14/04/2011

Do You Believe?

Cuaca ada hari ini sangat baik dengan kilauan matahari seperti meraikan manusia-manusia di bumi Ireland ini. Angin pula mendayu-dayu yang dapat dirasai di setiap pelusuk kulit manusia.

" Alhamdulillah. Cuaca elok hari ini. Mudahlah kita nak daki Gunung Donnard nanti." Rayyan memulakan perbualan setelah beberapa minit yang lalu semua orang di dalam kereta berat untuk memulakan perbualan. Mungkin kerana sedang menikmati keindahan alam.

" Ya la kak. Tak panas sangat. Tak sejuk sangat. Sedang-sedang cuaca hari ini." Nazira pula yang memulakan perbualan.

" Jauh lagi ke kak nak sampai destinasi kita." Ruqaiyah tidak sabar-sabar untuk memulakan pendakiannya. Sudah lama dia meninggalkan aktiviti lasak setelah dapat menyambung pengajian di United Kingdom.

" Entah la. Akak pun x pasti. Akak cuma ikut kereta Kak Mia ja. " Dia sendiri tidak begitu mesra dengan tempat sebegini.

" Eh! kenapa Kak Mia berhenti tepi jalan tu?" Suraya yang dari tadi mendiam diri terus bersuara apabila melihat kereta Kak Mia berhenti di tepi jalan.

" Jap. Korang tunggu dalam kereta ek. Biar akak pergi dekat kak Mia." Rayyan berlalu ke kereta sahabatnya itu. Dia mengetuk cermin tingkap kereta. Perlahan-lahan cermin kereta turun secara perlahan-lahan.

" Kenapa Mia?" Soalan tersurat dituju terus kepada Mia.

" Aku rasa kita sesat la Rayyan." Kelihatan kereta sahabat-sahabat mereka yang lain juga turut berhenti. Hanya pemandu sahaja yang keluar daripada kereta. Mereka berkumpul di suatu tempat untuk menyenangkan mereka melakukan musyawarah.

" Aku rasa kita sesat. Tomtom aku pun dah tak betul dah." Masing-masing memikirkan jalan penyelesaian. Mata Rayyan memandang ke arah sesuatu tempat. Dia terus memetik ibu jarinya. Sahabat-sahabat yang lain melihat Rayyan yang kelihatan ada idea yang bernas.

" Korang nampak kat sana tu. Ada kedaikan?" Mereka menggangguk-anggukkan kepala.

" So, apa lagi..jom la pergi tanya terus tuan kedai. Insya-Allah dia tahu lokasi Gunung Donnard tu kat mana?"

" Aku tak terpikir la pula idea ni." Rayyan tersenyum dengan gelagat sahabat-sahabatnya. Sesungguhnya setiap idea dan ilmu itu kita akan peroleh atas keizinan-Nya.

" Jom jom. Tak nak buang masa." Mia memanggil sahabat-sahabatnya.  Sampai sahaja di depan kedia tersebut, Mia sebagai ketua terus mengambil peranan. Yang lain pula hanya menunggu sekiranya Mia memerlukan pertolongan.

Excuse me Sir." Mia menyapa tuan kedai itu dengan senyuman.

" Yes sweetheart. What can I help you."

Do you know how to go to the Donnard Mountain?"  Tuan kedai mula berkerut dahi apabila mendengar perkataan Gunung Donnard.

" Are you saying Donnard Mountain?"  Tuan kedai cuba bertanya sekali lagi.

Yes I am."

Girl that place is not suitable for you. It's very dangerous. I'm afraid tomorrow morning i will read newspaper ' A girl had been lost at Donnard Mountaint ' "  Mia mula tidak senang dengan kata-kata Tuan Kedai itu. 

' Haila Pak cik. Jangan pandang rendah dengan kami walaupun kami ni perempuan. Selagi Allah ada bersama-sama, kami percaya Dia akan menjadi penjaga kami.'

Mia membuat muka serius supaya Tuan Kedai itu memberitahu tunjuk arah ke Gunung Donnard. Akhirnya Tuan Kedai itu mengalah juga melihat riak muka Mia yang tidak berputus asa.

