08/02/2013

Betul Ke Guru Hanya Mengajar Subjek?

[Kredit: learningspy.co.uk]


Saya masih ingat lagi sewaktu di sekolah rendah mahupun menengah, saya tiada cita-cita langsung ingin menjadi seorang guru. Ini kerana bagi saya tugas sebagai seorang guru tidak mencabar. Dan hanya perlu menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid sahaja.

Semasa semester 2 di matrikulasi, mak, ayah dan kakak saya datang melawat. Mereka mencadangkan kepada saya untuk menyambung jurusan guru. Tapi pada masa itu saya tetap nekad mahu menyambung dalam jurusan perubatan. Sedaya upaya saya mencuba. Namun apabila Allah tidak membenarkan, maka saya harus akur dan percaya bahawa ada kebaikan yang Allah mahu berikan kepada saya.

3 tahun saya mengambil ijazah dan setahun saya buat praktikal mengajar di Uk juga. Pada saat inilah terbuka mata saya, bahawasanya tugas seorang guru sememangnya mencabar dan perlukan teknik-teknik. Dan pada saat ini saya berfikir apa yang harus saya lakukan dalam menyampaikan ilmu dengan lebih baik.

Ada orang berkata,

" Kalau pelajar itu tidak mendapat kefahaman, semuanya kerana izin Allah. Jika pelajar itu dapat, maka itu juga atas izin Allah."

Statement ini memang ada benarnya. Tiada siapa boleh pertikaikan kekuasaan Allah. Namun persoalannya, adakah Allah menghalang kita daripada usaha? Dengan kata lain, adakah seorang mukmin itu hanya berserah diri tanpa usaha?

Di sinilah saya harus fikirkan teknik dan kreativiti bagaimana untuk mengajar pelajar-pelajar secara efektif.  Sepanjang saya melakukan praktikal di sini, banyak perkara yang saya kagum dengan guru-guru di sini.

Pertamanya, apabila seorang pelajar tidak dapat memahami subjek tertentu, mereka tidak menyalahkan pelajar tadi. Sebaliknya, mereka merasakan diri mereka sendiri yang bermasalah. Mungkin dari segi penyampaian. Mungkin dari segi komunikasi yang salah. Di sini jelas, bahawa mereka banyak muhasabah diri untuk mencari punca kepada sesuatu permasalahan supaya dapat memberi yang lebih pada masa akan datang.

Kedua, guru di sini mengajar bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi juga cuba develop critical thinking di dalam diri setiap pelajar. Apabila saya membuat pemerhatian dalam sebuah kelas fizik, guru tidak menyampaikan teori. Sebaliknya guru tersebut menceritakan secara praktikal terlebih dahulu yang berhubungkait dengan kehidupan sebenar sebelum menceritakan teori. Contohnya tajuk "Effort, Pivot and Load". Pertama sekali yang dibuat oleh guru tersebut ialah menunjuk satu video daripada cerita friends untuk mendapatkan idea behind the topic. Kemudian guru ini bertanya,

"Can you tell me, how do you open the can?"

Daripada situ, students menceritakan teknik-teknik membuka tin sehingga dihubungkaitkan dengan topik tadi. Tambahan pula, mereka sangat mengalu alukan pendapat, pandangan dan persoalan daripada para pelajar.

Semasa saya membuat ijazah, pensyarah-pensyarah selalu bertanyakan pandangan. Apabila pensyarah saya sendiri bertanyakan kepada saya, lidah saya jadi kelu dan minda saya susah nak proses dengan cepat. Sampai satu tahap, saya memang tak reti nak bagi pandangan mahupun idea. Ada masanya saya rasa takut. Takut mahu memberi pandangan kerana dikhuatiri salah. Apa yang berlaku sebalinya. Mereka mendengar sahaja pendapat students dan memperbetulkan mana yang salah. Selalunya mereka akan menggunakan ayat-ayat sebegini,

" Pendapat awak bagus. Tapi adakah ia boleh diaplikasikan dalam konteks ini?"

Psikologinya, persoalan ini tidak menimbulkan bahawa jawapan kita salah. Malahan ia membuat kita mahu berfikir lagi dengan lebih mendalam. Approach yang digunakan oleh guru di sini adalah approach yang positif. Mereka akan cuba untuk tidak menggunakan perkataan yang negatif kepada pelajar-pelajar.

Beberapa hari yang lepas, saya dan classmates pergi ke NPL (National Physical Laboratory : http://www.npl.co.uk ) untuk belajar bagaimana mahu menjalankan experiment dengan students. Saya boleh katakan bahawa teknologi di situ sangat advance dan hanya boleh dihadiri oleh bakal-bakal guru yang akan mengajar di Uk. Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk menghadirinya cuma terhad kepada 3 sesi. Sesi yang selebihnya mereka tidak mengizinkan. Sesi terakhir yang kami hadiri, pensyarah tersebut menyampaikan software terbaru yang boleh diajar kepada para pelajar khususnya untuk subjek fizik.

Point di sini bukan saya mahu menceritakan pasal software tersebut. Tapi saya mahu menceritakan kata-kata pensyarah tersebut. Dia berkata,

" Awak sebagai guru tak boleh expect awak boleh jawab semua soalan yang ditanyakan oleh anak-anak murid. You have to learn to say,' I don't know the answer. Why not you try to search it?' Be honest to your students."

Dia mencadangkan, jika perkara ini berlaku, kita sebagai guru perlu menyediakan medium untuk student itu mencari sendiri jawapan kepada persoalan tersebut. 

Saya tahu ada level 'penghormatan' yang ditanam dalam masayarakat kita. Orang muda kena dengar cakap orang tua.

Belum ada atau dipupuk lagi,

" Mari sama-sama kita belajar."

Ini menyebabkan pelajar-pelajar di Malaysia banyak menerima daripada mencari, berfikir dan menyoal. Saya ada bertanya seorang kakak yang sedang melakukan master dan berbincang perihal ini. Dia mengatakan bahawa,

" Master di Malaysia memang senang dapat sebab pensyarah banyak tolong. Di sini akak rasa, akak yang perlu mencari dan lebih banyak berfikir. Rasa sangat perbezaan Malaysia dengan sini." [ Dialog tolak tambah dan ubah suai]

 Penulisan saya ini hanya berdasarkan daripada pengalaman di sini dan juga menemu bual beberapa orang yang saya kenali.

Apa yang saya boleh katakan, banyak kerja yang bakal menantikan saya di Malaysia nanti. Moga Allah SWT memberi kekuatan kepada saya dan juga bakal-bakal dalam mendidik pelajar-pelajar dengan cara yang benar. Bukan sekadar menyampaikan. Bukan sekadar hendak habiskan topik. Ada tugas lain, yang perlu guru-guru jalankan.

Setakat ini coretan bakal seorang guru. Nak tahu pengalaman saya di sini lagi, tunggu episod yang akan datang =)

Insya-Allah.

2 comments:

  1. cikgu hanya mengajar cara menjawab exam

    ReplyDelete
  2. Saya mohon izin untuk mengongsi dialam maya.
    Wassalaam
    Haslinda AH

    ReplyDelete