07/05/2011

Do It Again!



Kedengaran ketukan meja beberapa kali tetapi gagal mengawal keadaan jika dibandingkan dengan jumlah suara-suara manusia di dalam kuliah tersebut tentunya kalah teruk. 

' Ya Allah..berikanlah aku kekuatan. Kesabaran aku dah tipis macam kertas dah. Bila-bila masa aku boleh jadi singa. Astagfirullah hal 'azim...' 

Encik Adam memohon pertolongan daripada Allah kerana dia sudah naik rimas dengan keadaan pelajar-pelajarnya yang begitu ramai. Tambah pula dengan jutaan suara-suara itu. Bagaimana dia mampu mengawal kuliah ini dengan volume suaranya  walaupun lantang tetapi tidak dapat mengalahkan suara-suara pelajarnya yang jumlah keseluruhan lebih 50 orang. Encik Adam memerhatikan pelajarnya seorang demi seorang. Mulut-mulut itu masih tidak henti-henti berbicara. Rasanya berita gosip yang banyak bukannya cerita pasal masalah negara. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Nak tengking kejap lagi ada pulak yang tidak hadir kuliahnya.

' Aku tau nak buat apa. Hehehe.' Encik Adam memetik ibu jarinya setelah mendapat idea.

" Erm. Erm...I praise Allah for sending me you my love, You found me home and sail with me, And I`m here with you..." Keadaan yang hingar bingar mula beransur surut. Semua pelajar menoleh melihat  Encik Adam yang begitu santai sambil bernyanyi. Encik Adam tahu semua orang sedang melihat dia yang tiba-tiba buang tabiat menyanyi di hadapan pelajar-pelajarnya. Dia terus berhenti menyanyi. Dia berdiri daripada tempat duduknya dan mara ke hadapan.

" Aik. Kenapa kamu semua berhenti bercakap? Takkan penat dah kot." 

"  Encik..kami berhenti bercakap bukan pasal penat tapi tetiba dengar buat pertama kalinya encik bernyanyi di hadapan kami. Siap perli kami lagi." Fuad terus membalas kata-kata Encik Fuad.

" Uuuuuuu...." Semua pelajar mengetuk-ngetuk meja seperti di dalam dewan parlimen pulak.

" Terima kasih..terima kasih. " Encik Adam mengangkat kedua belah tangannya.

" Saya tahu la suara saya merdu. Sebab tu korang terdiam. Dah-dah. Saya sudah tunggu 15 minit untuk korang semua senyap. Macam halimunan pulak saya ni. Karang saya tengking ada pulak yang lari kelas saya. So, saya ambil inisiatif menyanyi untuk menarik perhatian korang semua. Peace no war." Encik Adam menyambung lagi sambil menunjukkan dua jari keamanannya.

" Kejam la encik ni." Tiba-tiba seorang pelajarnya bersuara.

" Korang yang kejam lagi tau. Saya yang terpacak lama kat sini korang buat tak tahu ja. Kalau macam ni saya keluar ja la. Kelas dismiss." Encik Adam mengambil peralatan mengajarnya dan bersiap sedia untuk keluar daripada dewan kuliah.

" Encik Adam! Jangan la..Nanti habis hancus paper kami. Mai la ajaq kami." Rizwan menuju ke arah Encik Adam untuk menahannya daripada keluar dewan kuliah. Encik Adam merenung setiap muka anak muridnya. Bukan dia tidak tahu. Pelajarnya memang suka membuli pensyarah. Terbalik pula dengan zaman-zaman 80-an. Murid-murid yang takut dengan guru. Dia menghela nafas dengan rasa berat sekali.

Please encik. We promise to keep our mouth shut. Please..." Syafirah pula mengambil tugas Rizwan untuk memujuk pensyarahnya yang sedang merajuk itu.

Are you sure guys? "  Dia macam tidak percaya dengan perjanjian pelajar-pelajarnya. Namun memandangkan semua orang mengangguk-anggukkan kepala maka dia memutuskan untuk meneruskan pembelajaran. Tanpa bersuara, dia terus menuju ke meja mengajarnya. Kedengaran sorakkan dan tepukkan gembira daripada pelajar-pelajarnya.

You've promised me not to make any noise. Better take a seat and give full concentration on my subject."  Semua orang mendiamkan diri. Tiada lagi suara-suara yang bergema.

" Erm..Unexpected. Okey, here we go. Disebabkan korang dah buang masa saya selama 30 minit.. maka saya,  Encik Adam dengan ini memerintah semua pelajarnya membuat...assignment topik yang sepatutnya diajar pada hari ini." Semua orang mula membuat bising kerana kurang bersetuju dengan cara pensyarah mereka itu. Dalam minggu ini banyak assignments yang perlu disiapkan. Ini bikin panas namanya. 