Okey..I tell you." Tuan Kedai mengambil sehelai kertas dan sebatang pen. Dia mula melukis peta dan memberi penerangan kepada Mia.

Thank you sir. Love you lah. Ops. " Mia menutup mulutnya kerana terlepas cakap.

' Tak apalah benda dah berlaku. Tak boleh nak patah balik.'

" Macam mana Mia. Dapat tak direction?" Mia menunjukkan kertas kepada sahabat-sahabatnya yang lain.

" Jom kita gerak."
..............................................................................................................................................................................

Gunung Donnard

" Alhamdulillah dah sampai destinasi kita." Masing-masing keluar daripada kereta. Udara di sini cukup segar dan nikmat. Boleh bau pohon-pohon hijau. Kemudian mereka berkumpul untuk mendengar penerangan sebelum bertolak di dalam kumpulan.

" Okey...kita akan bergerak dalam group tapi akan bertolak pada masa yang berbeza. Ingat..persedian mental, fizkal dan iman sangat penting jika kita ingin berjaya berada di atas puncak gunung ni. Sebelum kita bertolak, mari kita sama-sama panjatkan doa kepada Allah SWT." Kak Rabihah mengetuai ekspedisi pada kali ini. Setelah bacaan doa, masing-masing beredar mengikut kumpulan yang telah diaturkan. Jumlah semua kumpulan adalah sebanyak 8 kumpulan. Satu persatu kumpulan dilepaskan. Maka bermulalah ekspedisi yang bakal menghadapi rencah-rencah ujian. Pada awal minit semua peserta kelihatan bersemangat dan tidak sabar-sabar ingin sampai ke puncak. Apa yang terjadi minit-minit seterusnya? ( Well..I think semua tahu apa yang berlaku..)

...............................................................................................................................................................................

" Kak Rayyan..Jauh lagi ke kita nak sampai. Dah 5 jam berlalu. Tapi tak sampai-sampai pun." Ruqaiyah mula mengeluh.

" Betul la Kak Rayyan. Bila nak sampai? rasa letih la pulak. Boleh tak kita berhenti berehat sebentar? " Rayyan melihat satu persatu muka-muka anak buahnya. Semua sudah kelihatan penat. Dia juga penat sebenarnya. Tapi, kalau dia tidak kuat siapa yang akan menguatkan dan membantu adik-adiknya itu. Setelah berfikir beberapa saat, dia mengambil keputusan untuk berhenti buat seketika.

" Marilah..kita berehat sebentar. Maya pergi duduk tepi Ruqaiyah." Rayyan mengarahkan begitu untuk kebaikan Maya. Maya seorang yang jenis gayat. Tadi pun baru beberapa meter naik, dia sudah mula merasa gayat. Tambah-tambah pula dia menoleh melihat bawah. Susah juga tadi untuk menaikkan semangat dia. Boleh dikatakan Gunung Donnard ini sangat curam.

" Akak..boleh tak kalau kita patah balik ke tempat mula tadi. Rasa letih sangat. Dah 5 jam kita daki, tapi tak nampak puncak pun." Inilah satu hal yang Rayyan khuatiri iaitu putus asa. Manusia boleh saja beri kata-kata azimat tapi ia terpulang kepada tuan punya badan. Dia resah bagaimana ingin menaikkan semangat adik-adiknya.

" Tak boleh la macam tu. Penat tau kita daki selama 5 jam ni. Tak berbaloi kita berpatah balik kerana takut kita yang menyesal bila tak teruskan pengembaraan kita. Bertambah menyesal lagi bila dengar berita  kumpulan-kumpulan lain berjaya menguasai puncak Gunung Donnard." Keluhan kedengaran di setiap orang.

" Okey. Akak ada satu cerita sahabat yang menarik. Moga cerita ini memberi aspirasi kepada adik-adik." Semua tidak berkata apa-apa cuma bersedia mendengar cerita bakal diluahkan oleh mulut Rayyan.

" Korang mesti kenal Salman A-Farisi." Semua mengangguk-anggukkan kepala.

" Tahu x dia kenali sebagai apa?" Rayyan cuba memancing minat adik-adiknya.

" Tahu. Dia dikenali sebagai 'Pencari Kebenaran'." Azimah tiba-tiba semangat untuk bercerita.

