05/03/2011

YUSARIU'NAFILKHAIRAT

Zaman Para Sahabat

Kelihatan kanak-kanak sedang bersuka ria. Manakala, para peniaga sibuk melayan pelanggannya. Ada pula sekumpulan yang sedang berbual-bual tanpa henti. Namun semua ini hanya sementara apabila Rasulullah SAW mendapat khabar angin yang mengatakan bahawa Maharaja Rom ingin menakhluk wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Islam. Sesuatu tindakan perlu dilaksanakan.

Umat Islam pada masa itu tiada keinginan untuk melakukan pertempuran dengan Rom. Namun begitu, mereka sedar bahawa mereka perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Rasulullah SAW mengumpul semua para sahabat dan berbincang mengenai isu tersebut. Mereka bersepakat, sekiranya benar Kerajaan Rom ingin melakukan serangan maka mereka memilih tempat pertempuran di luar kawasan Makkah dan Madinah iaitu Tabuk.

Perancangan mereka bukan sekadar pemilihan kawasan tetapi juga perbelanjaan perang. Dari sudut ini terserlah keimanan para sahabat apabila mereka sanggup menginfakkan harta mereka. Para sahabat itu termasuklah Umar Al-Khattab.

“ Aku akan serahkan sebahagian harta untuk peperangan ini. Pasti pemberian ini melebihi daripada Abu Bakar.”

Kemudian, Umar pergi menghadap Rasulullah untuk memberi hartanya itu.

“  Wahai Umar, berapa banyakkah peninggalanmu untukmu dan keluargamu?” Rasulullah terus bertanya Umar.

“ Aku sedekahkan sebahagian hartaku di jalan Allah dan sebahagian lagi adalah untuk diriku dan keluargaku.” Dengan bangganya Umar memberitahu Rasulullah SAW. Umar merasakan dialah yang paling banyak memberi sumbangan daripada orang lain. Namun, perasaan itu hanya sementara. Kelihatan Abu Bakar datang kearah Rasulullah SAW.

“ Ya Rasulullah, aku ingin menyumbangkan hartaku ini di jalan Allah.” Kata Abu Bakar sambil menatap muka Rasulullah SAW. Rasulullah tersenyum mendengar kata-kata daripada Abu Bakar.

“ Berapakah harta yang kamu tinggalkan untukmu dan keluargamu?” Soalan yang diajukan pula kepada Abu Bakar.

“ Ya Rasulullah, aku menyerahkan seluruh hartaku di jalan Allah.” Umar Al-Khattab terkejut dengan kata-kata daripada Abu Bakar.

“ Jadi…Bagaimana kamu dan keluargamu?” Rasulullah SAW bertanya lagi.

“ Kamu Ya Rasulullah dan Allah yang aku tinggalkan untukku dan keluargaku.”

Dalam banyak perkara, Umar Al-Khattab masih kalah dengan Abu Bakar apabila melakukan kebaikan kerana Allah. Umar Al-Khattab masih tidak berputus asa. Dia tetap akan terus mencuba bersaing dengan Abu Bakar dalam mengerjakan kebaikan.

......................................................................................................................................................................................................
Zaman Sekarang

“ Okay students. That’s all for today. Remember to submit your assignment before 11 a.m on 12th of  April. If not, you know what will be happened to your final exam results. Last word, use your time wisely.” Tajam mata Professor Adam melihat setiap wajah pelajarnya itu.  Itulah kata-kata terakhirnya sebelum bersurai dari dewan kuliah. Keluhan mula memenuhi ruangan dewan tersebut. Semua pelajar sangat anti dengan Professor Adam yang suka beri banyak tugasan. Boleh dikatakan setiap kali ada kelas dengan beliau ada sahaja kerja yang diberikan sebelum tamat kelas. Itu belum termasuk lagi dengan ujian yang diadakan setiap minggu.

