29/03/2011

Who Are You?

" Jo! Bangun." Terdapat sepasang tangan sedang menggoyang goyangkan badan seseorang yang sedang enak tidur.

" Apa lagi aku nak buat dengan ko ni. Liat sungguh nak bangun. Jam x layan, percik air pun x jalan. Apa lagi ek?" Hamba Allah itu sedang duduk di atas katil sahabatnya sambil memikirkan jalan untuk membangunkannya. Tangan kanan diletakkan di dagu. Mata memandang ke depan. Tiba-tiba dia mendapat idea.

" Jo, aku bilang sampai 10 kalo ko x bangun jugak bersedialah menerima my new secret weapon. Hahaha. Aku gerenti ko boleh masuk wad.1..2..3..4..5..6..7....8......9....." Mata Johan terbuka sedikit tapi masih kabur-kabur. Dia ingin melihat apa sahabatnya itu ingin kerjakan. Namun, matanya pantas terbuka luas secara automatik. Dia terus terjun dari katil apabila kiraan yang ke sepuluh.

" Fuh! Selamat aku x kena. Ko ni Adam ingat gelangan gusti ka nak smackdown aku. Atas katil kesayangan aku pulak tu." Johari bangun berdiri. Dia memperbetulkan baju dan seluarnya. Adam pula cepat-cepat turun dari katil kerana khuatir dikerjakannya pula oleh Johari.

" Nak buat macam mana. Tiga cara aku dah guna untuk bangunkan ko. Terpaksa la aku guna cara lain. Ko patut berterima kasih aku tau. Kalau x subuh ko dah jadi subuh gajah. Dah-dah aku nak kejutkan orang lain pulak."

" Terima kasih Ustaz Adam." Kata Johari sebelum Adam keluar dari biliknya.Diai tangkas menuju ke tandas untuk mengambil air wudhuk dan seterusnya menunaikan kewajipannya.

" Allahuakbar!"

.................................................................................................................................................

" Wan! Rul! Ustaz Adam! Jom kita pekena roti cati dengan segelas teh panas kat warung sana tu. Erm..aku seperti dapat bau roti canai yang sedang digorengkan. Wah..Jom ar guys." Pada tika ini semua sedang melepak di bilik Syazwan dan Khairul. Walaupun bilik tersebut sempit tapi sudah cukup untuk orang bujang seperti mereka.

" Uuu..Ada orang tengah angau dengan roti canai. Jom ar kita. Nanti terlebih angau pulak. X pasal-pasal kena bersoal jawab dengan Encik Zakri pulak." Semua orang tergelak bila menyebut nama Encik Zakri kecuali seorang saja. Siapa lagi kalau bukan Johari. Nama penuhnya Johari Bin Zakri. Ayahnya boleh dikatakan sangat prihatin dengan anaknya. Boleh dikatakan setiap minggu akan mendatangani flat rumah mereka dan bertanya berbagai-bagai soalan mengenai anaknya.

" Xpa..xpa. Ada ubi, ada atas, suatu hari tunggu aku balas."

" Uuu..menakutkan." Khairul pula menambah suasana kekeluargaan itu.

" Dah-dah. Kejap lagi korang berdua pula x dapat nak pinjam motor dia." Adam cuba meredakan suasana tersebut. Dia tidak mahu berlebih lebihan kerana hati manusia kita tidak tahu sama ada dia suka atau tidak. Johari pula sudah menunjukkan wajah evilnya. Pandai Adam bagi modal untuk dia.

"Okey okey. Jom kita p." 

................................................................................................................................................

" Nikmatnya pagi ni. Susah nak ekspres dengan kata-kata." Mereka sedang berjalan menuju ke warung Pak Ali. Perjalanannya memakan masa dalam 10 minit dari rumah flat mereka. 

" Kalau x tahu nak ekspres cukup dengan kata Alhamdulillah." 

