12/10/2012

Berdating Sebelum Berkahwin

Kredit

Baru-baru ini ana baru menyambut hari graduasi bersama-sama sahabat dan juga keluarga ana. Dalam kelompok sahabat ana, ada seorang non-muslim yang tidak mempunyai kepercayaan. Tetapi kami tetap membina silaturrahim. Buukan menjadi satu alasan untuk kita sebagai muslim tidak berkawan dengan orang yang agamanya berbeza daripada kita mahupun yang tiada agama.

" Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal...." [Al-Hujurat:13]

Kawan ana ini bertanya kepada seorang kakak yang baru saja mendirikan rumah tangga.

" Do you love him before you're getting marry?

Kalau ana ditempat kakak tersebut, sangat susah bagi ana untuk menjawab pertanyaan ini kerana kawan ana ini tidak mempunyai kepercayaan. Kakak tersebut hanya mampu mengatakan ya. Hanya sekadar suka tetapi belum mencintai. Kemudian muncul pula soalan,

" How did you know your husband?" [Telan air sekali lagi bagi pihak kakak tersebut]

Kekadang manusia tertanya-tanya, bagaimana seorang perempuan boleh berkahwin dengan lelaki yang dia baru kenal dalam sebulan dan terus berkahwin tanpa membina perasaan cinta. Contoh paling dekat ialah orang tua kita yang telah berkahwin malahan perkahwinan tersebut disusun atur oleh kedua belah pihak keluarga.

Ada juga manusia yang tidak boleh menerima jika seseorang daripada sahabatnya berkahwin tanpa cinta. Dia merasakan perlukan cinta sebelum mahu mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya. Atau perkataan yang lebih tepat sekali ialah berdating untuk mengenal antara satu sama lain.

Ini adalah soal kepercayan. Kepercayaan kita kepada Allah SWT. Cinta itu ialah suatu perasaan. Perasaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Allah yang menyuburkan cinta tersebut kepada siapa kehendaki. Begitu juga dengan rezeki, kekayaan, anak, dan bermacam-macam lagi. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Kita berdoa bersungguh-sungguh kepada-Nya dan minta kepada-Nya.

Dalam Islam, Allah sebenarnya memberi ruang untuk mengenal lelaki yang melamar kita. Islam tidak melarang untuk mengenal bakal pasangan kita. Malahan dialu-alukan. Dengan syarat, sesi tersebut diadakan bersama-sama dengan keluarga ataupun dengan pihak ketiga yang boleh dipercayai.

Kenapa dilakukan sedemikian?

Kerana mahu menjaga cinta yang suci itu agar tidak dikotori dengan nafsu mahupun maksiat sebelum berlangsungnya perkahwinan. Kalau ditakdirkan kita mati sebelum kahwin,berdating berdua-duan sebelum menuju perkahwinan, apakah pengakhiran ini yang kita mahukan?

 Cantikkan Islam itu. Peraturan yang dibentang oleh Allah bukannya mahu membebankan kita. Sebaliknya mahu menjaga kita. Itulah kasih sayang Allah SWT kepada makhluknya. Selain berjumpa dan berbincang bersama-sama dengan keluarga jangan lupa untuk pinta pertolongan daripada Allah SWT.

Perkahwinan itu sendiri, bukan semata-mata mengenai cintai. Ada perkara besar yang seharuskan kita lebih menitikberat dalam pembinaan rumahtangga. Iaitu tanggugjawab. Tanggungjawab membawa keluarga kepada redha Allah dan syurga yang diimpikan.

" Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." [A-Rum:21]

Don't worry ladies. 


-Entri  ini hanyalah refleksi ana. Pembaca boleh share pendapat, pandangan mahupun kritikkan. Dialu-alukan.

No comments

Post a Comment