27/04/2011

Tadabbur Surah As-Sajdah

Sahabat-sahabat sebelum mula pembacaan ini, kita istigfar dahulu dan berdoalah memohon pertolongan dan perlindungan Allah dari syaitan dan moga hati kita dipermudah menerima ilmu.

Tambahan pula ana tahu bukan semua orang mampu untuk baca sesuatu buku yang perkataannya lebih 500 patah perkataan. Ini semua perlu kekuatan dalam diri. Allah sudah beri dua jalan. Jalan tersebut ialah jalan kebenaran dan jalan kesesatan. Pilih salah satu antara dua tersebut. [ Jalan tengah-tengah tiada dalam caturan ye].

Insya-Allah ana tidak mahu berkarang berpanjang jeda. Ana cuma nak buat tafsir satu ayat sahaja dari Surah As-Sajdah ni. Kita akan sama-sama merenung ayat ke-9.

" Kemudian dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan af-idah dan sedikit sekali kamu bersyukur."

Kalau kita tadabburkan mesti kita fikir...

' Apa yang menyebabkan Allah mengatakan yang sedemikian? Realiti manusia memang kurang bersyukur apatah lagi dengan anugerah pendengaran, penglihatan dan hati. Bersyukur apabila dalam kesusahan.'

Ini baru tersurat. Apa pula tersirat dalam satu ayat ini. Pernah tak kita berfikir kenapa Allah meletak ayat pendengaran, penglihatan kemudian hati. Kenapa tidak letak hati dulu kemudian pendengaran diikuti penglihatan.

Kalau nak tahu, sistem pendengaran berinteraksi dengan persekitaran luar rahim semasa usia kandungan berusia 30 minggu. Ini terbukti apabila B. Chamberlain berjaya membuat kajian di Fakulti Sains Kesihatan Queen. Seorang pakar psikologi daripada Universiti Keele, Dr Stephen Evans, membuktikan janin di dalam rahim ibu mempunyai kemampuan mendengar sekaligus mengingati suara apabila mencapai umur 20 minggu.

Janin di dalam rahim makin hari makin meningkat umur. Apabila mencapai umur 7 bulan maka bermula saat ini bayi sudah mempunyai kemampuan melihat. So, sekarang bayi sudah dua pacaindera iaitu mendengar dan melihat. Bunyi macam biasa. Orang kata biasa la tu proses dalam janin.

Tidakkah anda mengetahui bermula saat inilah kedua-dua sistem ini memberi kesan kepada pembentukkan akal dan hati. Sistem inilah yang bakal memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan akal sekaligus menentukan kemantangan, kepintaran, sikap, kebijaksanaan yang mempengaruhi kehidupan apabila bayi ini mula bersua muka dengan alam ini.

Hamka di dalam Tafsir al-Azhar berkata," Pendengaran dan penglihatan adalah bagi menghubungkan diri kita dengan alam di sekeliling kita. Hasil daripada penglihatan dan pendengaran itu membawa (kesan) ke dalam hati kita untuk dipertimbangkan dan direnungkan bertujuan bagi menginsafi kebenaran Allah di samping (mengelokkan) pertalian hidup sesama manusia."

Jadi, jangan fikir pendidikan anak-anak bermula time dia dilahirkan sebaliknya bayi ini telah menerima pembelajaran dan didikkan sejak di dalam rahim ibu lagi. Seni pertahanan pun bayi dah ada. Kalau tidak percaya cuba tanya ibu-ibu yang sedang mengandung mesti ada hari-hari tertentu dia akan membuat tendangan dan tumbukkan padu.

Bagi semua kaum hawa, ana tahu semua orang idamkan anak-anak yang soleh dan solehah dan juga musleh. Tapi kalau cita-cita hanya dengan berkata-kata, itu tidak mampu untuk memenuhi impian kita tersebut selagi kita belum melakukan perubahan dan mengambil langkah.

Allahu'alam

No comments

Post a Comment