23/01/2011

Aku Berserah Kepada Mu - 2

Di Dalam Tube Station Mile End

“Mun, hang p masuk dulu dengan Lin.Aku nak top up oyster jap.”Kata Sarah kepada Mun.Sarah terus ke mesin top up oyster sementara Mun dan Lin pula terus ke tempat menunggu train.Beberapa minit kemudian barulah Sarah sertai sahabat-sahabatnya
.
“Train x datang lagi ka?”Sarah terus mengajukan soalan kepada Lin sebaik sahaja tiba di tempat menunggu train itu.

“Belum lagi.Lagi 2 minit lagi baru train sampai.”Lin berkata kepada Sarah sambil memandang jam tangannya.Mun pula pada waktu itu tengah melayan perasan sendiri atau lebih tepat sedang berkhayal.

“Lin, hang cuba tengok Mun tu.Tengah mengelamun teringat pak we dia pulak.”kata Sarah dengan nada berbisik.Secara spontan Lin mengalih pandangannya kepada Mun.

“Hang bukan x tau perangai si Mun tu.Sejak dua menjak ni, hobi dia kerja mengelamun ja.”Lin berbisik kepada Sarah tetapi matanya masih tidak lepas dari melihat perbuatan Mun.

“Erm,erm, erm. Lin.Tiba-tiba aku sakit tekak pulak.Huk, huk, huk.”Perbuatan Sarah itu menyebabkan Mun  tersedar dari khayalannya dan terus memandang dua sorang sahabatnya itu.

“Aku ingat hang duk kat planet mana dah tadi.Kami dua orang punya la terpacak lama kat sini  macam invisible pulak.Teringat pak we ka?Hehehe.”Sarah terus memprovok Mun.Namun bagi Mun, itu hanya usikan atau gurauan daripada seorang sahabat yang ingin memeriahkan suasana yang tiba-tiba rasa sunyi.Salah satu perangai Mun ialah dia seorang perahsia.Jika dia duduk diam, bukan bermakna dia berkhayal tetapi dia memikir sesuatu.Inshallah perkara yang memberi manfaat.

“Haah, aku teringat pak we aku.Dah lama dia x contact aku tau.Ni aku nak merajuk kat dia ni.”Kata Mun dengan bersahaja.Lin dan Sarah sudah ketawa terbahak-bahak.Walaubagaimanapun Lin dan Sarah masing-masing mengetahui bahawa Mun tidak memiliki buat hati kerana Mun mempunyai prinsip tersendiri iaitu agama.Sekiranya Allah melarang perkara tersebut, maka dia tidak akan melakukannya.Bagi Mun cinta Allah lebih penting.

“Alhamdulillah, train dah sampai.Jom masuk.”Arah Mun kepada dua orang sahabatnya itu yang masih tidak lekang dari tersengih.

“Mun, Lin, tu ada dua tempat duduk kosong.”Sarah berkata sambil menjuih mulutnya ke arah tempat duduk yang kosong itu.

“Xpa la.Hang dengan Lin ja p duduk.Aku malas nak duduk.”Mun berkata kepada Sarah.Mun menolak bahu  Lin dan Sarah untuk mengarah mereka pergi ke tempat duduk yang kosong itu.Sarah dan Lin mengalah saja, kerana mereka mengetahui sekiranya Mun kata bulat maka bulat lah jawapannya.Seperti biasa, Mun apabila keseorang suka melakukan aktiviti kesukaan dia.Apa lagi kalau bukan memikir sesuatu.Tapi tidak untuk kali ini.Mengapa?Hati Mun tiba-tiba berasa gelisah.Dia memikirkan sama ada mereka sempat mengerja train ke Portsmouth atau sebaliknya setelah melihat jam di tangannya.

Maka apabila hati gelisah, maka berpeluanglah  syaitan-syaitan untuk menjalankan operasi kerja mereka iaitu menyesatkan manusia.Renungkanlah ayat ini.

                (Iblis) menjawab, “Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari  jalan-Mu yang lurus, Kemudian pasti aku akan mendatangani mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka.Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur.”(7:16-17)
                Mun memandang jam tangannya yang menunjukkan tepat pukul 7.48 pagi.Sekarang ini baru di perhentian Chancery Lane.Dekat Tottenham Court Road kena kena tukar ke Nothern Line.Kemudian terus menuju ke waterloo station.Hatinya mula berbolak balik sekiranya mereka tidak sempat menaiki train..Dia merasakan ini semua kesalahan Lin yang selalu melengah-lengahkan masa dan mengambil masa menyiapkan diri.Rasa marah mula menguasai diri Mun.

“Astagfirrullahal’azim.Apa yang aku fkir ini.Jahatnya hati aku.”Berkatalah Mun kepada dirinya sendiri apabila menyedari kesalahannya sebagai seorang hamba.Dia secara tiba-tiba teringat suatu ayat Al-Quran yang berbunyi begini.