" Betul tu. Pada usia yang muda dia banyak mengembara dan mencari guru untuk mencari kebenaran agama. Kisahnya bermula bila ayah Salman meminta dia pergi melawati tanah yang dimiliki oleh ayah Salman. Semasa dalam perjalanan ke sana..tiba-tiba dia ternampak satu gereja. Dia dengar orang sembahyang. Lepas tu terus dia masuk dalam gereja tu untuk melihat apa yang orang dalam sedang kerjakan. Bermula saat inilah, dia merasa agama ini lebih baik daripada agama Majusi. Bila ayah Salman dapat tahu terus dia ikat anaknya. Tapi Salman dapat melepaskan diri. Sejak itu dia sentiasa merantau mencari guru. Bila guru dia meninggal dia pergi mencari lagi sehinggalah guru terakhirnya ini berkata kepada Salman bahawa dia boleh terus mencari seorang Nabi yang telah diutus oleh Allah. Salman tidak melengahkan masanya. Dia pergi mencari sampailah dia berjumpa dengan Nabi. Sejak itu dia memeluk Islam. Salman juga terkenal dengan sumbangannya dalam perang Al-Ahzab. Siapa tahu apa sumbangan dia?"

" Maya tahu..Salman mencadangkan supaya digali parit." Maya yang tadi kelihatan takut terus teruja mendengar cerita sahabat ini.

" Betul tu. Walaupun pada mula mendapat tentangan kerana strategi tersebut tidak pernah dibuat oleh orang Arab. Tapi Rasulullah menyokong Salman setelah bermusyawarah dengan Muhajirin dan Ansar. Pada masa gali parit itu..ada satu batu ni sangat susah nak ditumpaskan sehinggakan Salman yang gagah perkasa pun tidak berjaya melakukannya. Kemudian mereka mengadu kepada Rasulullah. Kemudian Rasulullah pergi tempat tersebut untuk melihat keadaan batu tersebut. Lepas tu Rasulullah membaca basmallah ada mengangkat kedua tangannya yang mulia yang memegang erat tembilang itu. Pada pukulan pertama keluar percikan api yang tinggi dan menerangi pinggiran kota Madinah. Tahu apa Rasulullah kata apa?"

" negeri Parsi bakal dikuasai oleh orang Islam." Ruqaiyah pula menjawab pertanyaan Rayyan.

" Ada tiga pukulankan? Jadi apa pula dengan dua pukulan tu?" Rayyan membuka soalan kepada semua tapi Ruqaiyah yang pantas menjawab.

" Pukulan kedua pula Rasulullah nampak Rom bakal dikuasai oleh orang Islam. Dan pukulan ketiga Rasulullah nampak negeri Siria, San'a dan negeri-negeri lain bakal dikuasai oleh orang Islam juga."

" Betul..Tapi tahu tak apa perkara yang membuat akak lagi rasa lagi percaya dengan janji-janji Allah dan Rasul?" Rayyan melihat semua muka adik-adiknya. Perlahan-lahan dia berkata sambil memejam mata.

" Salman melihat sendiri dengan mata dia kota Parsi, kota Rom, dan negeri-negeri lain berjaya dikuasai oleh mereka. Dia yang memijak tanah itu pada waktu kegemilangan orang Islam. Nampakkan Allah tak pernah mungkir janji dan kata-kata Rasulullah tidak pernah berdusta. Percayalah dik..kita juga bakal menguasai puncak Gunung Donnard." Masing-masing kelihatan semangat untuk bergerak semula.

" Akak..jom kita gerak." Alhamdulillah, semangat mereka kembali bertapa.
............................................................................................................................................................................

" Akak!! Kita dah berjaya kat puncak gunung ni." Semua adik-adiknya berlari-lari ke sana ke sini kerana kejayaan yang mereka kecapi selama 12 jam mendaki gunung ini. Keletihan sudah hilang di badan dan minda masing-masing. Begitu juga bila kita berada di akhirat kelak. Segala pengorbanan, keletihan dan kesakitan akan terbayar dengan syurga. 

' Masih jauh perjalanan aku. Bekalan mesti cukup untuk mengharungi semua ini.' Rayyan kemudian turut serta dengan adik-adiknya. 

No comments

Post a Comment