05/11/2012

Cerpen : Hijab Pemisahan

Pada awal pagi jam 5, Nawwar sudah pun bangun dan bersiap-siap bersihkan diri sebelum azan Subuh berkumandang. Ini adalah rutin yang telah menjadi sebati dalam dirinya atas dididikkan daripada ibu bapanya  yang begitu mementingkan disiplin diri. Setelah menyelesaikan kewajipan solat Subuh dan membaca beberapa helaian ayat-ayat Al-Quran, dia terus membentangkan buku Biologi di atas meja yang berada di sudut menghadap ke arah tingkap. Kedengaran bunyi ketukkan di pintu biliknya.

" Assalamualaikum anak ummi." Mendengar salam yang diberi oleh Puan Halimah, senyuman terukir di bibir Nawwar.

" Waalaikumussalam Ummi."

" Anak ummi ni dah solat Subuh." Puan Halimah mengambil kedudukan di sisi Nawwar sambil matanya menghala kepada buku Biologi yang baru saja dibuka oleh anaknya.

" Sudah ummi."

" Alhamdulillah. Nawwar dah baca Al-Quran."

" Dah juga." Bertambah berseri-seri senyuman Nawwar yang dihadiahkan kepada Puan Halimah.

" Very good. How about your target for today?"

" Ermmm..."

" Ummi tahu, kalau anak ummi dah keluar bunyi ermmm...maknanya belum buat lagi kan... Betul tak?

" Ala ummi... Bukan Nawwar sengaja tak buat. Tapi nak Nawwar nak belajar Biologi dulu before I entering my class this morning." Melihat anaknya menarik muka masam, terus Puan Halimah mengusap rambut Nawwar sambil duduk berlutut agar dia dapat melihat wajah anaknya dengan jelas.

" Sayang...Ummi tak marah pun. What you did just now was very good. Ummi hanya nak peringatkan saja. Bukankah manusia itu sifat dia pelupa. Jangan buat masam begini. Kena senyum pagi-pagi ni, baru hati lapang bila belajar."

" Hehehe... Dapat juga Nawwar pekenakan ummi pagi ni. Sebenarnya Nawwar tak merajuk pun dengan ummi. Tadi tu, Nawwar berlakon je."

" Oh! Dah pandai anak ummi ni main acah-acah dengan ummi ye. Mana hidung Nawwar yang tinggi tu. Ummi nak picit-picit." Saat Nawwar melihat gerakkan tangan kanan umminya, terus dia melarikan wajahnya ke belakang.

" Ummi... Tak nak."

" Ummi tak kira. Ini sebagai denda kepada Nawwar." Pada ketika itu muncul pula Encik Zakaria. Sebelum ini dia berada di mini perpustakaan untuk membaca buku yang diminati olehnya. Oleh kerana kedengaran gelak ketawa dari bilik anaknya, hatinya tertarik mahu melihat apa yang sedang berlaku.

" Wah! Happy nampak ummi dengan Nawwar pada pagi ini." Puan Halimah memberhentikan perlakuannya terhadap Nawwar tatkala mendengar suara suaminya.

" Abi! Tolong Nawwar." Nawwar berlari mendapatkan Encik Zakaria dan bersembunyi dibelakang. Puan Halimah sudah bercekak pinggang apabila anaknya memberi senyuman kemenangan.

" Kenapa ni Nawwar... sayang..."

" Anak abi ni dah pandai acting tau tak. Dia pekenakan ummi tadi." Puan Halimah cuba menghampiri Nawwar. Namun cepat juga anaknya itu mengelak daripadanya. Encik Zakaria menahan isterinya daripada terus mengusik anak gadisnya itu.

" Sayang... Sudah-sudah la tu. Lagipun nanti Nawwar lewat pula ke sekolah. Kemudian tak sempat sarapan...."

" Kemudian rasa tak best nak belajar." Puan Halimah menjengil matanya kepada Nawwar kerana sudah pandai memotong kata-kata suaminya

" Okay-okay. My lovely daughter and wife, jom kita bersarapan." Encik Zakaria memeluk bahu isterinya di sebelah kanannya dan memegang tangan anaknya di sebelah kiri. Walaupun di mata orang, senario ini seperti pergaduhan tetapi tidak kepada keluarga ini. Bagi mereka, ini semua sebagai senda gurauan antara satu sama lain untuk mengerat tali persaudaraan antara seorang ibu, bapa dan anak.