" Ustaz Adam dah mula bagi tazkirah dah." Adam tidak kisah tentang panggilan sahabat-sahabatnya terhadap dirinya. Kita cool sudah. 

" Jap-jap aku nak p rembat surat khabar jap. Lama x menghadap berita-berita terhangat." Khairul meminta sahabat-sahabatnya menunggu dia sebentar untuk membeli beberapa naskah surat khabar di kedai berhampiran mereka. Setelah itu barulah mereka berlalu pergi.

...............................................................................................................................................

" Pak Ali, roti canai kosong 4, roti canai telur 6 pastu 4 gelas cawan teh tarik." Johari hanya perlu menjerit untuk order. Pak Ali yang berada di kaunter hanya perlu mendengar dan mencatat.

" Siap." Pak Ali mengangkat ibu jari kanannya. 

" Ko ni nak makan ka nak lahap. Banyak yang ko order." Syazwan tidak suka dengan sikap Johari yang seperti orang tamak.

" Bukan selalu bro. Selalunya korang la yang larang aku makan. Dah sebulan aku x pekena roti canai tau." Yang lain hanya mendiamkan diri dengan membaca surat khabar yang dibeli oleh Khairul tadi. 

"Fulamak..Berita terhangat hari ni." Suara Khairul yang kecoh menarik minat Syazwan dan Johari ingin melihat paparan surat khabar tersebut. Hampir berebut juga antara mereka.

" Apa kes berebut tu. Kalau koyak karang xda siapa yang boleh baca. Baru tau. Apa kata korang duduk satu baris. Sorang pegang paper belah kanan sorang lagi pegang paper belah kiri. Habis citer." Adam mengutarakan cadangan terseut kepada Syazwan dan Johari. Mereka ini seperti anjing bertemu kucing. Pantang nampak bergaduh. Macam kanak-kanak ribena pun ada.

" Uish. Betul la kata ko Rul. Panas giler sampai aku pun boleh jadi baran." Kata Johari tetapi matanya masih tidak terlepas pandang daripada tajuk berita hari ini.

" Hari tu kes video ### Si Anwar. Hari ini citer artis 'paling hot'. Apa la nak jadi dengan negara kita ni. Yang si artis tu pun satu asal bengong sangat nak tunjuk hot  dia tu. Nak kata x belajar agama belajar ja. Ini bikin aku jadi panas." Syazwan sudah meluahkan isi hatinya yang dipendam sejak tadi.

" Aku setuju. Politik pun satu. Dalam Dewan parlimen ja dah guna kata-kata kotor. Ni pula guna video nak tuduh orang tu pula. Ish! Geramnya aku. Macam nak bagi front kick, turning kick last sekali swing kick. Punch sekali pun xpa. Apa la diorang ni bodoh, bangan, begong dan bla bla bla." Johari sudah mula menunjukkan percakapannya yang tidak akan habis sampai kesudah. Tiba-tiba terdengar bunyi satu  tamparan yang kuat.

" Ops. Sorry sorry  aku x sengaja." Adam memohon maaf kerana mengganggu perbicaraan antara mereka. 

" Lepas tu bukan itu saja. Bla bla bla." Kali kedua mereka mendengar lagi tamparan di atas meja.

Sorry sorry. Benar- benar x sengaja. Truely sorry." Adam memohon maaf buat kali kedua. Johari pada masa itu dalam keadaan marah. Tambah pula dengan Syazwan dan Khairu yang menambah kemeriahan perbualan mereka. Mereka meneruskan perbualan mereka tanpa mempedulikan Adam. 

" Pak!.." Sekali lagi mendengar tamparan di atas meja. 

" Ko asal Dam. Orang tengah berbual bual topik hangat, ko p tampar meja asal." Kemarahan mula memuncak di hati Johari. Pantang ada orang mengganggu perbualannya dengan sengaja.