“ Erm, Prof Adam bagi lagi kerja. Hai..sempat ke kita habiskan semua ini? Dalam bilik belambak lagi assignment yang bertimbun yang x abis.” Keluhan mula terkeluar dari mulut Fuad sendiri sambil memandang hadapan dengan pandangan kosong. Dia bermain-main dengan batang pen di tangannya.Kebanyakkan pelajar telah berlalu dari Dewan Kuliah itu. Seketika kemudian, dia merasakan ada seseorang sedang memegang bahunya dari belakang. Dia menoleh untuk melihat gerangan orang tersebut.

“ Ad, kalau engkau keluh pun xda guna juga. Daripada engkau duduk termenung dalam dewan ni, baik engkau pergi library or balik bilik siapkan assignment engkau. Bukankah sekarang ini masa sedang berlalu. Engkau x rasa rugi ke masa hanya berlalu dengan keluhan engkau sahaja. Wal Asr..In..”

“ Enough Ik .” Fuad mengetuk tangan Ikram dengan pen yang berada di tangannya tadi. Ikram hanya melihat Fuad sambil tersenyum. Dia menyapu tangannya yang dipukul oleh Fuad tadi. Kadang-kadang Fuad berasa hairan dengan sahabatnya itu. Selalu siap assignment sebelum tarikh dateline. Bukan itu saja, selalu skor dalam semua subjek yang dia ambil. Ada juga Fuad mengintai aktiviti seharian yang dilakukan oleh Ikram. Tiada yang luar biasa. Ikram juga manusia normal seperti orang lain. Ada masa untuk berhibur, ada masa untuk berjaulah dan ada masa untuk berehlah.

‘ Fuad!!! You can do it. Aku mesti mengatasi Ikram.’

“ Jom, kita pergi library cari rujukan. Nanti senang nak buat assignment. X la aku nak dengar engkau membebel malam ni pasal x cukup rujukan la..x paham la..tension la…” Tersentak Fuad tiba-tiba dengan kata-kata Ikram.

“ Dah. Cukup. Berapa das peluru engkau dah bagi aku hari ini. Daripada engkau membebel jom kita bertolak pergi ke library.” Kata-kata daripada Ikram selalu menusuk kalbu Fuad. Daripada biar berpanjangan lebih baik dia bertindak.

Hari sebelum dateline

“ Hari ini aku yakin aku orang yang first hantar assignment dulu. Hahahaha. Dapat juga aku kalahkan Ikram.” Kata Fuad sambil berjalan ke koridor Profesor Adam. Sampai saja depan bilik Professor Adam terus dia mengetuk pintu sebelum langkah masuk ke dalam.

“ Morning Prof!”

“Good Morning Fuad. So, what can I help you?” Professor Adam terus mengaju soalan kepada Fuad. Kelihatan dia begitu sibuk dengan  kerjanya yang bertimbun di atas mejanya.

“Sorry Professor if I arrive at an inappropriate time…but I just want to hand in my assignment.” Terkejut Professor Adam dengan perubahan sikap Fuad yang tiba-tiba menghantar assignment terlalu awal sebelum tarikh dateline.

 “You are surprisingly earlier than usual…I’m speechless. Good job. By the way, your friend Ikram was the first person to submit his work.”  Pada permulaan ucapan Profesor Adam membuat Fuad berasa cukup senang hati. Namun, apabila Profesor Adam menyebut nama Ikram, terus dia rasa macam nak rebah. Macam nak menjerit pun ada.

‘Ikram!!!! You again.’


Cafe Setia

“ Ik, asal aku xleh nak saing dengan engkau sampai sekarang. Assignment Professor Adam yang aku hantar hari ini pun, engkau yang dahului. Kadang-kadang buat aku geram tau.”  Luah Fuad apa yang dia rasa kepada Ikram. Dia melihat Ikram hanya memandangnya dengan tersenyum sambil bermain straw di dalam gelas minuman.