...........................................................................

Lewat tengah hari itu, Cikgu Sumayyah belum ada tanda-tanda untuk munculkan diri. Kesempatan masa tersebut diambil oleh pelejar-pelajar 5 Adil. Ada sekumpulan yang bernyanyi. Ada sekumpulan yang berkongsi cerita masing-masing. Namun tidak kepada Nawwar.

" Nawwar... Jom la kita lepak dulu. At least otak kau boleh berehat." Zulaikha cuba memujuk rakannya itu yang suka menyibukkan diri dengan kerja. Kekadang susah mahu berbual dengan Nawwar.

" Takpalah. Kau pergi la lepak dengan diorang. Aku nak buat kerja ni." Nawwar mendengar dengusan Zulaikha. Tetapi dia tidak peduli dengan perasaan rakannya itu. Sekarang ini dia ingin fokus pada kerjanya.

" Kau tak rasa tak ada life ke bila kau asyik bekerja je?"

" Nope. " Makin kehairanan Zulaikha dengan jawapan diberikan oleh Nawwar.

" Jadi kau happy dengan apa yang kau lakukan sekarang ni?"

" Haah." Nawwar memberikan senyuman yang paling manis kepada Zulaikha agar dia yakin dengan jawapan tersebut.

" Kau tak rasa masa remaja kau ni waste ke?" Zulaikha masih berasa tidak puas hati lagi. Kalau boleh dia ingin membaca isi hati Nawwar sedalam dalamnya.

" Tak. Kenapa kau tanya macam tu?"

" Bukan apa... Bagi aku, remaja seperti kita sepatutnya enjoy sebelum masuk fasa dunia dewasa di mana kita tak boleh nak buat seperti ini lagi. Nanti bila dah besar kita kena kerja, kahwin, ada anak, nak jaga suami lagilah. Semuanya perlu kepada serius."

" Aku tak deny dengan pandangan kau tu. Tapi hidup aku ada mission yang perlu kepada serius. "

" Bila masa pula untuk kau berseronok? Come on, hidup kita di dunia ni sekali je."

" Kerana aku tahu kita hidup di dunia ini sekejap sajalah yang menyebabkan aku nak strive perkara-perkara yang aku hajatkan. Ika... Masa berseronok aku ada sebenarnya. Bukan tiada. Cuma waktu ni kan kita di sekolah, dan waktu ini, kita perlu belajar."

" Kekadang karakter dan prinsip kau buat aku respek dan kagum dengan kau. Apa rahsia kau ek?" Nawwar tersenyum dengan soalan yang diutarakan oleh sahabatnya itu. Nawwar memandang muka Zulaikha sebelum menjawab persoalan tersebut.

" My parents. Ummi dan Abi."

..........................................................................................

Kipas berpusing-pusing. Namun suasana di ruang tamu sungguh terdiam. Tiada bunyi manusia bersuara mahupun derapan kaki.

" Assalamualaikum... Ummi...Abi..."  Nawwar meletakkan kasutnya dirak kasut yang disediakan. Langkah kaki kanannya pada ruang tamu, membuat dirinya mencari ummi dan abi.

" Eh! Mana pergi ummi dengan abi ni. Ah! baring dulu la kejap." Rasa letihnya dilepaskan dengan membaringkan anggotanya pada sofa. Tidak lama kemudian matanya terlelap. Namun semua itu hanya sementara apabila Nawwar mendengar derapan kaki yang semakin menghampiri dirinya.

" Dah balik anak ummi." Mata Nawwar terbuka apabila mendengar suara umminya.

" Haah ummi." Nawwar tetap dengan posisi berbaring."

" Penat sangat ke?" Puan Halimah mengangkat kepala Nawwar dan diletakkan di atas ribanya. Nawwar terus mendakap Puan Halimah.

