22/03/2011

Revenge Time

Pada hari ini, pelajar-pelajar B4 tidak sabar-sabar untuk menerima kertas pemarkahan ujian biologi yang diadakan seminggu yang lalu. Suasana di bilik tutorial tidak lengkang dari mulut-mulut manusia yang ingin mengisi masa dengan berbual-bual bersama rakan-rakan mereka sementara menunggu kedatangan pensyarah.

“ Aku yakin, kali ini aku dapat full mark punya. Korang percaya x? Hahaha” Begitu bangga Izzati dengan penyataannya itu. Padahal markah pun belum dapat lagi. Rakan-rakannya yang lain sudah terbiasa dengan perangainya yang suka berbangga diri.

“ Aku tau la hang budak clever. Kami ni budak sederhana ja. Markah pun cukup-cukup makan.”  Syakirah cukup tidak gemar dengan sikap Izzah itu. Kadang kala bila Izzah berkata yang demikian dia berasa dirinya itu tidak cukup pandai. Selalu tidak faham apa yang diajar oleh pensyarah.

Rakan-rakan yang lain pula lebih rela berdiam diri daripada berkata yang bukan-bukan yang boleh menyebabkan mereka bertambah benci dengan sikap Izzah itu. Kelihatan Puan Rozita melangkah masuk ke dalam bilik tutorial. Semua pelajar bergegas gegas mengambil tempat masing-masing.

“ Assalamualaikum.” Itulah permulaan mukadimah daripada Puan Rozita merangkap pensyarah Biologi.

“ Waalaikumussalam.” Masing-masing menjawab salam tersebut. Melihat raut muka Puan Rozita yang begitu serius mereka tidak berani untuk bersuara. Takut-takut kelas jadi rebut taufan pula.

“ Before starting our class, I will give your test paper back. I’ll call your name and come to take your paper.” Satu nama demi satu nama disebut oleh Puan Rozita sampailah nama yang terakhir iaitu Izzah.

“ Congrates Izzah. Again you get full mark.” Puan Rozita menyuakan kertas tersebut kepada Izzah dengan senyuman.

“ Thanks Puan.” Setelah Izzah kembali ke tempatnya, Ekspresi muka Puan Rozita kembali serius. Kelihatan beliau mengambil beberapa nafas seketika sebelum memulakan pengucapannya.

“ I really really disappointed when I marking your paper. It’s like you are not ready to seat for your real examination. Come on guys. Wake up from dreaming.” Sebenarnya ada lagi dialog yang dikatakan oleh Puan Rozita. Panjangnya sehingga 10 minit terakhir kelas tamat. Pelajar-pelajarnya terpaksa menadah telinga mereka walaupun rasa sakit.

……………………………………………………………………………………….

“ Kan aku dah kata tadi, aku mesti dapat 100 percent punya.” Izzah kembali mengulangi kata-katanya. Syakirah, Mariam dan Aisyah sudah lali dengan perangai Izzah yang setiap kali dia mendapat markah penuh pasti dia akan menunjukkan betapa hebat dan cerdiknya dia.

Pada waktu ini mereka sedang berjalan menuju ke asrama masing-masing. Lagi pun kelas mereka untuk hari ini sudah tamat.

“ Alhamdulillah, awak memang hebat Izzah.” Tiba-tiba Aisyah menyuarakan kata-katanya. Maka makin lebar senyuman Izzah. Syakirah dan Mariam sempat mencubit lagi lengan Aisyah kerana kata-katanya sebentar tadi.

“ Kenapa Kirah dengan Yam cubit Aisyah. Aisyah ada buat apa-apa kesalahan ke?” Aisyah berbisik kepada Syakirah dan Mariam supaya Izzah tidak dapat mendengar perbualan mereka.

“ Yang awak p puji dia kenapa? Makin banggalah dia.” Mariam menunjukkan protesnya kepada Aisyah. Dia tidak cukup suka Aisyah memuji Izzah.

“ Eh! Korang berbual apa tu? Aku nak tau jugak?” Izzah berasa pelik melihat rakan-rakannya itu sedang berbisik.

“ Eh..xda apa xda apa.” Mereka menunjukkan isyarat tangan mereka supaya Izzah tidak memikir yang bukan-bukan. Selepas itu, Izzah meneruskan lagi perbualannya itu.

“ Aku ni ada otak genius tau. Sebab tu aku pandai. Lepas tu, aku banyak ilmu. Cepat tangkap pulak tu bila sekali ja pensyarah explain.” Penat juga mereka hendak mendengar puji-pujian itu.

