30/04/2011

Pabila Engkau dan Aku Diketemukan

Petang Yang Indah. Subhanallah. Terdapat dua orang pemuda sedang berborak-borak di bawah pepohon-pepohon yang rendang. 

" Tinggal seminggu lagi kita dah nak balik malaysia." Keluhan berat terdengar oleh sahabatnya. Hairan. Bukankah sepatutnya rasa lebih indah dan gembira apabila kita bakal bertemu dengan sanak saudara terutamanya ibu bapa yang kita sayangi. 

" Bukan sepatutnya ko rasa seronok ke? Boleh jumpa balik mak ayah ko. Boleh request  masakan dari mak ko. Boleh jumpa kawan-kawan lama kita. Bagi tahu aku apa benda sedang bermain di minda ko?" Rasa ingin tahu yang kuat menyebabkan Zaid tidak sabar-sabar ingin mengetahui jawapan daripada Faris. Faris mengambil ranting-ranting di sekelilingnya dan mematah-matah semua ranting yang dia capai tadi. 

" Bro. Asal ni...Cuba cerita kat aku ni. Apa gunanya aku di sisi ko." Sekali lagi keluhan kedengaran daripada Faris. Dia mengambil beberapa nafas sebelum memulakan mukadimahnya.

" Aku takut.."

" Asal ko takut pulak. Bukan ada raksasa pun kat tempat kita tu. Lembaga ada la." 

" Zaid, ko ni..aku baru cakap dua kerat ko dah lebih kerat daripada aku. Aku x habis cakap lagi."

" Owh...ye ke..sori sori. Aku tutup mulut." Zaid menggerakkan tangan kanannya ke mulut seperti menutup zip beg. Sempat lagi dia membuat peace. 

" Aku bukan apa, sejak aku datang sini..banyak perkara dosa yang lalu aku tinggalkan. Aku takut nanti bila aku balik malaysia aku buat lagi perbuatan mungkar tu. Aku ni nampak saja kuat tapi dalam aku lemah."

-Tamat-

Musim panas bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi pelajar-palajar oversea yang bakal pulang ke kampung anda. Selamat kembali ke tanah airmu. Rindu tidak usah dikata. Semua orang pasti sedang merasai rindu yang begitu membuak-buak. Orang yang tulis ini pun tengah homesick juga. Rindu dekat keluarga, kawan-kawan, guru-guru...

Alhamdulillah sepanjang ana berada bumi Allah ini cuma tempatnya bukan tanah air sendiri, pelbagai rempah-ratus yang ana dapat sepanjang ana hidup di sini. Pelbagai kelakuan gelagat manusia di sini yang ada pelajari. Ada yang baik dan ada yang buruk. Ada juga suatu kelakuan yang sangat baik yang tiada di malaysia.

Alhamdulillah, bagi sesiapa yang mengenali jalan kebenaran. Allah telah menyelamatkan sahabat-sahabat yang ana sayangi sekalian daripada lorong-lorong gelap. 

"...sedang (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana." (3:103)

Ana ingin kongsikan satu analogi, Pabila Engkau dan Aku Diketemukan. Ana fikir mungkin sahabat-sahabat sekalian fikir tentang cinta ( teka ja). Tapi memang betul mengenai pasangan cinta. Cumanya ia bukan berkenaan cinta lelaki dengan perempuan tetapi cinta antara kebenaran dengan jahiliah.

Ada ke cinta antara kebenaran dengan jahiliah?

This is general knowledge.  Insya-Allah semua orang tahu teori apabila magnet positif bertemu dengan magnet negatif. Tentunya mereka akan saling bertarikan tapi tidaklah sampai rapat. Masih ada ruang-ruang jarak di antara mereka. Positif ini diibaratkan sebagai kebenaran manakala negatif diibaratkan sebagai jahiliah.

Berbalik kepada senario yang dihadapi oleh Faris. Kenapa dia begitu risau apabila tarikh balik malaysia semakin dekat? Bukan kerana keluarga, kawan-kawan atau guru-guru malah makanan sekalipun. Tetapi dia khuatir sekiranya dia kembali kepada perbautannya yang dulu. Semasa belajar di bumi asing ini dirinya terpelihara dan hatinya dibersihkan. Sedikit-demi sedikit jahiliah semakin berkurang. 

Namun, takdir Allah tiada siapa mampu untuk melawan dan ini merupakan tarbiah seorang muslim apabila Allah mengatakan seseorang itu belum lagi dikatakan beriman selagi dirinya belum diuji. Jahiliah ini sangat licik sehinggai magnet positif boleh tertarik dengan magnet negatif dalam pelbagai arah (sila lihat gambar di bawah). Walaubagaimana cara sekalipun kita lari dan menjauhi dari jahiliah tarikan itu masih ada. Walaupun lemah tetap kita dapat rasakan tarikan itu. Contohnya:

Situasi 1:

Mak : Along..apa yang terperap dalam bilik tu. Mari duduk dengan mama. Ada rancangan akademik fantasia kejap lagi.

Along : [ nak keluar ke x keluar? Haila..susah sungguh ni.]

Situasi 2:

Kawan A: Jom geng lepak kat kat Shopping Complex. Bukan selalu dapat jumpa ko. Lepas tu boleh kita tengok wayang sekali. Jom ar jom ar...

Kawan B: menarik jugak rancangan ko tu. Jom la kita.



Ana tidak menafikan memang susah hendak melawan kejahatan tapi inilah tarbiah yang Allah ingin kita belajar agar kita menjadi lebih kuat. Jangan sesekali kita berputus asa dalam melawani jahiliah. Ingatlah, jahiliah tidak pernah berhenti menyerang. Jahiliah tidak pernah kenal erti keletihan. Jahiliah tidak pernah kenal erti tewas.

Sahabat-sahabatku sekalian, dekatilah Allah, dekatilah orang-orang yang soleh, dekatilah Al-Quran dan Hadith, dekatilah zikir-zikir. Mohon kekuatan dan perlindungan daripada Allah. Moga anda berjaya dalam ujian yang getir ini meskipun tidak segetir Palestin. Moga dengan tarbiah ini kita mampu bangkit bersama-sama dengan Palestin dan bertebarlah kalimah Allah.

Cinta antara kebenaran dan jahiliah perlu dihalangi begitu juga cinta antara lelaki dan perempuan yang belum halal.

Allahu'alam.

No comments

Post a Comment