" Penat sangat ummi. Tapi Alhamdulillah HO dah habis."

" Alhamdulillah. I'm so proud of you. Nawwar dah solat asar ke?"

" Belum lagi ummi. Penat..."

" Mari. Ummi peluk Nawwar dengan penuh kasih sayang dan moga Allah salurkan kekuatan kepada Nawwar." Puan Halimah memeluk anaknya begitu kejap sekali. Beberapa saat kemudian, baharulah dilepaskan.

" Dah ada tenaga?" Puan Halimah cuba bergurau dengan Nawwar dengan menunjukkan otot-otot tangannya.

" Ummi ni, sempat lagi buat lawak."

" Kalau dah ketawa tu maknanya dah ada tenaga kan?"

" Okaylah. Nawwar masuk bilik dulu." Puan Halimah melepas Nawwar pergi ke bilik. Namun secara tiba-tiba Nawwar berkalih semula kepada dia.

" Kenapa Nawwar?"

" Abi mana ummi?"

" Di tempat biasa." Melihat kenakalan di wajah anaknya, cepat-cepat Puan Halimah bersuara.

" No no no... Nak kacau abi kejap lagi. Sekarang ni, pergi solat dulu.Selesai tuntutan Allah dulu. Dah selesai solat, Ummi don't mind kalau nak kacau abi."

" Okay..." Kedengaran lemah suara Nawwar. Walaubagaimanapun dia tetap mendengar kata-kata umminya. Dia tahu, ummi berkata sedemikian untuk kebaikkannya juga.

..........................................................................................

Selepas solat Maghrib secara berjemaah, Nawwar, Puan Halimah dan Encik Zakaria berada di ruang meja makan. Mereka sememangnya selalu mempraktikkan makan bersama-sama. Encik Zakaria dan Puan Halimah selalu keluar ke kerja. Begitu juga dengan Nawwar sejak akhir-akhir ini. Jadi pada masa inilah digunakan oleh anak beranak untuk berborak dan mengetahui perkembangan semasa.

" Tahniah anak abi dah berjaya menghabiskan HO. Macam perasaan sekarang ni?"

" Relief."

" Itu je?"

" Well... sebenarnya banyak kenangan yang Nawwar dapat sepanjang HO."

" Cerita la sikit. Teringin nak rasa feel pengalaman yang Nawwar dapat tu."

" Yang ni kenangan paling Nawwar ingat. Ada satu pesakit ni, perempuan dan Nawwar selalu panggil dia Mak Cik Zaitun. Setiap hari Mak Cik Zaitun pasti akan termenung ke luar tingkap. Nawwar teringin juga nak tahu pasal Mak Cik Zaitun. Kenapa dia asyik termenung? Muka dia pun Nawwar rasa seperti dia dalam kesedihan. Lama kelamaan Nawwar approach Mak Cik Zaitun dan korek sedikit demi sedikit pasal background dia. Yang paling Nawwar sedih, bila dapat tahu, anak-anak dia tinggal Mak Cik Zaitun bila diorang dah kaya. Sekarang ni, jiran Mak Cik yang ambil alih jaga dia."

" Sampai sekarang pun anak-anak Mak Cik Zaitun tak datang melawat?" Puan Halimah cuba meminta kepastian.

" Haah. Sampai sekarang. Ada juga anak-anak sebegini kan abi. Bila dah ada harta banyak, ibu yang didik dan jaga diorang ditinggalkan." Puan Halimah dan Encik Zakaria berasa begitu resah mendengar cerita itu. Namun reaksi muka mereka berdua tidak ditunjukkan secara jelas kepada Nawwar.

" Oh! ya abi. Sebelum Nawwar terlupa. Minggu depan, kawan sekolah menengah lama Nawwar ada buat reunion. Abi izikan tak Nawwar pergi?"

" Seorang je ka Nawwar pergi ni?"

" Tak la. Nawwar ajak Zulaikha. Boleh tak abi?"

" Boleh. Lebih manis boleh balik awal."

" Insya-Allah abi. Terima kasih abi." Encik Zakaria hanya mengangguk kepalanya.