“ Izzah, Petang ni awak free x lepas asar?” Mariam tiba-tiba mendapat satu idea untuk mengenakan Izzah.

‘ Time to revenge.Hehehe. Moga dapat keberkatan daripadaMu. Ya Allah. Ameen

“ Erm. Rasanya aku free. Kenapa?” Pelik juga rasanya apabila Mariam mengajaknya keluar. Angin apa agaknya yang membuat Mariam mengajaknya keluar.

“ Kalu macam tu, jom. Saya nak ajak awak p suatu tempat. Tempat tu rahsia. Nanti awak tahu jugak.” Sebelum Izzah menanyakan hal selanjutnya lebih baik dia pergi dahulu. Mariam sempat menarik tangan Syakirah dan Aisyah untuk pulang ke asrama mereka. Lagi pula mereka tinggal dalam flat yang sama.

“ Izzati!! Jumpa di Dewan Angsana.” Kata Mariam setelah jauh dari penglihatan Izzati.

‘Tempat apa la mereka nak bawa aku pergi ni. Ish, daripada aku terpacak macam tiang lebih baik aku balik bilik aku. Dah la panas tengah hari ni’

………………………………………………………………………………………

“ Alhamdulillah. Awak tepati janji. Dah-dah. Jom saya nak bawa ke suatu tempat yang awak mesti rasa ‘seronok’.” Izzati tidak sempat untuk berkata apa-apa, terus saja Mariam menarik tangannya. Syakirah dan Aisyah juga pergi bersama. Beberapa minit kemudian, akhirnya mereka sampai ke destinasi. Izzati pula terkejut dengan tempat tersebut.

“ Er..Yam. Betul ke ni tempat yang awak nak bawa aku pergi.” Rasanya ini bukan tempatnya. Mesti Mariam tengah buat lawak ni. Mariam pula buat muka tidak ada perasan.

“ Betul la. Xkan saya nak tipu awak. Jom, Kira Aisyah.” Mereka berlalu masuk ke dalam bangunan tersebut kecuali Izzati yang masih dalam posisi tadi.

‘ Rumah orang buta. They must be kidding me. Aku boleh buat apa dalam ni. Kalu ye pun, bawa la aku p pantai ka. X pun shopping kompleks. Ini tempat yang….Ah!’

“ Izzati!! Come here.” Mariam sudah menjerit dari dalam bangunan. Lambat-lambat Izzati bergerak ke arah rakan-rakannya itu.

“ Kak Suria, ini la Izzati yang Yam selalu cerita tu.” Mariam memperkenalkan Izzati kepada kakaknya itu.

“ Izzati. Ni kakak kedua aku. Nama dia Suria. Eh! Salam la kak Suria tu.” Izzati masih terpinga-pinga melihat situasi sekarang ini tapi dia tetap menyalami Kak Suria.

“ Yam selalu cerita dekat akak yang Izzati ni selalu menjadi pelajar terbaik di kolej. Betul ke?” Kak Suria memulakan perbualan yang boleh menarik minat Izzati.

“ Eh..Mesti betul kak. Setiap sem saya scored kot…” Izzati berasa bangga apabila Kak Suria mengetahui kepintarannya itu.

“ Alhamdulillah. Yam..”

“ Ya kak.”

“ Akak nak pinjam Izzati sekejap boleh? Rasa seronok pula bersama dia. Boleh x?”

“ Tentu boleh kak. Yam, Kirah dengan Aisyah nak p melawat Kak Mia kejap.”

“ Jom Izzati. Akak nak tunjuk sesuatu dekat Izzati.” Izzati hanya mengikuti Kak Suria.

………………………………………………………………………………………

“ Izzati nak tau x, buku ni merupakan buku favourite akak. Banyak kali juga akak selalu ulang baca.” Kak Suria menghulur satu buku yang begitu tebal. Tebal daripada buku biologi.

“ Besarnya akak.” Kagum juga Izzati melihat buku yang begitu unik. Mesti la unik. Tulisan Braille semuanya.

“ Itu baru bahasa melayu. Ni pulak buku English favourite akak.” Bertambah kagum Izzati terhadap Kak Suria.

“ Adik tahu baca tulisan Braille x?” Masa itu mereka sedang duduk di atas katil Kak Suria. Izzati terkedu dengan persoalan Kak Suria tadi.

“ X tahu kak.” Perlahan suara Izzati menjawab.

