05/03/2011

Nak Pinjam Pensel Satu Please..

Suasana di dalam bilik tersebut sangat sunyi dan sepi kerana masing-masing sibuk dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka. Yang kedengaran hanyalah gerakan pen dan kertas. 

' Aiseymam..eh silap. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'oon. Patah pulak pensel aku ni. Sebatang pensel ja yang aku ada. Dekat siapa aku nak minta pinjam pensel ni.'

Hisyam duduk tidak tenang. Gelisah apabila tiada pensel untuk menyambung kerjanya yang masih banyak tertangguh. Jari jemarinya bermain di atas permukaan meja sambil berfikir.

" Ha! Amin.." menjerit Hisyam secara tiba-tiba yang membuatkan kawannya itu terkejut.

" Ko apa hal Syam menjerit tiba-tiba. xda angin xda ribut. Nasib baik aku xda heart attack tau." Kata Amin sambil mengurut dada yang masih dalam keadaan terkejut. Hisyam hanya tersengih melihat keadaan Amin itu. Dia bukan sengaja mahu menjerit tapi secara tiba-tiba mendapat idea.

" Apa sengih-sengih. Ko nak apa sebenarnya.?" Terus sahaja Amin bertanya soalan. Malas mahu menunggu jawapan daripada Hisyam yang belum habis lagi tersengih.

" Aku nak pinjam something boleh x?"

" Aku dah agak. Apa ko nak pinjam?"

" Pensel aku patah. Aku nak pinjam pensel ko boleh?"

" Nah. Ambik ja terus. X payah pulangkan balik."

" Jazakallah khairan kathira. X terbalas budi ko."

" Dah-dah. X payah nak balas budi. Aku nak sambung buat kerja ni."

" Selamat melakukan tugasan. Cayok-cayok!." Selepas menyerahkan pensel tersebut terus mereka menyambung semula kerja yang tergendala.
....................................................................................................................................................

Beberapa ketika

My..life. Is not the same. When I'm too concerned by what they say. Why..alamak. Patah lagi. X leh jadi ni. Xkan aku nak minta kat Amin lagi ni. X ka nanti dia kata aku kerja pinjam barang dia. Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati kawan aku ni. Ameen.'

" Amin..."

" Erm. Apa lagi ko nak?" tanya Amin. Konsentrasinya masih pada kerjanya. Tidak memandang kepada Hisyam.

" Er.."

" Apa dia Syam. Cuba ko terus terang. Aku tengah busy dengan  kerja nak kena buat ni."

" Aku nak pinjam pensel ko satu lagi..boleh?"

" Apa? Mana pensel yang aku bagi tadi tu?"

" Aku..aku x sengaja bagi patah." Kata Hisyam dalam suara yang amat perlahan.

" Nah. Ambik ni." Tanpa menunggu begitu lama terus sahaja Amin memberi pensel kepada Hisyam.

" Jazakallah.." Hisyam terus mengembil pensel tersebut dengan hati yang girang. Dia tidak tahu bahawa Amin sedang menahan kesabarannya itu.

...............................................................................................................................................

Selang beberapa minit kemudian

' Alamak..patah lagi. What should I do? What should I do? ' Kali ini sememangnya Hisyam berasa gelisah. Dia khuatir bagaimana reaksi Amin sekiranya dia ingin meminjam pensel buat kali ketiga. Namun, Hisyam tetap berani untuk bertanya.

" Amin..aku nak pinjam pensel ko lagi. Pensel tadi dah patah." kata Hisyam sambil tersengih. Dia melihat Amin seperti menahan sabar. Tetapi..

" Wei!! Pinjam patah pinjam patah pinjam patah. Bila Ha Hisyam? Sampai bila.?" Meledak juga akhirnya amarah daripada Amin yang dari tadi cuba ditahan. Kebetulan pula pada masa itu, Ikhwan baru pulang ke rumah.

" Ikh. Tolong aku Ikh. Amin marah aku." Terus Hisyam pergi kepada Ikhwan untuk meminta perlindungan.

" Apa hal ni?" Ikhwan bertanya kepada Amin.

" Budak ni. X habis-habis pinjam pensel aku."

" Sabar Amin. Sabar..Bagi saja Syam pinjam. Nanti dia pulangkan semula." Ikhwan cuba berunding baik dengan Amin.

" Macam mana aku x marah Ikh. Selang beberapa minit dia minta pinjam pensel dekat aku dengan alasan pensel patah. Bukan sikit tau aku bagi pinjam. Banyak kali tau." 

" Habis tu..tangan ko, kaki ko, hati ko, limpa ko tambah pula pensel ko tu, bukan Allah bagi pinjamkan kejap kat ko ke?" Ikhwan mula mengeluarkan secret weapon dia, di mana Amin sendiri terus terdiam.


Katakanlah: " Dialah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati."  Tetapi amat sedikit kamu bersyukur.[ Al-Mulk: 23] 

No comments

Post a Comment