" Dah-dah. Jom kita makan. Lauk dengan nasi dah sejuk ni." Puan Halimah cuba mengambil alih perbualan agar tidak terjerumus lagi kepada cerita anaknya tadi.

............................................................................................

Pada malam itu, Puan Halimah gagal melelapkan matanya. Dia asih teringat akan cerita Nawwar semasa di meja makan sebentar tadi. Pergerakkan Puan Halimah, menyebabkan Encik Zakaria tersedar daripada tidur.

" Kenapa sayang?" Encik Zakaria bangun daripada pembaringan dan bersandar di kepala katil.

" Tak dapat tidur."

" Fikirkan apa ni?

" Imah terfikirkan cerita anak kita tadi."

" Cuba cerita terus terang dengan abang. Apa yang merisaukan sangat pasal cerita tu?"

" Pasal Mak Cik Zaitun ditinggalkan anak-anaknya kerana harta. Imah takut benda ni berlaku kepada Nawwar."

" Sayang... Nawwarkan anak yang baik dan solehah. Insya-Allah dia takkan buat begitu pada kita."

" Bukan itu yang Imah risaukan."

" Jadi apa yang sayang risaukan sebenarnya?" Puan Halimah memegang kejap tangan suaminya dengan sambil memandang.

" Dari Nawwar kecil sampai besar, kita berdua cuba untuk berikan didikan yang terbaik. Bukan didikan kepada pelajaran. Tetapi didikan untuk menjadi hamba Allah. Sejak akhir-akhir ni, Nawwar banyak kena tipu daya."

" Apa maksud Imah dengan tipu daya?"

" Hati dia dah penuh dengan kecintaan dunia. Apa yang dimahukannya dan apa yang ditargetnya, bukan lagi untuk pada masa akhiratnya. Tetapi lebih kepada dunia." Jawapan daripada isterinya mebuat dirinya terdiam. Nafas diambil secara perlahan-lahan. Mata ditutup seperti mahu menahan perasaan.

" Dahulu kita berjanji, ingin membawa keluarga kita bahagia. Bukan setakat dunia tetapi akhirat. Salah kita ke abang dengan cara didikan kita ini?" Puan Halimah bersuara lagi.

" Sayang... Mungkin sebahagiannya salah kita. Dan mungkin juga ini adalah ujian daripada Allah kepada anak kita. Dia mahu melihat sejauh mana anak kita benar-benar ikhlas dengan hidup ini. Imah jangan lupa, setiap jiwa itu pasti akan diuji oleh Allah termasuk anak kita."

" Tapi Imah tak sanggup..."

" Imah. Dengar sini. Selagi masih ada ruang waktu, kita berdoa kepada Allah. Mohon pertolongan daripada Dia. Dia pemegang hati manusia. Dan kita juga boleh tegur Nawwar." Encik Zakaria mengusap rambut isterinya dengan penuh kasih sayang dan harapan. Kadang-kala, sekalipun manusia berada dalam suasana yang baik, masih belum dijamin syurga. Kerana pasti Allah akan menguji hamba-hamba-Nya.

.................................................................................

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Nawwar telah pun tiba iaitu reunion sekolah menengah lamanya. Dia telah berjanji dengan Zulaikha untuk mengambil di rumahnya. Padan jam 7.45 malam, dia telah tiba dihadapan rumah Zulaikha.

" Assalamualaikum..." Nawwar memberi salam kepada Zulaikha yang baru melabuhkan dirinya atas kerusi kereta.

" Waalaikumussalam. Nawwar! Betul ke kau ni."

" Ya la. Mesti la aku Nawwar. Takkan stranger pula."

" Makin cantik dan bergaya ek kau sekarang ni." Zulaikha masih terpegun melihat penampilan sahabat lamanya itu. Dahulu Nawwar begitu selekeh pada pandangan rakan-rakan sekelas mereka. Tidak pandai bergaya. Sekarang ini, Nawwar kelihatan cantik tambah-tambah dia pandai memadankan warna pakaian dengan tudung dan beg tangan.

" Aku tak makan pujian kau tu. Kau pun banyak berubah sekarang."

