23/02/2011

Aku Berserah Kepada Mu - 4

Outside Waterloo Station – Mun

Tika ini, Mun mencari kedai untuk top up. Dia berharap sangat ada kedai yang buka pada awal jam ini. Selalunya, di kota London, kebanyakkan kedai akan mula beroperasi pada jam 9.00 pagi.

‘ Harap-harap ada kedai yang buka di persekitaran Sainsbury. Kalau x, abis aku nak call Kak Ain pun x boleh.’

Sambil berjalan, mata Mun bergerak ke kiri dan kanan untuk mencari kedai top up.

‘ Alhamdulillah ada jugak kedai yang bukak. Tapi kedai ni ada ka jual nomi top up. Redah ja la Mun. Baik tanya tuan kedai daripada x tanya langsung.’

“ Hai, may I help you?” Tanya tuan kedai kepada Mun dengan sopan.

“ Ya. Do you have nomi top up?”

“ Yes, we have it. How much you want?”

“ Five pounds please.” Mun menghulurkan mata wang pound sterling itu kepada tuan kedai.

“ Here you go.” Tuan kedai menghulur resit top up kepada Mun.

“ Thank you.” Kata Mun sambil tersenyum.

“ Have a nice day darling.” Ini ucapan kebiasaan yang akan didengari di Negara Barat. Ucapan ini menunjukkan betapa sopan dan mesra orang di sini. Namun tidak bagi Mun. Perkataan tersebut membuat dirinya rasa ingin lari kerana baginya perkataan itu terlalu romantis. Walaubagaimanapun, Mun harus membiasakan diri dengan suasana di sini.

‘ Ya Allah, hanya Engkau saja tau betapa aku rasa geli dengan perkataan tu. Alamak!! Sainsbury depan mata.’

Ini merupakan satu kelemahan Mun. Pantang mata melihat bangunan Sainsbury. Di situ terdapat pastri yang menjadi kesukaan Mun.

‘ Nak masuk ka..x payah. Pening kepala kalau pikir memanjang benda pastu buang masa pulak. Think with wise Mun. Au’zubillahiminashsyaithonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah moga langkah kakiku ini memperoleh keberkatan dari-Mu.’

Inilah perkara yang akan dilakukan oleh Mun sekiranya berada dalam kerungsingan iaitu berbalik kepada Allah. Setelah mempunyai kekuatan, Mun pun melangkah masuk ke dalam Sainsbury. Dia berjalan menuju ke bahagian pastry. Bersinar-sinar matanya melihat pastri kesukaannya.

‘ Alhamdulillah. Akhirnya ketemu jugak aku dengan Auf bau dengan twirl chocholate. Dah sebulan aku x makan hampa.’

Mun benar-benar rasa bahagia saat ini. Dia sudah tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling dengan lagaknya itu.

‘ Erm, nak ambik empat ke dua saja? Yang pasti dua-dua pastri tu ni mesti ada.Jangan tamak Mun. Bihun goring ada lagi. Tapi, bukan untuk aku sorang ja. Mesti Sarah dengan Lin nak jugak.’

Mun sedang berperangan dengan hati. Peperangan di dalam hati manusia merupakan satu fitrah. Inilah dikatakan ujian, di mana Allah memberi dua pilihan kepada manusia.

“ maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,” (91:8)

Manusialah yang bertanggungjawab memilih salah satu jalan tersebut. Pertimbangannya haruslah dengan iman dan akal yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

‘ Ya Allah, sungguh aku di dalam dilemma. Mana yang terbaik buat diriku.’

Tiba-tiba hati Mun terdetak dengan satu ayat di dalam ingatannya dalam surah Al-A’raf :

“ Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaiaanmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”


‘ Allah x suka kalau aku berlebihan-lebihan. Tapi, ini bukan untuk aku sorang tapi untuk kawan-kawan aku juga. Insya-Allah. Keputusan muktamad. 2 Auf bau, 2 twirl chocolate.’

Setelah membuat pembayaran, Mun terus masuk ke dalam Waterloo station. Semasa jalan menuju ke tempat menunggu sahabat-sahabatnya tadi, Mun ternampak Sarah jalan keseorangan melawati kedai ke kedai.

“ Eh Sarah, hang buat apa kat sini? Mana Lin?”

“ Aku saja jalan-jalan. Boring nak tunggu Lin cakap dengan Kak Ain.”

“ Aik, Kak Ai ada kat sini ka? Kak Ain terlepas train jugak ka?”

“ Bukan la. Lin cakap melalui handphone dengan Kak Ain.”

“ Ooo. Jom  ar p kat Lin. Satgi dia cari kita pulak.”

“ Orait.”







No comments

Post a Comment