27/03/2011

Abi!!!

“ Abi! Ummi!.” Kedengaran seorang kanak-kanak perempuan berlari lari anak semasa menuruni dari tangga. Dia terus menuju ke dapur. Dia berasa termegah megah sebentar.

“ Abi! Ummi!” Panggilnya lagi buat kali kedua.

“ Aisyah..Apa jerit-jerit ni? Kalau nak turun dari tangga jangan berlari nanti jatuh.” Tegur Abi Aisyah yang kurang menyenangi sikap anaknya. Ummi pula sedang sibuk menyediakan bahan-bahan untuk masak kek coklat kesukaan satu keluarga sebagai makanan petang.

“ Aisyah minta maap. Aisyah x sengaja. Tapi adik Adam nangis. Aisyah x tau nak buat apa.” Muka Aisyah sedikit keruh kerana menerima teguran dari Abi.

“ Mari sini anak Abi.” Abi Aisyah melambai lambai tangan mengarahkan Aisyah pergi ke arahnya. Dia tahu anaknya itu terasa dengan kata-katanya tadi. Dia terus mengambil Aisyah dan letak di atas riba.

“ Anak Abi ni sensitive la. Abi tegur sikit pun nak nangis. Padahal Abi x marah pun. Abi tegur ja.” Ummi tersenyum melihat keletah dua anak beranak itu. Dia tidak mahu membuang masa. Dia meninggal sebentar dapur untuk melihat keadaan adik Adam di atas.

“ Tapi Aisyah x suka. Abi macam marah.”

“ Kalau Abi marah, muka Abi dah muka macam dragon dah. Pastu banyak api keluar dari mulut Abi.” Makin muncung mulut Aisyah. Abinya hanya tergelak melihat kerenah anaknya itu yang merupakan penghibur dalam keluarga.

“ Ok ok. Anak Abi dah merajuk dengan Abi. Abi nak keluar la macam ni.” Dia terus bangun untuk keluar dari dapur tersebut.

“ Abi..” Aisyah segera menarik tangan Abinya.

‘ Yes. Berjaya jugak aku dengan teknik ni. Hehehe’

“ Jangan pergi. Nanti xda orang nak tolong Ummi buat kek coklat.” Abi Aisyah masih tidak memandang muka Aisyah. Tiba-tiba dia terdengar ada orang sedang menangis.

‘ Alamak..Terlebih skill pulak. Macam mana ni?’

“ Anak Abi jangan la menangis. Abi bergurau ja tadi. I’m sorry ok. I really don’t mean to do that. Will you accept my apology?” Dia telah duduk melutut mengadap Aisyah. Perlahan-lahan tangisan Asiyah beransur berkurangan.

 Promise Abi x buat macam tu lagi.”

“ Er..I can’t promise that. But what I can say is Insya-Allah. I’ll try my best.” Dia mengelap air mata di pipi anaknya.

“ Abi..”

“ Kenapa sayang.”

“ Jom kita buat kek nak. Kita bagi surprise kat Ummi. Boleh x Abi. Sementara Ummi pujuk adik Adam.”

“ Abi on ja. Jom kita buat. Lagipun semua bahan ummi dah sediakan.”

“ Ye…sayang Abi.” Aisyah terus memeluk Abi kerana kegembiraan.

“ Sebelum ni x sayang abi ke?”

“ Mana Ada. Hari-hari Aisyah sayang Abi dan Ummi. Cuma hari ini ada extra sayang.”

“ Macam-macam la anak Abi ni.” Dia mengusap kepala anaknya.

“ Jom kita buat sekarang sebelum Ummi turun.” Mereka berlalu ke bahagian membuat kek.

“ Macam ni. Semua bahan Ummi dah sediakan. Tapi..Abi rasa nak tambah satu perisa la.”

“ Nak tambah apa Abi?”

“ Kita letak kacang nak. Tapi kena potong kecil-kecil dulu la. Aisyah ok x?”

“ Aisyah ok ja Abi.” Abi Aisyah berlalu ke arah almari untuk mencari kacang yang boleh diletakkan dia atas kek coklat.

“ OK. Abi dah jumpa walnut. Tapi kena potong dulu. Baru sedap. Aisyah boleh tolong Abi potongkan walnut ni sementara Abi buat kek coklat.”

“ Ok.” Aisyah mengambil papan pemotong dan pisau yang dihulur oleh Abinya. Buat sementara ini semua kerja berjalan dengan lancar.

………………………………………………………………………………………..
15 minutes past

“ Abi..” Aisyah telah meletakkan pisau di atas papan pemotong.

“ Erm..Kenapa Aisyah?” Dia tengah sibuk memutarkan bahan-bahan kek.

“ Aisyah x larat la Abi. X boleh ke kita blend saja terus kan senang.”

“ X sedap la nanti. Bukan sekadar x sedap, kacang yang kita letak pun x terasa di lidah.”

“ Erm..Tapi Aisyah x larat.”

“ Aisyah x larat ke atau Aisyah rasa x sabar nak siapkan atau Aisyah rasa leceh buat benda ni.”

“ Sabar tu apa Abi?”

“ Abi ni bukan reti sangat bab-bab beri penjelasan ni. Tapi Abi suka tunjuk dengan perbuatan. Aisyah nak tau satu citer x? Best betul ni” Dia cuba menarik perhatian Aisyah.

“ Nak-nak.”

“Aisyah nak tau kehidupan kita macam mana?” Aisyah hanya menggangguk ingin mengetahui perkara tersebut.

“ Kehidupan kita ni seperti kacang yang sedang Aisyah potong tadi.” Aisyah sudah menunjukkan muka dengan penuh tanda tanya.

“ Bila kita hidup di muka bumi Pencipta kita, liku-likunya sangat banyak bagi orang-orang yang beriman. Untuk melalui jalan ni perlunya sabar dan iman untuk capai kejayaan. Macam kes Aisyah tadi, kunci kejayaan Aisyah adalah sabar dan percaya Aisyah akan sampai juga di penghujung jalan itu dan merasai kemanisannya. Kemanisan yang Aisyah bakal rasai adalah bila Aisyah menikmati kek coklat dan disaluti dengan kacang. Aisyah akan rasa betapa sedapnya kek tu. Setakat ni sajalah tazkirah percuma dari Abi.” Dia tidak mahu menghujahnya terlalu panjang kerana dia tahu tahap pemikiran anaknya itu yang belum menjejak usia 10 tahun.

……………………………………………………………………………………..

“ Eh! Dah siap buat kek coklat. Sapa yang buat semua ni.” Terkejut Ummi melihat di atas meja terbentang sebiji kek yang telah siap disalut dengan coklat dan kacang.

“ Abi dengan Aisyah yang buat.” Kata Aisyah.

“ Wah..Pandainya Abi dengan Aisyah buat kek. Kalau macam ni Ummi retire la.” Ummi mengambil tempat duduk. Dia sedang memegang adik Adam.

“ X boleh. Masakan Ummi tetap nombor satu.”

“ Yala yala. Ummi x jadi berundur. Erm..Apa lagi, jom la kita makan.” Abi Aisyah terus mengambil beberapa piring kecil, sudu dan cawan.

“ Abi!” Tiba-tiba Aisyah memanggil Abinya setelah memakan sesuapan kek coklat.

“ Kenapa?”

“ Sedap.”

-Tamat-

No comments

Post a Comment