Sorry..Aku tiba-tiba rasa geram ni." Mereka bertiga berasa pelik dengan perangai Adam. Tiba-tiba rasa geram kenapa pula?

" Asal pula ko geram ni." Khairul bertanya bagi pihak sahabat-sahabatnya yang lain.

" Nak dengar satu cerita x?" Adam tidak menunggu lama untuk menyambung cerita dia.

" Korang pernah dengar x cerita seorang pembunuh bersiri. Bukan calang-calang orangnya. Bila nampak manusia dia akan bunuh abis abisan. Korang nak tau dah berapa orang dia bunuh?" Mereka hanya menggangguk kepala kerana kekhusyukkan mendengar cerita itu. Adam menunjukkan bilangan jari sembilan.

" Sembilan orang dia bunuh?" Syazwan cuba meneka.

" Bukan sembilan tapi sembilan puluh sembilan orang."

" Owh...." Itu sahaja kedengaran daripada mereka bertiga.

" Pastu satu hari dia rasa dia nak bertaubat. Dia cuba cari orang yang paling alim. Akhirnya dia jumpa seorang pendeta ni. Korang tau x dia tanya apa?" Mereka menggeleng gelengkan kepala.

" Dia tanya lebih kurang macam ni, 'Wahai orang yang paling teralim di dunia, adakah taubat patik akan diterima setelah patik telah membunuh 99 orang?' Pendeta tu terkejut..Pastu dia terus kata.' Tidak!' Pastu 'zarg' sekali kena."

" Apa 'zarg zarg' tu? Pendeta jadi macam mana?" Khairul tidak sabar ingin mengetahui cerita selanjutnya.

" Oo..Orang yang bertaubat tu terus bunuh dia. Matilah pendeta tu."

" Owh..." Sekali lagi kedengaran suara mereka bertiga.

" Kemudian dia pergi dan pergi lagi mencari orang yang teralim di bumi itu. Akhirnya dia jumpa. Dia tanya soalan yang sama seperti dia tanya pendeta tadi. Tapi orang alim ni kata lain ' Sudah pasti tuan hamba. Tapi make sure tuan hamba tinggalkan perkampungan yang tuan hamba tinggal sekarang dan berhijrah ke perkampungan ini yang menyembah Allah.' Lepas dia dengar tu, dia terus pergi. On the way nak p perkampungan itu tiba-tiba dia...dia.."

" Dia apa?" Geram Johari dengan teknik suspen Adam tu.

" Dia mati. Dia x sempat nak bertaubat tapi dia dah ada niat dah nak bertaubat."

" Dia jadi macam mana?" Khairul pula yang bertanya.

" Alhamdulillah dengan rahmat Allah menerima taubat dia seterusnya dapat masuk syurga. End  of story."

" Aik..Yang tu ja. Tadi ko kata geram. Tapi aku x nampak geram pun dalam cerita ko tu." Menjadi satu persoalan bagi Johari.

" Ha..yang aku geramnya pendeta yang pertama tu. Ada ka patut dia kata orang yang bunuh 99 orang tu Allah x terima taubat dia. Kesian la kat dia." Johari sudah menggaru garu kepala yang tidak gatal sebenarnya.

Straight to the point, kita jangan jadi seperti pendeta pertama tu yang judge kita. Hakim sebenar kita adalah Allah SWT. Kita ni x layak nak kata bodoh, begong, bongong, pergi mampus ar, x belajar ka and so on pada orang lain. Kita mana tahu suatu hari nanti dia yang dapat balasan baik tapi kita pula yang terbalik. Kalau sudah nampak kejahilan dalam masyarakat kita usahlah mengeluarkan kata-kata buruk tapi keluarkan amalan untuk kembali masyarakat kita kepada Islam. Tarik kembali mereka ke jalan yang benar. Allahu'alam." Terdiam semua orang secara tiba-tiba setelah mendapat tazkirah percuma dari Ustaz Adam.

-Tamat-

No comments

Post a Comment