23/02/2011

Aku Berserah Kepada Mu - 3

Di dalam tube station

“ Kena tinggal lagi…” Kata tiga sahabat itu secara serentak. Kemudian mereka tersenyum antara satu sama lain.

“ Jom la kita cari tempat duduk dulu.” Usul Mun sejurus sahaja dia sedar betapa lama mereka berdiri statik di tempat itu. Masing-masing mengambil beg-beg yang berisi makanan dan mulai bergerak mencari kerusi-kerusi yang tidak berpenghuni. Sambil berjalan, Lin secara spontan mencerita semasa mereka ketinggalan bas ke Nottingham bersama-sama Kak Nurul.

“ Aku tiba-tiba teringat pulak masa kita kena tinggal bas pasal aku jalan lambat. Yang xleh blah tu bila aku punya la nangis dengan Kak Nurul. Hehehe. Tapi sekarang aku rasa lain pulak. Xda pulak aku nak meraung menangis kena tinggal train.Hahaha.” Lin tersenyum apabila mengingati detik-detik dahulu. Dia merasakan satu perbezaan dalam dirinya. Dia merasakan mungkin ini hasil daripada tarbiah yang dia lalui membuatkan dia berasa lebih kental dan sabar.

“ Nasib baik Kak Nurin dengan Kak Dayah ada. Dah la aku ngan Sarah x reti bab-bab nak pujuk orang. Alhamdulillah jumpa pak cik yang baik hati masa nak beli tiket. Dapat murah pulak tu.” Mun menambah memori yang dicetus oleh Lin. Bagi tiga sahabat ini memori tersebut begitu berharga bagi diri mereka. Buktinya sampai sekarang kenangan tersebut masih bermain main di minda mereka. Akhirnya mereka jumpa jugak kerusi-kerusi yang tidak berpenghuni.

“ Alhamdulillah, jumpa jugak tempat duduk. Kita nak buat apa sekarang ni? Kalau x pergi Portsmouth nanti membazir pulak bihun goreng yang kita masak banyak-banyak ni.” Soal Sarah dalam nada yang bimbang. Masing-masing memikirkan apa tindakan seharusnya mereka ambil sekarang.

“ Ok.Macam ni. Aku p top up handphone aku. Hampa dua pulak, cuba ym Kak Ain. Amacam?” Mun cuba memberi cadangan. Sarah dan Lin saling memandang antara satu sama lain.

“ Ok jugak tu.” Sarah menyetujui cadangan Mun itu. Tanpa membuang masa Mun terus bergerak. Sarah dan Lin pulak cuba menghubungi Kak Ain melalui medium YM. Tidak berapa lama Mun pergi meninggalkan Sarah dan Lin, tiba-tiba mereka berdua dapat merasakan satu getaran yang tidak asing lagi buat mereka berdua.

“ Eh Lin, iphone hang kot yang vibrate tu.”

“ Jap. Aku cek tengok.” Lin meraba-raba tangannya di dalam beg untuk mencapai iphonenya secepat mungkin. Namun tidak seperti kemahuan Allah, iphone Lin tidak bergetar lagi semasa tangannya berjaya menggapai iphone.

“ Alamak, Kak Ain dah banyak kali la buat missed call. Macam mana ni Sarah.” Perasaan besalah mulai mnjalar dalam diri Lin. Dia menyalahkan dirinya kerana meletakkan iphone di dalam beg yang sepatutnya langkah yang lebih bijak adalah memegang iphone tersebut sambil menunggu panggilan daripada Kak Ain. Tidak pun balasan YM. Bagi Sarah pula, dia tidak menyalahi Lin atas tindakan tersebut sebaliknya dia lebih berfikiran positif dan yakin dengan aturan Allah.

“ Kita tunggu lagi call daripada Kak Ain. Aku rasa sekejap lagi Kak Ain call la tu.” Inilah sikap Sarah. Lebih suka tenang daripada menimbulkan kekecohan.

“ Lin, hang tau x masa kita duk dalam tube tadikan ada seorang pak cik ni usha hang…”

“ Ya ka. Mesti pak cik tengok aku. Aku kan lawa.” Terang Lin dengan matanya yang bersinar-sinar.

“ Banyak la hang. Pak cik tu tengok hang bukan pasal muka hang cantik tapi mulut hang tu. Cakap x berhenti-henti. Kuat pulak tu.” Sarah mula menolak pujian Lin buat dirinya.

“Ala..Aku tau hang jeles pasal pak cik tu tengok aku ja. Hehehe.”

“ Banyak la hang.”

“ Opocot mak aku jatuh!”

“ Asal ko melatah ni Lin” Terkejut Sarah apabila melihat Lin yang tiba-tiba melatah. Dia mengurut dadanya kerana dek terkejut tadi. Nasib baik dia tidak menyambung melatah tadi. Kalau tidak haru jadinya.

“ Iphone aku vibrate. Sarah..Kak Ain call.” Lin menunjukkan skrin iphonenya kepada Sarah sebagai bukti yang Kak Ain sedang buat panggilan. Sarah hanya melihat tanpa ada apa-apa perasaan. Kejap.

“ Lin! Apa hal tunjuk kat aku pulak. Jawab la call Kak Ain tu.” Sarah menampar lembut bahu Lin untuk menyedarkan dirinya.

“ Astagfirullah.” Cepat-cepat Lin menekan punat hijau.

“Assalamualaikum Kak Ain.” Sementara Lin menjawab panggilan daripada Kak Ain, Sarah mengambil peluang ini untuk berjalan-jalan sekitar dalam waterloo station. Dia berasa bosan pulak duduk diam sambil menunggu pembicaraan Lin dan Kak Ain tamat.

“Baik aku jalan-jalan sambil mengusha sekitar kawasan ni.” Kata Sarah di dalam hatinya. 

No comments

Post a Comment