07/05/2012

Saya dan Dia Hanyalah Manusia

[Kredit]


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang terus meneruskan mentadbir sekalian alam dengan penuh kerahsiaan.

Beberapa hari yang lalu, ada seorang sahabat ana terjah ana si skype. Ana tahu, kalau dia memulakan perbualan dalam skype, I know there is something she wants to share with me. Tapi masa tu dia tanya ana pukul berapa di Uk. Dengan penuh kejujuran ana jawab..... [ sebenarnya tak ingat dah jam berapa pada masa tu. Hehehe ]

Sahabat ana kata,

" Takpalah NA. Tumpukan pada exam lebih penting. Tak nak kacau NA tengah study."

Ana pun okey je. Kemudian pada pukul 3.30 pagi Uk, sahabat ana muncul di skype semula. Dia kata dia mahu tanya pandangan dan pendapat ana. Dia meluahkan segala masalah yang sedang dia hadapi kepada ana.

Manusia ada pada waktunya memerlukan seseorang di sampingnya setelah masalah yang dihadapinya tidak menemui jalan penyelesaiaan. Tidak terkecuali ana. Ana apabila menghadapi masalah, ana jenis suka mengambil langkah berdiam diri dan terus mencari jalan penyelesaian.

Apabila sudah menjumpai jalan keluar, ana tidak terus bertindak. Sebaliknya, ana akan pergi mencari orang-orang yang tsiqah (orang yang boleh kita percayai) dengan ana. Dalam banyak-banyak sahabat ana, bukan semua orang yang ana akan kongsikan masalah ana.

Bukan semua manusia mampu menjadi penyimpan rahsia. Bukan semua manusia hebat berdebat di medan perdebatan. Bukan semua manusia mampu melukis. Setiap manusia pasti ada kelemahan dan kehebatannya yang diberikan oleh Allah SWT.

Ana meluahkan apa masalah ana kepada 'seseorang' dan bertanya pendapatnya, apakah tindakan ana ini boleh membawa kebaikan kepada ana? Ana suka berbincang kerana ana boleh melihat sudut pandangan orang lain.

Berbalik kepada kisar sahabat ana tadi, dia cuba meminta buah fikiran ana. Ana cuba memberi beberapa alternatif kepada dia. Sampai satu tahap, alternatif yang ana berikan tidak mampu menolong sahabat ana. Sahabat ana kata,

" NA, takpalah. Nanti F cuba fikirkan."

Pada masa itu, ana tidak berputus asa. Ana cuba sekali lagi menolong sahabat ana sehingga ana rasa mahu menangis. Menangis kerana tidak mampu membantu sahabat ana. Menangis kerana tidak mampu berada di sisi dia di saat dia memerlukan pertolongan ana. Dalam hati ana menangis.

" Ya Allah, aku tidak mampu membantu dia. Aku tidak mampu."

Ana mula sedar bahawa Allah sedang mengajarkan sesuatu kepada ana dan juga kepada sahabat ana.

" NA, kamu hanyalah manusia biasa. Sedangkan Aku adalah Tuhanmu yang berkuasa pada setiap penjuru dunia dan alam ghaib. Sebanyak manapun kamu cuba untuk menyelesaikan masalah sahabat kamu, kamu tidak akan mampu menyelesaikannya selagi Aku tidak membenarkannya."

Dan ana sedar, bahawasanya, jika kita bergantung kepada manusia, nescaya kita akan kecewa even  kepada sahabat karib kita sendiri. Sebab itu, ada saja post-post di facebook mengenai luahan seorang sahabat mengenai sahabatnya yang tidak menolongnya di saat dia sedang mengalami masalah. Padahal selama ini dia banyak membantu sahabatnya itu.

Di sini, ana mahu kita semua ubah semula niat kita.

Apakah selama ini kita menolong sahabat kita semata-mata suatu hari nanti dia akan membalas kebaikan kita apabila kita berada di dalam kesusahan?

Apakah selama kita berkawan dengan sahabat kita, kerana dia menceriakan hidup kita?

Jika ini adalah sebabnya, maka bersiap sedialah menghadapi kekecewaan. Orang-orang yang beriman apabila bersahabat mahupun menolong sahabatnya, semuanya adalah semata-mata kerana Allah. Kerana orang beriman tahu yang Allah mencintai mereka yang berkasih sayang sesama sahabat tanpa mengharapkan balasan sesama mereka sebaliknya mengharapkan balasan daripada Allah SWT.

Bersahabat juga mengajar kita erti bertawakkal.

Erk???

Contohnya, ana ada masalah, dan perlu diselesaikan secepat mungkin. Dalam kepala ana ada seorang sahaja yang ana yakin dia mampu untuk menolong ana. Apabila ana suarakan masalah ana dan minta pertolongannya, dia refuse untuk menolong ana.

Dan ana pula mula rasa sedih akan penolakkannya kerana selama ini, dia adalah orang yang selalu membantu ana dan selalu berada di sisi ana. Tiba-tiba hari ini dia tidak boleh menolong ana. Ana mula berasa down dan fikir bukan-bukan mengenai dia.

Kekadang manusia lupa, apabila sahabat mampu menceriakan hidupnya, mampu menolong dia, mampu berada di sisinya, semuanya berlaku atas keizin-Nya. Jika Allah mampu menyalurkan ketakutan dalam diri manusia tidak mustahil Dia mampu memberi kekuatan kepada sahabat kita untuk menolong kita atas keizin-Nya.

Ubah kembali niat kita dan bertawakallah kepada Allah pada setiap penjuru kehidupan kita nescaya kebahagiaan akan menemui dalam diri kita.

P/s Kemalasan sedang menjalar di dalam diri pada saat peperiksaan semakin mendekati. Not good not good. Melawan kemalasan lebih baik daripada membiarkan ia merebak. Doakan untuk ana dan sahabat-sahabat ana yang lain yang bakal menempuh hari peperiksaan. =)


1 comment:

  1. Salam,

    Salam perkenalan. Entri kali nie btol2 terkena pada batang hidung saya sendiri. Kadang2 saya selalu berfikiran -ve bila saat saya memerlukan kawan saya, dia takde, & saya terpaksa buat sendiri. Kadang2 hati cakap, takpe, Allah sentiasa ada dekat dengan kita, tapi kadang2 tu, bila terpengaruh dengan hasutan syaitan, kita terus ubah "mood", marah dalam diam pada sahabat kita sebab taknak tolong kita.

    InsyaALLAH, saya cuba utk didik diri utk buat apa2 kerja seikhlas mungkin. Saya rasa keypoint utk kita tak mintak balasan bila kita beri pertolongan ialah bila kita 100% ikhlas lakukan kerja tu & kita buat kerana Allah.

    Wallahualam

    ReplyDelete