" Korang nak saya tambah lagi ke? " Encik Adam meninggikan sedikit suaranya supaya pelajarnya mengetahui dia bukan sedang bermain-main. Kebisingan itu mula bersurut sedikit demi sedikit.

" Okey. Tiada ada apa-apa bantahan. Saya nak bagi briefing sikit pasal topik ni. Nanti korang terkapai-kapai pulak. Oh ya. korang dibenarkan buat assignment ini di dalam kumpulan. Saya tak kisah kamu nak buat dengan siapa. Tapi pastikan setiap kumpulan ada 5 orang sahaja. Tak lebih dan tak kurang." Kemudian Encik Adam meneruskan perbincangan topiknya sehingga habis waktu mengajarnya.

..............................................................................................................................................

Kedengaran tolakkan pintu yang begitu kasar sekali. Keluar beberapa orang hamba Allah daripada dewan kuliah. Ada yang keluar dalam keadaan biasa-biasa. Ada yang sedang pendam amarah . Tunggu nak meletup saja. Ada pulak yang membebel mengenai assignment yang perlu disiapkan minggu ini. Begitulah rencah hidup. Ada marah, ada suka, ada sedih, ada benci. Semua ini yang memaknakan kehidupan. Terdapat sekumpulan pelajar sedang duduk di meja-meja yang disediakan berdekatan dengan dewan kuliah. 

" Aku fed up la dengan Encik Adam tu. Kita pujuk baik-baik, dia balas kat kita macam ni. Tak tahukah dia, kita ni bukannya 'selalu' ada assignment. Lepas tu boleh rehat-rehat lagi." Jamal menghempas bukunya di atas meja. Dia tidak berpuas hati dengan Encik Adam tu. Ingat pensyarah boleh berlagak dan menunjukkan kuasa veto. 

" Ala..rileks la Jamal. Lagi pun kita yang mulakan dulu. Tadi waktu dia masuk. Kita semua buat tak tahu ja dengan kehadiran dia. Dia pun ada perasaan. Mesti dia dari tadi menahan perasaan marah bila pelajar dia sendiri x respek kat dia. " Rizwan yang memujuk Encik Adam tadi cuba untuk berfikiran rasional. Dalam diri anak adam, ada sifat-sifat sedih, gembira, benci, marah, memaksa, keras kepala dan sewaktu dengannya. Semua ini berlaku kerana keadaan sekeliling dan manusia sendiri. Inilah ujian buat diri manusia yang harus ia tangani untuk merebut jawatan iman. Manusia masih belum dikatakan beriman selagi dia belum diuji. 

" Tapi x patut dia hukum kita macam ni. Aku tengah serabut dengan assignment aku yang x siap lagi tu." Jamal mengusap rambutnya beberapa kali. Dia sudah rasa tension dengan keadaan ini. 

" Jamal.." Tiba-tiba ada tangan seseorang memegang tangan Jamal begitu erat sekali. Seperti persis seorang ibu yang mencurahkan kasih sayang kepada anaknya.

" Aku tahu ko tengah stress. Aku juga stress. Tapi ko patut bersyukur sebabnya Encik Adam tu dia bagi task yang perlu dibuat dalam group. Dia pun consider dengan keadaan kita yang begitu sibuk dengan assignment. Lagi satu kelebihan Encik Adam buat macam ni supaya kita ini lebih banyak mencari daripada makan suap setiap hari. Jangan jadikan semua ini satu beban. Anggap saja ini sebagai satu ibadah yang ko ingin persembahkan kepada Allah. Ingat..Allah tidak membebani hamba-Nya jika hamba Dia sendiri x mampu. Insya-Allah kita sama-sama akan merasai kesusahan ini dan sama-sama buat assignment ni. Okey bro. Don't too stress. " Sedikit sebanyak kata-kata daripada Zaim melegakan Jamal yang sedang berserabut. 

" Dah..aku tahu korang semua sedang stress. Apa kata petang ni lepas asar kita p main bola sepak. Amacam? Deal?"  Fakhrul pula cuba memberi cadangan kepada sahabat-sahabatnya. Semua orang memandang satu sama lain. Senyuman menjelma di setiap wajah mereka.

" Deal!.."

................................................................................................................................................

Due Date Assignment

" Alhamdulillah. Siap jugak tugasan kita." Setelah beberapa hari berpenat lelah menyiapkan tugasan, akhirnya mereka berjaya menghasilnya dengan baik.

" Eh! Siapa nak letakkan kat meja Encik Adam?" 

" Xpa. Biar aku yang hantar. Alang-alang aku nak tanya soalan kat Encik Adam boleh aku hantarassignment  ni sekali." Rizwan menawarkan dirinya untuk menghantar assignment tersebut.

" Cantek! Lagi pun aku memang malas nak pergi bilik Encik Adam yang bertingkat-tingkat tu." 

