27/03/2011

Aku Berserah Kepada Mu - 6

“ Macam mana? Dapat x beli tiket on the sport?” Mun terus bertanya setelah kelihatan Lin dan Sarah.

“ Tengok la sapa diri ini. Of course aku dapat. Murah pulak tu.” Bangga Lin apabila berjaya membeli tiket dengan harga yang murah. Dia menyuakan tiket tersebut kepada Sarah dan Mun.

“ Perasaannya nenek ni.” Mun cuba mengusik Lin. Sarah pulak sedang sibuk mencari sesuatu di dalam begnya.

“ Aku tau la hang dengki. Hehehe.”

“ Dah dah. Xda masa aku nak dengki. Jom kita p platform. Satgi terlepas train lagi.” Mun tidak mahu berpanjangan pergaduhan kecil itu.

“ Sabaq la dulu.” Tiba-tiba Sarah menyampuk.

“ Awat pulak kita nak tunggu lagi.” Mun bertanya kepada Sarah.

“ Hang ni..xkan nak p platform terus tanpa tengok kat carta atas tu.” Mun menggaru garu tudungnya walaupun tidak rasa gatal. Dia hanya tersengih dengan teguran Sarah itu. Lin terus melihat screen di atas untuk mencari platform train kea menuju ke Portsmouth.

“ Ha! Tu dia dah keluar dah. Kita kena p platform 12. Jom.” Masing-masing membawa barang menuju ke platform 12. Semasa ingin memasuk tiket tersebut di mesin, pintu untuk masuk ke platform tidak terbuka.

“ Lin, awat tiket aku dia x mau pun. Hang punya boleh x?” Mun telah cuba memasukkan tiket itu beberapa kali tetapi tidak berjaya juga. Dia terus menghala ke arah Lin dan Sarah. Mungkin tiket mereka boleh access.

“ Aku punya x mau juga la.”

“ Aku pun sama.” Sampuk Sarak. Lin mencari pegawai yang bekerja pada masa itu.

‘ Ha! Ada pun. Alhamdulillah.’

“ Excuse me.”

“ Yes. May I help you?” Pegawai wanita itu bertanya kepada Lin.

“ I try to access my ticket for several times. But it’s not working.

“ Let me see your ticket.” Lin memberi tiketnya kepada pegawai tersebut.

“ Oh! You see from this ticket, it’s cannot be used at this station. You can use this ticket only at the Victoria Station.” Bukan Lin seorang sahaja mendengar penerangan tersebut. Sedar tidak sedar Mun dan Sarah juga mendengar penjelasan daripada pegawai tersebut. Hampir-hampir mereka rasa ingin rebah. Pegawai itu pula berkerut dahi apabila melihat jam tangan dia.

“ Darling, you must go now and catch the tube from here and go to the Victoria Station. The train will depart in 10 minutes. Hurry up girls!” Terkedu sebentar mereka mendengar penerangan itu. Namun apabila pegawai itu menggesa mereka untuk pergi segera terus mereka tersedar dari mimpi. Mun orang pertama menarik tangan Lin dan Sarah.

“ Lin…Sarah Jom! Kita kena kejar train.” Nak kata lari pecut 100 meter mungkin tidak kerana mereka bukan dari kalangan  orang atlet. Apa yang mampu mereka lakukan adalah berlari sehabis yang mungkin dang berserah diri kepada Allah.

…………………………………………………………………………………

“ Alhamdulillah. Train sampai on time.” Penumpang-penumpang di dalam gerabak itu melihat pelik gelagat tiga sahabat itu yang kelihatan tercungap cungap tidak cukup bekalan oksida. Lin, Mun dan Sarah hanya buat muka slamber saja walaupun tidak berasa selesa dengan pandangan tersebut.

“ Ok. Kita ada lagi 7 minit. Harap-harap sempat la kita naik train.” Mun memandang jam tangannya beberapa kali. Dia risau sekiranya mereka tidak berjaya kali kedua ini.

“ Insya-Allah.” Walaupun hanya perkataan Insya-Allah itu disebut oleh Sarah tapi cukup membuat Mun tersedar bahawa semua yang berlaku atas keizinan Allah. Masing-masing antara mereka mendiamkan diri. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu bahawa hati mereka dalam keadaan resah. Sehinggalah…


“ Lin..Sarah.Jom!”

No comments

Post a Comment