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya.Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.”(57:22)

“Mun, jom kita kena tukaq line.”Tersentak Mun apabila tiba-tiba diterjah oleh Lin.

“Ha!” Mun seperti biasa dengan perangai blurnya.Namun kakinya tetap melangkah keluar daripada train tersebut.Kali ini mereka bertiga berjalan sepantas yang mungkin untuk mendapatkan train seterusnya.

“Lin, Sarah, jom lari dah lambat ni.”gesa Mun terhadap sahabat-sahabatnya.Mereka tiada pilihan lain selain daripada berlari dengan pantas kerana mengerja masa.

“Mun! tunggu kami.”jerit Lin dan Sarah secara serentak  kerana Mun berlari terlalu jauh daripada mereka.Dengan menggunakan sepenuh tenaga mereka cuba menyaingi  Mun.
……………………………………………...........................................................................................
“Mun, cepat benar hang lari.Macam kuda.Sesak nafas aku nak kejar hang.”Sarah berkata dalam keadaan yang tersekat sekat disebabkan pernafasan yang tidak menentukan akibat daripada larian pecut tadi.Begitu juga Lin.Kelihatan seperti tercungap-cungap yang perlukan bantuan CPR.Mun hanya memandang kedua sahabatnya dengan rasa kasihan.Namun apa yang dia boleh lakukan.Mereka sedang mengerja masa.

“Sori.Aku bukan sengaja nak bagi hampa berlari .Tapi hang cuba tengok jam dah pukul berapa.Aku takut kita terlepas train.Sori sangat-sangat.”Mun cuba membantu memulihkan pernafasan  Sarah dengan mengusap belakang badan Sarah.Lin pula kelihatan sedang duduk di kerusi yang disediakan sambil mengawal pernafasan dia.Beberapa saat kemudian train tiba.Mereka meneruskan perjalanan ke Waterloo station.Pada masa ini jam sudah menunjukkan 7.55 pagi.Di dalam train, masing-masing terdiam kerana setiap hati-hati  itu sedang bertarung dengan perasaan gelisah.Masing-masing mengira detik masa, adakah mereka berjaya menaiki train ke Portsmouth.
……………………………………………………………………..........................................................    
Waterloo Station

“Ok, jom kita get ready kat pintu.Berhenti ja train terus kita pecut nak.”Sarah cuba mencadangkan usulnya kepada Mun dan Lin.

“Ok jugak tu.Make sure oyster card bawa keluar siap-siap.”Lin bersetuju dengan cadangan Sarah itu.Masing-masing mengeluarkan oyster card.Train mula bergerak perlahan-lahan dan lama kelamaan ia berhenti.Saat itu pintu terbuka maka sepantas kilat Sarah, Mun dan Lin berlari dan berlari dengan bersungguh-sungguh.Pada mulanya semuanya berjalan lancar apabila mereka sudah berjaya keluar daripada underground station.Namun tidak semua urusan seperti aliran air sungai yang mengalir tanpa hanlangan.Mereka sebenarnya berada di dalam situasi berkenaan mati dan hidup.

“Alamak, tiket ada dekat kak Ain.Macam mana ni?Platform dah tau dah.Tapi xleh masuk tanpa tiket.”Mun mula mengeluh.Hatinya runsing, tidak tahu apa tindakan yang harus diambil.Sarah dan Lin juga begitu.

“Cuba call kak Ain.”Aju Mun kepada Sarah.Sarah mengambil begnya dan cuba menyelongkar untuk mencari handphone yang tersimpan di dalam beg tersebut.Tangan Sarah cuba meraba-raba di pelbagai tempat tapi tidak dijumpai.Dia mencuba membuka zip yang lain namun hampa handphonenya tidak dijumpai.

“Mun, aku lupa bawa phone la.”Kata Sarah perlahan-lahan.Dia berasa bersalah kerana membuat keadaan semakin genting.

“Ha!Macam mana ni.Aku punya phone pulak xda credit.Lin hang guna iphone hang.Cuba hang ym Kak Ain.”Mun baru terfikir bahawa Lin mempunyai iphone yang mempunyai perkhidmatan internet.Tanpa berlengah masa, Lin cuba menghantar pesanan ringkas kepada Kak Ain melalui yahoo messenger.Seminit kemudian, kak Ain tetap tidak membalas sebarang mesej.

“Mun, macam mana ni?Kak Ain x balas mesej.?”Lin mulai berasa gelisah.Sekiranya mereka terlepas train, makanan yang mereka bawakan  ini sangat membazir.Hal ini kerana  Lin dan Sarah ditugaskan untuk memasak sarapan untuk semua orang yang pergi ke Portsmouth.Lin khuatir mereka kelaparan di dalam train.

“Mun!!!”Tiba-tiba Sarah menjerit.Lin dan Mun terus mengalih pandangan kepada Sarah.Sarah mengangkat tangannya dan menunjukkan sesuatu objek kepada Lin dan Mun.

“Oh no!”Serentak Lin dan Mun berkata.

No comments

Post a Comment