“ Adik tahu siapa yang memperkenalkan Braille?”

“ X tahu kak.”

“ Braille ni diperkenalkan oleh Louis Braille. Dia pun buta macam akak.” Jelas Kak Suria kepada Izzati.

“ Mari akak ajar adik macam mana nak baca Braille. Mari tangan adik tu.” Kak Suria mengambil tangan Izzati dan meletakkannya di salah satu sebuah buku tadi.
Kak Suria mengajar Izzah dengan cara perlahan-lahan. Sudah 30 minit Kak Suria mengajar Izzati dengan beberapa perkataan sahaja. Namun dia masih tidak dapat menguasainya.

“ Adik, cuba tenang. Tutup mata. Cuba rasainya lagi. Rasa betul-betul.” Kak Suria menyuruh Izzati mencuba lagi. Izzati cuba bersungguh-sungguh. Tapi dia kalah juga.

“ Adik..Jangan give up. Adik boleh punya. Cuba lagi sekali.” Namun dengan tiba-tiba terdapat setitis air jatuh di atas buku Braille tersebut.

“ Adik…Adik.” Kak Suria memanggil Izzati berulang kali. Namun dia tidak menyahut. Kak Suria mendengar seperti ada orang sedang menangis.

“ Adik..Adik menangis ke?” Risau juga dia dengan keadaan Izzati yang tidak menyahut panggilan dia. Tiba-tiba, dia merasa ada seseorang sedang memeluknya. Begitu kuat sekali. Dia hanya membiarkan saja sehingga keadaan menjadi tenang.

“ Akak. Izzati dah cuba tapi Izzati tetap kalah.” Izzati menahan sedunya.

“ Izzati.” Izzati menoleh untuk melihat gerangan orang memanggilnya itu.

“ Yam.” Terdiam dia sebentar.

“ Saya dah dengar dan melihat segala apa yang awak buat bersama dengan akak saya. Saya juga nak minta maaf. Semua ni adalah rancangan saya. Tapi bukan kepentingan saya atau membuat awak tunduk kepada saya. Saya nak awak sedar ilmu yang awak ada sekarang tu bukan untuk menunjuk kehebatan awak. Cuba awak perhatikan sekarang ni. Benarkah awak masih hebat? Ilmu yang awak ada itu  hanya sedikit. Sedikit sangat seperti satu titis air daripada lautan. Itu baru Braille yang awak baca. Belum lagi dengan ilmu-ilmu lain seperti sejarah, bintang macam-macam lagi la. Awak kena tahu juga bukan semua kelebihan awak ada. Contohnya di depan mata awak. Akak saya ada kelebihan membaca tulisan Braille tapi awak tidak ada walaupun awak cuba berkali-kali. Dan saya tidak hebat seperti awak di mana setiap subjek awak boleh kuasai. Tapi saya ada kelebihan lain iaitu penulisan saya especially cerpen. Kelebihan yang awak ada itu adalah kerana anugerah yang Allah berikan. Bukan sejak azali lagi awak miliki. Saya x nak awak menyombong diri. Tapi makin merendah diri kepada Allah. Kerana Dia pemilik ilmu yang kita miliki sekarang ni.”

Makin lama izzati mendengar penjelasan daripada Mariam makin membuat dia ingin menitis air mata.

‘ Ya Allah. Apa aku dah buat selama ni. Bangga sangatkah aku selama dengan ilmu yang aku miliki? Bangga sangatkah aku dengan kelebihan yang aku miliki? Walaupun aku melihat tulisan Braille seperti biasa namun aku masih tidak dapat menguasainya. Aku cuba berulang-ulang kali sampai aku menyerah kalah.’

“ Izzati, ilmu itu bukan untuk dikuasai tapi diaplikasi. Akak tahu Izzati bijak dan pandai. Tapi ingat, jangan sampai menyombong diri.” Kak Suria menambah sedikit kata-kata. Namun kata-kata itu sudah cukup menyucuk hatinya.

“ Aku ..minta maaf.”

“ Xpalah Izzati. Bagi saya, kalau awak dah sedar sudah cukup bagi saya.”

“ Izzati, nanti jangan lupa ajar kami yang ‘budak sederhana’ ni.Hehehe. Peace” Tiba-tiba Syakirah yang entah dari mana dia datang terus menyampuk perbualan tersebut. Tertawa mereka bersama-sama mendengar kata-kata daripada Syakirah.

-Tamat-

No comments

Post a Comment