16/03/2011

Aku Punya Dua Isteri

Perpustakaan merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh Naim sekiranya tiada kelas atau mempunyai kelapangan masa. Pekerja-pekerja di situ juga sudah terbiasa dengan kehadiran Naim. Hari ini, Naim mempunyai kuliah pada jam 2.00 petang. Dia cuba memanfaatkan masa itu dengan membuat ulangkaji tajuk-tajuk yang dia pernah pelajari.

Suasana pada pagi itu begitu nyaman. Tambahan pula tidak ramai pelajar pada waktu ini. Konsentrasi Naim untuk melakukan ulangkaji menjadi lebih tertumpu dan produktif. Dia berharap dapat menghabiskan satu topik dalam masa sejam.

Semuanya berjalan lancar pada 2 jam pertama. Setelah itu, telinganya seperti mendengar ada orang memanggil nama dia.

“ Naim!”

Namun Naim masih berada dalam keadaan khusyuk sambil memegang buku. Dia beranggapan bahawa mungkin ada nama orang lain yang sama nama dengannya. Lalu dia meneruskan kerjanya. Beberapa saat kemudian dia terasa seperti ada benda yang merayap di bahu kanannya. Lembut sekali. Dia menoleh ingin melihat benda apa yang merayap pada bahu kanannya itu.

“ Astagfirrullah..Mad! Nasib baik aku xda serangan jantung. Lain kali bagi la salam. Ni tidak. Aku ingat makhluk mana la yang merayap kat bahu aku tadi.” Panjang lebar Naim menjawab kerana kejutan yang tidak disangka sangka tadi. Mad hanya tersengih dan berlalu mengambil tempat di hadapan Naim.

“ Sorry bro. Bukan aku sengaja nak buat hang dapat ‘heart attack’. Aku panggil hang banyak kali kot. Tapi hang macam x dengar ja.” Kelihatan Mad seperti baru lepas lari pecut 100 meter. Mana taknya. Bercakap pun tersemput semput.

“ Hang dari mana ni? Macam baru lepas kejar ja.” Naim menyusun buku-buku  di hadapannya agar dapat ber ruangan kepada Mad.

“ Macam hang x tau. Hari ni kan kena submit assignment. Macam biasa la perangai aku.”

“ Dah agak dah….” Dengan slambernya Naim menjawab kata-kata sahabatnya itu.

“ Eh! Hang dengan isteri-isteri hang ok x?” Tiba-tiba saja Mad bertanya soalan yang sedemikian.

“ Well, macam biasa. Kadang-kadang ok. Kadang-kadang x. Inilah lumrah hidup. Manusia x lari dari kesilapan. Kedua-duanya adalah amanah Allah yang berikan kepada aku. So aku kena la buat yang terbaik dan adil.”

“ Fuh. Jawapan hang memang mantap la. Aku kena belajar lagi la daripada hang. Banyak aku kena lakukan perubahan.” Kagum juga Mad terhadap Naim. Dia begitu komitmen menjaga kebajikannya itu dengan baik.

“ Jangan belajar dari aku. Tapi belajarlah daripada Rasulullah dan Al-Quran jangan lupa. Lagi pun, isteri-isteri aku inilah yang memberi aku kekuatan untuk menegakkan kalimah Lailahaillah.”

“ What!!! Hang dah ada bini!?” Terserentak Mad dan Naim dengan jeritan tersebut. Mereka melihat siapa gerangan yang memekik tadi. Ada juga dari kalangan pelajar yang marah kepada si penjerit tersebut  kerana mengganggu konsentrasi mereka.

“ Sorry sorry. My fault.”  Hamba Allah memohon maaf kepada pelajar-pelajar yang lain. Setelah itu, dia terus menuju kepada Mad dan Naim.

“ Bro, sejak bila hang ada bini ni. Pastu bukan satu bini tapi berbini-bini. Sampai hati hang x ajak walimah hang.” Itulah Fakhrul. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah Naim dan menolak bahu Naim kerana geram.

“ Rul, hang sabaq sat na. Dengaq la dulu penjelasan Naim.” Mad cuba memujuk Fakhrul agar sabar dan  bertenang. Mad tidak mahu dia salah faham dengan cerita yang dia dengar tadi.

“ Mad.”

“ Ya.”

“ Shut your mouth please.”

“ Ok.” Terus Mad mendiamkan diri dengan menzipkan mulutnya dengan tangan. Dia hanya mampu memerhati. Dia pasti Naim mampu menanganinya.

“ Explain please. Sampai hati hang x bagi tau kat aku. Aku ni kawan hang bro.” Fakhrul memang sedikit sensitif dengan sahabat-sahabat yang dia rapat.

“ Ok. Hang nak tau apa?” Naim cuba memulakan perbualan dengan keadaan tenang.

“ Bila hang kawen?” Soalan pertama daripada Fakhrul.

“ Sebenarnya dah lama dah.”

“ Dah lama dah. Asal aku x tau tapi si Mad ni tau.?” Jari kanan Fakhrul menunjuk  kepada Mad.

“ X penting pun la Rul.”

“ Aku x kira hang kena perkenalkan isteri-isteri hang dengan aku.”

“ Boleh aja. Kalau hang nak tau sekarang pun boleh.”

“ Hang biaq btui. Isteri-isteri hang ada kat sini ka?”

“ Ada.”

“ Mana?”

“ Ini depan mata aku ni..” Naim menjawab sambil menunjukkan di hadapan mejanya.

“ Apa?? Hang biaq btui Naim. Hang x main-main aku kan?” Fakhrul cuba bertanya sekali lagi kerana khuatir Naim sedang membuat lucu dengan dia.

“ Btui. Aku x tipu.”

“ Macam mana hang boleh gelar mereka ini isteri-isteri hang?”

“ Cuba hang bayangkan lelaki yang ada dua isteri. Kedua-duanya amanah Allah. Kedua-duanya akan dipertanggungjawab oleh husband dia sekirannya dia x jaga amanah itu dengan baik dan adil. Begitu juga dengan situasi aku sekarang. Aku kena la jaga study aku dengan dakwah aku dengan baik. Kalau aku fokus satu ja,  itu namanya aku tidak berlaku adil. Nanti pada waktu perbicaraan Allah tanya aku, kenapa aku x jaga dan buat yang terbaik dengan amanah yang Dia bagi tu. Hang faham x sekarang ni kenapa aku gelar mereka ini isteri-isteri aku?” Panjang lebar juga ulasan daripada Naim dengan harapan Fakhrul memahami dan menghindarinya dari salah faham.

“ Owh…Make sense make sense.”

-Tamat-

No comments

Post a Comment