" Mesti kita semua berubah kan. Masa berjalan. Kalau tidak kita masih berada dalam kelas 5 Adil."

" Pandai kau buat lawak pula. Dah. Jom kita bertolak sekarang. Pakai tali pinggang." Zulaikha menarik tali pinggang dan Nawwar pula memulakan perjalanannya dengan bismillah.

...............................................................................

" Eh! Ika. Datang pun kau. Siapa sebelah kau tu." Nawwar hanya berdiam diri. Dia hanya menyerahkan tugasan menjawab kepada Zulaikha.

" Ini Nawwar la korang..."

" Nawwar!" Maisarah tertinggi suaranya kerana tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ini.

" Ia.. Ini Nawwar yang kuat belajar dan ulat buku tu." Zulaikha cuba meyakinkan Maisarah.

" Speechless."

" Kau apa khabar Maisarah?" Nawwar cuba memecahkan kekokkan Maisarah.

" Aku baik-baik. Eh! Korang pergi la ambil tempat. Kejap lagi event dah nak mula."

" Kau pula?"

" Jangan risau pasal aku Ika. Aku tengah tunggu Ana ni."

" Okay. Kami pergi dulu. Jom Nawwar." Zulaikha menarik tangan Nawwar. Mata Nawwar memandang sekeliling dewan tersebut sehingga matanya perasan ada seseorang tengah memandangnya. Dia tidak bersuara sehingga dia dan Zulaikha mengambil tempat duduk.

" Ika.. kau perasan tak sebelah kanan aku ni, ada seseorang tengah pandang ke arah kita?" Zulaikha cuba mencari orang tersebut berdasarkan tunjuk arah daripada Nawwar.

" Owh... Itu Nizam atau kita selalu panggil dia Am. kenapa Nawwar?"

" Aku tak selesa. Dia asyik pandang ke sini je."

" Eh! Nawwar. Am datang ke arah kita la."

" Hai. Ika kan?" Zulaikha mengangguk kepala sebelum bersuara.

" Haah."

" Yang ni pula...?" Tangan kanan Nizam sudah menunjuk kepada Nawwar. Namun Nawwar tetap berdiam diri. Melihat Nawwar tidak mahu bersuara, terpaksalah Zulaikha menjawab bagi pihaknya."

" Ini Nawwar."

" Nawwar yang serius dan ulat buku tu?" Nawwar hanya menghadiahkan secebis senyuman tanpa jawapan.

" Dah berubah." Nawwar tidak mempedulikan kata-kata Nizam. Dia tidak selesa dengan perlakuan mata Nizam yang begitu galak memandangnya. Dia berharap sangat agar majlis ini dimulakan secepat mungkin.

" Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing kerana sebentar saja lagi majlis reunion akan dimulakan." Satu nafas lega dihembuskan oleh Nawwar tanpa dia sedari.

" Aku balik tempat aku." Zulaikha dan Nawwar menghantar pemergian Nizam dengan mata mereka. Tidak lama kemudian telefon bimbit Nawwar berdering. Cepat-cepat Nawwar mencapainya agar tidak mengganggu majlis tersebut. Punat hijau ditekankan tanpa melihat pemanggilnya.

" Assalamualaikum..."

" Waalaikumussalam. Nawwar, pulang sekarang."

" Kenapa abi?" Pada mulanya reaksi Nawwar seperti biasa. Kemudiannya bertukar resah. Zulaikha sabar menunggu panggilan itu ditamatkan.

" Apa? Baik-baik. Nawwar pulang sekarang." Punat merah ditekan. Cepat-cepat Nawwar mengambil beg tangan dan berdiri untuk keluar daripada dewan. Sebelum memulakan langkahnya, Zulaikha sempat menarik tangan Nawwar.

" Kenapa Nawwar?" Nawwar terdiam. Apa yang dia rasakan sekarang ialah pulang ke rumah.

...................................................................................

 " Macam mana semua ini boleh berlaku abi?" Nawwar masih tidak dapat menerima hakikat yang telah berlaku kepada dirinya.

" Sabar Nawwar." Encik Zakaria cuba memujuk anaknya.

