras kepala juga.

" Wa. Agaknya sebab dosa emak..Man jadi macam tu. Dia jadi budak liar. Kejap-kejap usung anak orang tu. Kejap-kejap usung anak orang lain pulak. Dia join lumba haram lagi. Solat pun entah ke mana. Agaknya sebab mak bukan beri contoh terbaik buat diri dia. Emak tahu emak jahil dulu. Tapi emak dah insaf." Wahidah berasa beberapa titisan air mata jatuh di tangannya. Dia sudah tidak dapat menahan diri lagi. Dia juga ikut menangis sekali dan memeluk Mak Cik Fatimah.

" Emak. Perkara yang lalu jangan diingati lagi. Ambillah ia sebagai iktibar buat kita. Wa x pernah menyesal ada emak. Wa bersyukur lagi ada la. Wa nak emak tahu, Wa sayang emak sangat-sangat selepas pemergian ayah."

" Tapi emak tetap x berguna. Emak gagal didik Man." Wahidah cepat-cepat memegang tangan emak dengan penuh erat.

" Dia dah besar emak. Kita dah bagi nasihat. Kita dah bagi contoh terbaik buat diri dia. Senjata terakhir yang kita ada adalah doa. Doa emak. Doa kepada Allah moga Allah buka pintu hati dia. Kita xda kuasa terhadap hati Man. Hidayah itu milik Allah. Sudah la mak. Mak pergilah tidur. Lagi pun x baik untuk kesihatan emak." Mak Cik Fatimah tidak berkata apa-apa. Dia berlalu ke kamarnya. Wahidah juga begitu. Tapi dia tidak terus tidur. Dia pergi ke bilik air untuk mengambil air wuduk. Sejadah dibentangkan menghadap ke arah kiblat.

" Allahuakbar!"

Selesai menunaikan solat Wahidah mengambil masa untuk muhasabah kembali dirinya kemudian berdoa kepada yang Maha Mendengar.

" Ya Allah, Engkau mendengar rintihan emakku. Aku tidak terdaya untuk melakukan sesuatu supaya hati emakku berasa tenang. Hambamu khilaf. Aku tidak mampu menolong emakku. Aku tidak mampu mengurang tangisan dia. Aku tidak mampu mengurang kerisauan dia. Aku tidak mampu memenuhi hajatnya. Ya Allah, sungguh hamba ini benar-benar lemah. Kekuatanku hanya ada pada diriMu. Aku mohon padaMu Ya Allah, Engkau pemilik hati-hati ini. Engkau saja yang punya kuasa Hidayah itu. Engkau bukakanlah pintu hati adikku itu Ya Allah. Kembalikanlah dia kepada fitrah sebenarnya. Aku paling takut sekiranya dia meninggal dalam keadaan bukan Islam. Aku sayang dia sebagaimana emakku sayang dirinya. Ampunilah dosa emakku Ya Allah. Ampunilah dosa dia. Ampunilah dosa dia. Ampunilah dosaku. Jangan kerana dosaku dan emakku menyebabkan adikku tidak mendapat hidayah-Mu Ya Allah..Ameen"

' Man...Emak dengan Along sayang Man. Bila Man nak kembali. Ayah..' 

Wahidah termenung melihat keadaan di luar yang tiba-tiba hujan lebat. Guruh sambung menyambung.


No comments

Post a Comment