11/03/2011

Erm..Sedapnya

“ Fuh..Pedas pedas.” Rina menghembus nafasnya melalui mulut sambil tangan kirinya mengimbas ke arah mulut untuk menghilangkan rasa pedas. Boleh dikatakan kepedasan tersebut seperti menyucuk dalaman lidahnya. Pipinya juga sudah kemerah merahan.

“ Power giler sambal bilis yang ko buat ni Sarah.” Karmila juga tidak dapat menahan rasa pedas tersebut. Dia terus meneguk segelas air kosong untuk mengurangkan rasa pedas. Sarah pula makan seperti orang makan gulai. Tidak ada ekspresi macam orang tengah memakan makanan yang pedas.

“ Nama pun sambal bilis Melaka. Mesti la pedas.” Sarah hanya mampu melihat pelbagai reaksi yang dibuat oleh sahabat-sahabatnya itu. Lagipun apa yang dia boleh lakukan untuk menolong mereka. Tiba-tiba saja  Rina bangun daripada kerusi menuju ke dapur.

“ Aik. Kejapnya ko makan Rina.” Kata Sarah sejurus melihat Rina ke dapur.

“ Aku belum habis makan la. Ni..aku nak tambah sambal bilis.”

“ Tadi bukan main lagi kata pedas…” Sarah seperti memerli Rina.

“ Ala..sambal bilis ni memang pedas. Tapi sedap sangat. Ni yang buat aku tambah lagi.” Rina menyeduk sedikit sambal bilis ke dalam pinggannya dan duduk semula di meja makan.

“ Tapikan, benda pedas ni la x bagus untuk lidah kita.” Pernyataan ayat Karmila tersebut membuatkan muka Sarah seperti tertanya-tanya. Selama ini tidak pernah lagi ada orang berkata yang demikian seperti Karmila.

“ Pasai pa pulak?” Tidak sabar-sabar Sarah ingin tahu jawapan daripada Karmila.

“ Sebabnya…lidah kita ni mana ada deria rasa pedas. Yang Cuma ada hanya manis, masin, pahit dan masam.” Karmila menjelaskan secara perlahan-lahan sambil melihat kedua dua wajah sahabatnya itu.

“ So..” Rina pula menyampuk perbualan mereka.

“ Jadi..apa yang buat kita rasa pedas sangat itu sebenarnya telah membuatkan taste bud yang kat lidah kita ni rasa pedih dan sakit.”

“ Owh…” Sarah dan Rina ternganga mendengar jawapan daripada Sarah.

“ Konklusinya, deria pedas xda kat lidah kita. Memang sedap tapi taste bud kita yang sakit. Is that make sense?” Sarah dan Rina terdiam buat seketika. Kemudian baru mereka tersedar.

“ Make sense make sense.” Karmila hanya menggeleng melihat kelakuan dua sahabatnya itu kelihatan seperti orang yang terkejut.

“ Hampa tau x taste bud kita ni ibarat apa?” Karmila mengemukakan lagi soalan kepada mereka. Rina menongkat dagunya dengan tangan kanan sambil berfikir. Sarah pula…

“ Erm….Ar….ko ja la bagi tau kat kami.” Mengalah juga Sarah setelah tidak dapat menjawabnya.

“ Hati kita.”

“ Apa kena mengena hati kita dengan taste bud ni. X paham aku.” Rina tidak berpuas hati dengan jawapan Karmila. Hati dia membuak buak ingin menanyakan pelbagai soalan lagi.

“ Sabar- sabar. Aku nak jawab la ni. Bila kita buat perkara kemungkaran dan sia-sia, hati kita rasa macam mana?” Karmila harus mengatur strategi untuk menjawab soalan Rina. Dia tahu Rina ingin jawapan sepantas kilat. Kelihatan Sarah dan Rina berfikir lagi untuk menjawab soalan Karmila.

“ Berdasarkan pengalaman aku, bila aku buat perkara yang Allah x suka, hati aku x tenang. Hidup aku rasa tenteram. Tapi aku terus ja buat sebab rasa benda tu indah dan syok siot. Pada masa yang sama hati aku…rasa sakit.” Panjang lebar jawapan daripada Sarah.

“ Betul betul betul. Aku sokong dengan kata-kata Sarah.”

“ So, hampa dah paham ka kenapa taste bud ini ibarat hati kita?” Karmila memandang sahabat-sahabatnya sambil memaniskan muka.

“ Aku tau aku tau.” Rina beria ria ingin menjawab soalan.

“ Apa dia?”

“ Ingat x aku kata pedas pedas. Lidah aku waktu tu memang rasa sakit dah. Tapi aku nak tambah juga sebab rasa sedap.”

“ Aku rasa aku tau apa yang ko nak sampaikan Mila.” Sarah memetik jarinya kepada Karmila.

“ Apa dia?”


-Tamat-

“ And those who deny Our revelations – step by step We lead them on from whence they know not” (7:182)

No comments

Post a Comment