" Banyak la bertingkat-tingkat Wan. Kalau x silap aku bilik Encik Adam tingkat satu ja. Xda la betingkat-tingkat. Kata ja la ko tu malas nak hantar." Jamal cuba mencetuskan pergaduhan dengan Wan. Wan hanya menjungkitkan bahunya.

..............................................................................................................................................

Kuliah Encik Adam

" Okey, hari ini saya nak pulang kembali assignment yang korang buat hari tu. Tapi ada beberapa tugasan kumpulan yang saya rasa tidak berpuas hati. Maka saya minta kumpulan yang bakal saya sebutkan sebentar lagi, korang rewrite semula tugasan tersebut. Saya ada buat catatan sikit di dalam tugasan itu. Harap maklum." Semua pelajar mula bercakap-cakap tetapi menggunakan nada yang rendah.

" Habis la kalau kita kumpulan tu." Jamal membisik kepada Zaim.

" Insya-Allah. Fikir positif. Kita dah serahkan semuanya kepada Allah. Jadi yakin apa yang bakal berlaku. Dia tau apa yang terbaik buat kita." Zaim menampar lembut belakang bahu Jamal berkali-kali supaya tidak terlalu risau. Jamal menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Risau sungguh dia. Encik Adam mengambil kertas-kertas yang perlu diberikan semula kepada pelajarnya.

" Seorang wakil saja yang perlu ambil tugasan ini kembali. Kumpulan yang saya tidak berpuas hati pula, korang perlu buat semula dan kembalikan kepada saya sebelum hari Khamis minggu hadapan. " Satu persatu nama kumpulan dipanggil. Berdebar-debar Jamal.

" Kumpulan Misi." Tibalah kumpulan Jamal. Jamal bangun dan mengatur langkahnya dengan begitu lambat sekali. Sampai sahaja di depan Encik Adam, dia mengambil kertas kerja tersebut.

Do it again. Buat pengetahuan korang smua, hanya kumpulan Misi sahaja yang gagal memenuhi kriteria-kriteria tugasan kali ini." Jamal mula mengenggam tangan kanan. Rasa geram mula memenuhi ruangan hatinya. 

" Encik, kumpulan kami dah buat sehabis baik yang mungkin. Kami siap compare lagi dengan tugasan kumpulan lain. Tidak ada kelainan sangat pun. Encik tau x kami bersengkang mata nak siapkan tugasan encik ni. Kalau ikutkan hati saya memang saya x buat dah. Ada tugasan lain yang penting lagi buat kami.." Terluah juga isi hati Jamal yang selama ini cuba ditahan. Encik Adam memandang dengan mata yang tajam apabila melihat Jamal begitu berani meninggikan suaranya di hadapan dia. Bukan di hadapan dia sahaja tetapi di hadapan pelajarnya yang lain. Boleh menjatuhkan maruah dia. Zaim cepat-cepat bangun dan cuba meredakan sengketa itu. Dia cuba menarik tangan Jamal. Namun Jamal tetap mengeras.

" Siapa awak nak kata sebegitu kepada saya Jamal. Saya pensyarah awak. So, awak tiada hak nak membantah apa yang saya arahkan. By hook or by crook, saya nak awak dan kumpulan awak buat semula tugasan ini. Faham!" Tegas sekali kata Encik Adam.

" Tapi encik..." Jamal cuba bersuara lagi. Zaim pula cuba menarik sekali lagi tangan Jamal. Tapi tidak berjaya.

" Jamal...saya xnak dengar langsung sebarang bantahan daripada awak. Please have a seat. We are late now or kumpulan korang nak tambah lagi satu tugasan." Panas Jamal jadinya apabila mendengar ugutan daripada pensyarahnya. 

" Fine." Dia terus berlalu dan kembali kepada tempat duduknya. Begitu juga dengan Zaim.

- Tamat-

" Dan apabila penderhaka-penderhaka melihat apaka yang disediakan untuk mereka (di akhirat), maka mereka berkata, 'Ya Rabbana, kami telah melihat, kami telah mendengar, maka pulangkanlah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya sekarang kami telah benar-benar." (As-Sajdah:12)

Syukur Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas dan masih lagi mampu mengubah tabiat yang tidak memuaskan. Kadang kala kita rasa sudah melakukan yang terbaik seperti bersedekah, solat wajib dan solat sunat, memberi pertolongan kepada orang lain tetapi semua ini apabila di bentang depan Allah SWT...( faham-faham ja la). Perhatikan dengan teliti dengan setiap langkah yang kita ambil. Hanya disebabkan niat, riak, dengki dan lain-lain lagi yang boleh mencacatkan ibadah kita kepada Allah SWT. Moga tiada penyesalan di mahkamah padang mahsyar kelak.

Wallahu'alam.
Hasil Nukilan : Humaira



No comments

Post a Comment