" Tapi semua itu benda berharga bagi Nawwar. Nawwar bersusah payah bekerja selama ini. Tapi semua yang Nawwar milikki dah tak ada. Abi dengan ummi berada di mana masa tu? Kalau abi dan ummi tak keluar mesti semua ini tak terjadi. Mesti...

" Nawwar! Cukup. Kenapa Nawwar nak salahkan takdir. Nawwar lupa ke siapa Nawwar sebenarnya?" Bagi Encik Zakaria, perkara ini tidak boleh dilepas tangan sekiranya ia berkaitan akidah. Dia tidak mahu hilang kepercayaan kepada Allah.

" Nawwar letih ummi." Akhirnya Nawwar menangis. Tangisan yang ditahannya sejak tadi lagi. Segera Puan Halimah mendakap erat anaknya.

" Nawwar berpenat lelah bekerja untuk milikki barang-barang yang Nawwar idamkan. Tapi semuanya dah kena dirompak. Sia-sia usaha Nawwar ummi." Puan Halimah memandang suaminya dengan harapan berbuat sesuatu untuk melegakan hati anaknya. Encik Zakaria menghampiri Nawwar.

" Nawwar... Pandang abi." Perlahan-lahan Nawwar memandang wajah abinya.

" Hidup kita ini kalau untuk harta kita aka kecewa nak. Kalau untuk orang kita sayang juga kita akan kecewa. Kerana semua yang kita milikki sekarang adalah hak milik mutlak Allah. Dia boleh ambil dan beri bila-bila masa Dia mahu. Harta, anak-anak, isteri, semua itu adalah ujian buat kita. Allah mahu melihat sama ada kita gunakan untuk kepentingan nafsu kita atau Allah. Sekiranya untuk nafsu, kekecewaan inilah yang Nawwar akan hadapi."

" Tapi Nawwar penat abi."

" Lebih baik Nawwar penat di dunia. Kalau setelah Nawwar mati, Nawwar akan penat selama-lamanya atas perbuatan Nawwar sendiri. Tapi di sini, Nawwar masih sempat untuk merawat kepenatan tu."

" Adakah Nawwar sudah berjalan jauh terpesong abi?"

" Tak Nawwar. Masih ada cahaya pada perjalanan Nawwar. Cumanya Nawwar perlu yakin kepada Allah. Semua kejadian ini berlaku ada hikmah. Mungkin pada diri Nawwar. Allah mahu memberi kesedaran pada Nawwar. Untuk perompak pula, kita serahkan kepada pihak polis dan Allah. This is not the end of the world Nawwar. Just have a faith in Allah."

" Salahkah Nawwar mengumpulkan harta abi?"

" Tak salah. Sedangkan para sahabat Nabi dahulu juga mempunyai harta. Cuma yang membezakan ialah bagaimana penggunaan harta tersebut. Ingat lagi, Abdul Rahman bin Auf. Orang terkaya di antara khalifah yang lain termasuk Nabi Muhammad sendiri. Tetapi, dia gunakan harta tersebut bukan untuk diri dia, malahan untuk penggunaan untuk di jalan Allah. Pernah Nawwar terfikir akan tindakan Nawwar, sama ada Nawwar buat semua ini atas kepentingan diri atau untuk Allah semata-mata." Nawwar tidak mampu untuk menjawab persoalan tersebut.

" wa innahu lihubbilkhoiri lasyadid. Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan. Allah tegur manusia jangan meletakkan dunia dalam hati kita. Sebaliknya letakkan akhirat sebagai tujuan kita agar kita menjadi orang-orang yang berjaya."

" I'm sorry abi." Nawwar terus mendakap Encik Zakaria.

" It's okey Nawwar. It's never to late to change." Melihat anak beranak sedang berpelukkan menyebabkan titisan air mata menitis pada wajah Puan Halimah. Dia berdoa agar duri-duri di dunia ini mampu mereka sekeluarga tempuhi agar kelak mereka orang berjaya di akhirat. Akhirat destinasi yang pasti lagi abadi.

1 comment:

  1. Nice story...bahagia betul keluarga ni...semoga semua keluarga seperti ini..

    ReplyDelete