23/02/2011

Aku Berserah Kepada Mu - 5

" Ok. Assalamualaikum Kak Ain." Usai saja perbualan antara Lin dan Kak Ain. Setelah itu, dia melihat dua orang sahabatnya itu sedang berjalan ke arahnya.

"Lamanya hang p Mun. Hang pulak Sarah, p melilau mana pulak?" Terus sahaja Lin menyergah sahabat-sahabatnya itu.

" Calm down my friend. Calm down. Hang xkan x tau kat sini ada Sainsbury. Apa lagi aku stuck sat kat situ. Jangan marah. Bagi kami ambik nafas dulu. Baru smapai ni. " Mun mengambil posisi kerusi di sebelah Lin sambil memujuknya.  Sarah pula mengambil tempat sebelah Lin yang satu lagi.

" Rilek ar Lin. Xkan hang duk cakap dengan Kak Ain, aku kena duduk macam anak patung pulak. Boring la aku kalu macam tu." Sarah pula cuba memujuk Lin. Apabila Lin melihat muka Sarah yang sedang memujuknya, terus sahaja dia ketawa.

" Hang ni Sarah, pujuk aku ka kenyih kat aku. Hang pulak Mun, macam orang xda perasaan langsung nak pujuk orang. Selalu macam tu." Lin mula membebel tidak tentu arah.

" Dah-dah. Buat apa aku nak pujuk hang dengan penuh perasaan. Padahal hang bukan merajuk pun tapi saja pretend merajuk ja." Sarah pulak mula ketawa dengan gelagat Mun. Lin pula dengan muka masamnya. Geram agaknya dengan sikap Mun yang terlalu innocent.

" Ha! Kak Ain berborak apa dengan hang Lin. Macam panjang jela ja aku tengok." Terus sahaja Mun mengajukan soalan untuk melarikan diri dari sesi pujuk memujuk.

" Kak Ain bagi tau kat aku, depa tunggu ja kita. Tapi kat dalam train. Depa selamat naik train. So, sekarang ni, Kak Ain kata depa semua tengah lapaq. Kak Ain bagi la nasi lemak yang supposely untuk lunch. "

" Pastu kita nak buat apa?" Sarah pula mencelah perbualan tersebut.

" Kita kena p jugak la portsmouth. Kalu x kebuluran pulak depa kat sana waktu lunch nanti. " Begitulah penerangan Lin kepada sahabat-sahabatnya itu.

" Apa lagi, iphone canggih hang kan ada. Boleh usha tiket." Mun memberi cadangan kepada Lin.

" Wahai cik Mun, walaupun iphone aku ada, kita tetap xleh beli tiket online."

" Asal pulak ?" Mun mulalah dengan blurnya.

" Pasai, kalu nak beli online kena 24 hours before departure. " Sarah pula menjawab bagi pihak Lin. Dia sudah biasa dengan sikap blur Mun tu.

" Ha! baguish Sarah. Nasib baik ada hang. Kalu x, berjela-jela aku kena jawab soalan si Mun ni." Sarah sudah rasa nak ketawa dengan sikap Mun itu. Nampak ja serius tapi blur.

" Owh....Pastu kita nak beli macam mana? " Bermula la sesi soal jawab Mun dengan para sahabatnya.

" Adeh. Mun, machine kan ada. " Lin mula buat muka dengan soalan Mun itu. Kadang-kadang walaupun rasa geram tapi terhibur dengan karakter Mun.

" So, kalu machine ada, apa dia boleh buat."

" Mun!!! " Secara serentak Lin dan Sarah menjerit.

" Mesti la beli tiket kat situ. Aiya. " Lin menepuk dahinya dengan soalan Mun tadi.

" Ok-ok. Aku serah urusan ini kat hampa dua. Takut-takut aku yang bertambah blur. " Mun faham saja sahabat-sahabatnya itu boleh hilang kesabaran sekiranya pelbagai lagi soalan yang diutarakan. Jadi lebih baik dia menyerahkan urusan itu kepada Lin dan Sarah. Mereke berdua mula bangun daripada tempat duduk.

" Hang jangan p mana-mana tau. Jaga semua barang ni. Sat ja kami nak p beli." Sempat lagi Lin menasihati Mun sebelum menuju ke destinasi mereka.

" Yala-yala. Aku jaga punya. " Mun memberi jaminan kepada Lin. Jangan lupa menyebut Insya-Allah. Itu lebih baik.


*melilau -> merayau

No comments

Post a Comment