14/04/2011

No Tittle

“ Erm..Like my expectation. Students always take an advance one week before end term. No need to surprise. Normal things happen in every year.” Semua pelajar ketawa dengan gelagat Peter iaitu pensyarah bagi matapelajaran matematik. Ramai yang balik ke halaman rumah masing-masing. Lagi pula hari itu merupakan hari Jumaat yang merupakan minggu terakhir bagi kelas untuk sesi pengajian tahun ini.

“ Well, let’s continue our revision. Anybody got any problem with this topic? Please don’t shy to ask anything..but of course not biology, programming, my wife..” Peter masih suka membuat jenaka kepada pelajar-palajarnya termasuklah diri ini. Ada seorang pelajar mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan. Semua orang tertumpu kepadanya.

“ Yes Adrian…” Begitulah sesi kuliah berlalu dengan pelbagai soalan yang ditanyakan oleh pelajar. Peperiksaan walaupun hanya tinggal lagi sebulan setengah namun, ia cukup berharga bagi sesiapa yang menghargai masa tersebut. Bagaimana pula dengan diri ini? Benar-benarkah menghargai masa tersebut?

…………………………………………………………………………………

‘Ah..Boringnya dukduk dalam bilik sorang-sorang. Apa aku nak buat ek? Erm..study. Rilek dulu. Xda mood lagi. Masa ada banyak lagi.’

 Aku berlalu mengambil laptop untuk mengisi masa kekosongan aku. Apa lagi yang paling rapat dengan aku kalau bukan facebook, skype, dramamelayu, korea dan pelbagai lagi.

‘ Eh, Rina message aku. Apa yang dia nak ek. Buka la tengok.’

Skype

Rina  : Assalamualaikum Sarah.

Sarah : Waalaikumussalam.

Rina  : Wee..ko ada cek x list programming yang kita perlu hantar tahun ni?

Sarah : X. Kenapa?
Rina  : Ko cuba buka programming pastu ko tengok ada list list yang kita perlu   
           Hantar. Memang la kita dah hantar semua. Tapi ada satu kita ter miss. Due
          Date semalam.

Sarah : Pastu macam mana? Ko nak buat x?

Rina  : Aku rasa nak buat. Pastu hantar ja kat dia. Lepas tu aku ingat nak bagi
           email kat John.

Sarah : Kalau macam tu aku nak buat juga la.

………………………………………………………………………………………

Aku dan Rina masing-masing berasa cemas juga pada masa itu. Tapi kami cuba juga untuk menghantarcoursework tersebut sekali dengan email kepada John. Harap dia terima alasan kami.

Namun jauh daripada jangkaan kami. John membalas email tersebut. Tapi jawapan yang diberikan olehnya membuat aku rasa sebak. Aku ingin menangis kerana apabila aku mengira balik markahcoursework yang aku buat yang lalu tidak mencukupi untuk melepasi markah lulus. Bukan sahaja kemungkinan tapi kenyataan memang aku gagal subjek tersebut.

Apa bakal aku jawab kepada ibu dan ayah aku? Apa akan jadi pada aku nanti? Serius aku tidak tahu ingin diluahkan kepada sesiapa pun. Aku teringat masa-masa yang lalu dimana ada ujian bagi programming. Seperti biasa aku berlagak cool. Aku ingat dengan tidak membaca aku boleh menjawab soalan-soalan tersebut. Hanya Allah yang bermain di mulutnya. Betapa menyesalnya aku. Hari-hari aku menangis kerana hasil perbuatan aku sendiri.

Terdetik pada waktu itu, ada wajah seseorang yang bermain di mindaku iaitu kakak Zurina. Kepadanya aku luahkan segala yang terbuku dalam hati aku setelah lama aku cuba bertahan. Aku ingat lagi kata-katanya walaupun bukan satu-satu perkataan yang aku ingat. Apa yang penting message yang ingin disampaikan.

“ Sarah, sekarang ini Sarah ada masa lagi untuk focus kembali kepada matapelajaran Sarah yang lain.”

“ Tapi kak... Sarah cuma ada 14 hari saja untuk revise balik semua tu. Sempat ke kak?” Aku ragu-ragu. 14 hari terlalu pendek untuk aku.

“ Insya-Allah. Selagi Allah memberi masa kepada Sarah, Sarah jangan pernah berhenti berusaha sampailah kedatangan hari exam. Allah tidak akan merubah sesuatu kaum sekiranya dia sendiri tidak mengambil tindakan. Ingat Sarah, semuanya terpulang kepada diri Sarah.”

Sejak itu aku cuba memotivasi diriku walaupun kadang kala aku kecundangan. Berkat sokongan dari Kak Zurina dan Allah aku berjaya mengharungi semua ini. Hampir menitis air mata aku apabila mengingati detik detik itu.

…………………………………………………………………………………….

Saatnya keputusan pemarkahan peperiksaan dikeluarkan, aku menerimanya dengan tenang. Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepadaku walaupun jangkaan aku tepat bahawa ada satu subjek aku gagal. Namun datang pula ujian daripada ibu bapaku. Mereka mengetahui bahawa aku mengikuti usrah. Aku tidak betah melawan percakapan mereka. Usrah dipersalahkan. Aku hanya mampu mengeluarkan tangisan kerana hanya aku sahaja yang tahu siapa yang patut dipersalahkan kalau bukan diri ini.

Syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang aku untuk belajar di bumi asing ini. Aku berjaya mengambil peperiksaan sekali lagi. Alhamdulillah, keputusannya memberangsangkan.

Sejak itu aku belajar dan belajar erti kehidupan. Ada manisnya. Ada pahitnya. Ada gembiranya. Ada tangisnya. Tarbiah banyak mengajar aku walaupun ia bergerak agak perlahan tapi bermakna bagiku.

Sejak itu aku mengubah perspektif aku. Pelajaranku bukan untuk diriku tapi untuk ummah dan Allah. Semua urusan tidak akan berjalan lancar kalau bukan atas perintah Allah. Manusia akan hadapi kesusahan jika benar dia mahu memilih jalan Allah.

-Tamat-

No comments

Post a Comment