“ Rileks Ad. At least engkau hantar jugak kan sebelum due date?” Ikram masih dengan sikap cool dia.

“ Tapi aku tetap x puas hati. Hari-hari aku cuba buat terbaik dari engkau tau. Tapi tu l..a asyik kalah ja.” Keluh Ikram buat kali kedua.

“ Hairan aku, macam engkau boleh buat semua ni.” Pekung di dada diluahkan juga oleh Fuad  setelah lama dia memendam dalam hati. Ikram hanya tersenyum sambil merenung pemandangan di luar café. Setelah beberapa detik…

“ Fastabiqulkhairat…”

“ Ek. Apa ben fasta..apa-apa ja la. Apa maksud ayat tu?” Terpinga-pinga Fuad mendengar ayat tersebut. Terbelit juga lidahnya menyebut perkataan tersebut yang begitu asing pada pendengarannya.

“Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Ada dalam surah Al-Baqarah ayat 148. Ayat Al-Quran  banyak memberi motivasi kepada aku untuk menghadapi seharian dalam hidup aku yang bakal memberi bekalan kepada akhirat. ini hanya wasilah dan senjata menuju ke Akhirat. Aku lakukan semua ini bukan hendak mendapat penghormatan daripada manusia tapi ingin mendapat perhatian daripada Allah.” Begitu panjang lebar ulasan daripada Ikram mengenai perkataan tersebut. Dia masih setia senyum kepada sahabatnya itu. Berkerut  dahi Fuad setelah mendengar penjelasan tersebut.

‘ Ikram lakukan semua ini kerana ayat Allah. Aku pula buat kerana ingin mendapat nama. Jauh beza tu.’

“ Ad, Engkau percaya akhirat ?” Tiba-tiba sahaja Ikram bertanya soalan itu. Fuad seperti teragak-agak untuk menjawab soalan itu.

“ Me..mesti la aku percaya.” Tergagap juga Fuad menjawab soalan tersebut.


“ Kalau engkau percaya, mesti engkau nak strive masuk syurgakan?” Ikram bertanya lagi kepada Fuad.

“ Mesti la..Siapa yang x mahu masuk syurga. Ada sungai-sungai yang mengalir di bawah katil. Ada pokok anggur. Ada pohon kurma. Uish..best tu.” Fuad sudah seperti berada di dalam dunia lain. Dunia yang indah yang membuat dia tersenyum bahagia tanpa disedarinya. Ikram hanya tersenyum mendengar pernyataan daripada sahabatnya itu.

“ So, apa lagi. Jom kita berlumba-lumba mengejar kebaikan. Malam ni jom kita buat qiam. Boleh buat revision lepas tu. Amacam bro?” Ikram menawar cadangan tersebut kepada Fuad. Terdiam sebentar Fuad mendengar tawaran tersebut. Dia tidak yakin samada dia mampu berbuat demikian atau tidak. Bangun Subuh pun selalu lewat tapi tidaklah sampai subuh gajah.

‘ Nak ke x? Kalau aku x buat sekarang, bila lagi aku nak bertindak.’

“ Aku cabar engkau bro. Kita tengok siapa yang paling buat banyak kebaikan.” Ikram terus menyatakan cabaran tersebut kepada Fuad setelah melihat dia seperti tidak yakin atau teragak-agak melakukannya.

“ Uish..Engkau cabar aku bro.” Terkejut Fuad mendengar sahutan cabaran daripada Ikram.

“ Ini salah satu wasilah juga untuk engkau  mencari keredhaan Allah dan mendekatkan diri pada-Nya. X gitu? Come on bro.”

“ Fine. Deal.” Tiba-tiba semangat pulak si Fuad apabila mendengar kata-kata daripada Ikram.

“ Macam tu la. Ok, jom kita balik hostel. Boleh la kita bersiap-siapkan diri sebelum Maghrib.”  Berlalulah mereka dari café tersebut.

No comments

Post a Comment