04/01/2011

Aku Berserah Kepada Mu - 1

-Bilik Mun-
“Mun, bangun.Mun, bangun la.”Sarah cuba mengerakkan Mun dari tidur dengan menyentuh kakinya.

“Erm.Awatnya Sarah.Kul berapa skarang ni.La, baru kul 4.00 pagi.Pasai pa ni.”Mun mendengus kerana diganggu tidur pagi-pagi buta itu sambil mata tertutup.Diambil bantal disebelahnya  menutup muka kerana terasa terganggu dengan silauan cahaya lampu.

“Lin x bangun.Macam mana ni.Dah lewat .Bihun x goreng lagi.Satgi kita dah nak bertolak p Portsmouth.”Sarah betul-betul rasa gelisah pada waktu itu.Dia tidak ingin terlepas train lagi.Sudah banyak kali perkara ini terjadi dahulu semasa dia, Mun dan Lin terlepas train ke Nottingham.Sarah tetap tidak berputus asa dan cuba menggerakkan sekali lagi.Dia tidak kisah sekiranya Mun memarahinya.Sarah menyentuh lagi kaki Sarah.

“Sarah, please bangun.Aku x tau nak gerakkan Si Lin tu macam mana.Dah banyak kali aku gerakkan dia.Sarah!!!”.

“Hang gerak la Lin sekali lagi.Pastu cuba tunjuk jari hang.Suruh dia kira berapa jari hang.Kalau salah, gerak lagi sampai dia sedar.”Mun benar-benar mengantok sebenarnya.Semalaman dia berchatting dengan sahabatnya di Malaysia yang tiba-tiba menghadapi masalah.Sekiranya dia diberi kudrat, dia ingin membantu sarah.

“Yala-yala.Aku cuba lagi.”Sarah dengan muka mencuka bangun dari katil dan  keluar dari bilik Mun.Segera dia mendaki tangga untuk menggerakkan Lin.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
-Bilik Sarah-

“Lin.Ooo Lin.Bangun la.Kita kena masak ni.Dah kul 4.15 pagi ni.Lin!!! bangun la.”Sarah cuba menggerakkan Lin dengan menggoyangkan badan dia.Perlahan-lahan Lin membuka mata.

“Cuba hang tengok tangan aku.Berapa jari yang aku tunjuk?”Lin sendiri telah menyatakan kepada sahabat-sahabatnya sekira ingin menggerakkan dia, tunjuk jari bagi dia kira sendiri.Mula-mula terasa lucu juga.Namun ini sajalah satu caranya untuk membangunkan Lin.Sarah masih setia menunjukkan jari sambil tersenyum.

“Erm.Empat.”Lin menjawab dengan keadaan mengantuk dan perlahan-lahan menutup mata.

“Lin!!! Mana btui.Cuba hang bukak mata luas-luas sambil baca bismillah.Banyak sungguh la syaitan-syaitan kat sekeliling hang.Lin, hang kena kuatkan diri.Cuba teka lagi.”Sarah tetap tidak berputus asa dan menunjuk tiga jarinya.Lin cuba membuka mata dengan perlahan-lahan sambil merenung jari-jari Sarah dengan begitu lama.Sarah rasa berdebar-debar.Dia memohon kepada Allah supaya dapat menyedarkan Lin.

“Tiga.”Setelah berapa saat berlalu barulah Lin menjawab.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.Ya Allah Engkau makbulkan doa aku.Hepinya aku.”Sarah berkata sambil menadah tangan.Secara spontan dia memeluk Lin.

“Uit.Apa peluk-peluk ni.”Terkejut Lin tindakan drastik Sarah sekaligus menyedarkan dia dari tidur yang lama.Sarah hanya tersengih walaupun  dimarahi oleh Lin.

“Dah-dah.Bangun cepat.Kita dah lewat ni.Tengok, betapa lamanya aku mengambil masa menggerakkan hang  tau.Cepat bangun.P toilet bersih muka dan jangan lupa gosok gigi.Bagi segar skit.”Sarah menggerakkan badan Lin dan menolaknya ke pintu bilik air.Sarah merasa sangat lega seperti satu beban sudah terlepas.Sekarang ini dia memikirkan apa bahan-bahan yang patut disediakan untuk masak bihun goreng sambil kakinya melangkah ke dapur.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Sekarang ini Sarah, Mun dan Lin sedang bersiap sedia untuk bertolak ke tube station.Mereka bertungkus-lumus membungkus makanan di dalam bekas tupperware.Waktu itu jam menunujukkan pukul 7.15pagi.Train ke Porthsmouth akan bertolak pada pukul 8.00pagi.

“Lin, aku ngan Sarah dah siap dah.Hang p la naik pakai tudung sementara kami packing makanan ni.”Mun memandang Sarah sambil tangannya sibuk membungkus makanan.Lin memandang muka Mun yang bertentang dengan dia dengan begitu lama seperti memikirkan isu berat.

“Ok la.aku p bersiap-siap.”Lin bangun dari kerusi kemudian terus ke biliknya.

“Mun,nganga mulut.”Sarah menyuakan sudu yang berisikan bihun goreng yang lebih kepada mulut Sarah.

“Tolong baca bismillah untuk aku.hehehe.”Mun berkata sambil mulutnya tersengih kepada Sarah.

“Mengada-ngada.Allah bagi nikmat  mulut untuk bercakap xnak guna.Dah Cepat bukak mulut luas-luas.Bismillahirrahmanirrahim.”Mun masih tersengih sambil membuka mulutnya.

“Terima kasih daun keladi.Sayang Sarah banyak hari ini.hehehe.”Mun masih mengayatkan Sarah.

“Dah-dah, cepat letakkan smua Tupperware dalam plastic encik Morrison tu.Kita dah lewat ni.”Walaupun cara percakapan Sarah seperti orang yang tengah marah namun tidak bagi Mun.Luar saja nampak marah tapi dalam hati ada sifat kasih seorang sahabat.

“Lin!!!cepat.Kita dah lambat ni.Nak p tube dah ambik masa dah.Nak cari platform lagi.”Membebel Si Mun apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 7.25pagi.

“I’m done.Jom kita bertolak.beg mana aku kena bawak.”Lin berjalan ke arah Mun dan Sarah yang sedang mengagihkan beg-beg yang terisi makanan yang perlu di bawa oleh setiap daripada mereka.

“Nah.Hang bawa beg ni.”Sarah menyuakan beg kepada sarah.

“Sebelum kita keluar kena buat apa?”Tiba-tiba Mun bertanya kepada Lin dan Sarah.Mereka berdua mengerutkan dahi sambil memandang sesama mereka.Mereka berfikir apa yang kena buat sebelum keluar.Bukan keluar terus selepas semua siap ka.Mun tersenyum melihat kerutan dahi sahabat-sahabatnya itu.

“Kena la mohon doa kepada Allah sebelum keluar dan bertawakal kepadanya selepas itu.X gitu.”Setelah lama menunggu akhirnya Mun memberitahu juga.

“Ooooo.”Serentak Lin  dan Sarah berkata.Mereka ingat apa la tadi.Kemudian salah seorang daripada mereka membaca doa.Berlalulah mereka ke tube station.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

*Adakah mereka sempat ke waterloo station sebabnya waktu mereka bertolak dari tube station dalam pukul 7.35pagi.Nantikan episode seterusnya.
(Dalam percubaan)



No comments

Post a Comment