05/05/2012

Pssssttt...Dena Bahrin Dah Nikah!

[Kredit]


Assalamualaikum...

Allah, I love you...

Ukhti NA nak buat gosip apa pulak ni....? =)

Semalam ada usha-usha status sahabat-sahabat di Facebook. Tengah belek-belek, nampak satu status yang begitu sweet lagi membahagiakan jiwa. Status yang di sertakan bersama dengan link blog. Ana buka blog tersebut, bila baca rupa-rupanya mengenai Dena Bahrin yang baru beberapa hari diijabkabulkan.

Mula-mula terfikir juga. Siapa Dena Bahrin ni sampai tersiar di facebook. Bila ana scroll down tengok gambar-gambar beliau, baru ana ingat mengenai video " I've Been Proposed" yang mendapat sambutan hangat daripada  kalangan masyarakat kita.


Muka muram.


[ DS ]: Asal muka kau masam ni NA?


[ NA ] : Dena Bahrin dah nikah.


[ DS ] : La...Asal pula kau nak sedih kalau dia nikah sekalipun. Pelik betul la kau ni.


[ NA ] : Mana aku tak sedih. Aku rasa sedikit jeles dengan Dena. Umur 20 tahun...dah..jadi isteri orang...dah ada suami. Aku yang tua beberapa tahun daripada Dena..tak kahwin-kahwin. Aku nak rasa kahwin macam dia juga.


[ DS ] : Ni ke kesnya...Alahai NA.Kau nak kahwin, pasal orang lain yang lagi muda dari kau dah kahwin...


NA terdiam.


[ DS ] : Kahwin tu ialah satu sunnah sekaligus ibadah kita kepada Allah. Kalau niat tak betul, maka hilang perkataan ibadah. Dunia kau nak, dunia kau dapat. Fikir-fikirkan NA. Dunia ini sementara, akhirat selamanya.


-Tamat-


Sebelum ana meneruskan penulisan, izinkan ana untuk memberitahu bahawasanya perbualan di atas hanyalah rekaan semata-mata daripada Ukhti NA, dan tiada kaitan yang hidup mahupun yang mati. Sekian =)

Selalunya perkara ini terjadi kepada perempuan. Ana tidak mahu bagi spesifik umur. Ana sendiri menyerah diri, bahawa ana juga pernah mengalami perasaan ini [kantoi sudah. Blushing.]

Semuanya berlaku apabila ana belajar di Uk. Menjadi pelajar tahun pertama, seperti orang yang tidak tahu apa-apa dan innocent habis. Pengalaman pula masih zero. Baru nak memulakan langkah mengembara di negara orang.

Apabila ana pergi dari satu tempat ke satu tempat, memang ana selalu dengar ura-ura ada yang telah berkahwin waktu belajar dan ada yang on the way nak kahwin dan buat akad nikah di Uk. Bertambah-tambah pula mendapat provokasi daripada facebook mengenai ' kahwin awal' dan sehingga kini masih ada.

Bila perkara ini berlaku, ana banyak pergi bersosial. Ops..jangan fikir pelik-pelik pula.Huhuhu... Bersosial yang ana maksudkan ialah, ana suka pergi mencari mak-mak, kakak-kakak yang sudah berkahwin mahupun belum berkahwin untuk membincangkan mengenai "perkahwinan".

It's really an interesting topic.

"Gatai (gatal) sungguh la NA ni. Muda-muda lagi dah pikiaq (fikir) nak kahwin. Orang p (pergi) belajaq (belajar), dia p (pergi) sibuk-sibuk nak kahwin."

Hehehe...

Bagi ana, ini bukan mengenai isu gatal. Tetapi bila anda berbincang dan bersosial dengan orang lain, it will develop the way you think. Like your perspective on marriage.

Generally, kita tahu perkahwinan itu memerlukan kepada sikap bertanggungjawab, perlu sabar dalam menguruskan rumahtangga dan bakal anak-anak. Itu semua kita tahu.

But have you ever ask yourself, why do you want to get married?

Perkahwinan itu, bukanlah, aku dah ada duit, dah ada rumah, dah ada kereta, dah ada kerja, jadi... aku dah boleh kahwin.

Successful marriage, ialah sebuah perkahwinan apabila kita ada misi dan visi yang kita mahu capai. Misi dan visi untuk masa panjang. Apabila kita ada misi dan visi yang jelas, Insya-Allah kita akan jelas akan perjalanan hidup kita bersama dengan pasangan kita. Ana pernah berbincang dengan seorang kakak. Dia kata,

" NA, umur macam NA ini adalah perkara normal apabila ada keinginan mahu berkahwin seperti akak dulu. Akak memang nak kahwin, tetapi parents tak memberi keizinan. Akak juga pada mulanya tidak memahami kenapa diorang tak benarkan. Then, now akak tahu, mungkin mak dan ayah akak lebih tahu yang akak belum bersedia, dan akak mula sedar apa yang sebenarnya dalam perkahwinan tersebut."

Seperti ana katakan tadi, perkahwinan itu ialah ibadah kita kepada Allah. Kalau kita kahwin, tetapi hanya memenuhi keperluan asasi kita dan mengikut norma kehidupan manusia, maka ia bukan lagi ibadah kita kepada Allah. Maka sia-sialah perkahwinan kita ini.

Ada satu program di Southamptom Insight pada hari ini membincangkan topik mengenai "Love" yang disampaikan oleh Myriam Cerrah. Ana tidak berkesempatan untuk pergi ke program ini. Frust juga sebenarnya. Tapi komitmen lain perlu dipenuhi terlebih dahulu. Ada satu kata-kata beliau yang ana jumpa dalam facebook sahabat ana, beliau kata,

" Your self-worth not depending whether you find/get partner, but your self-worth depending on how your relationship between you and Allah."

Tersentap ana dengan kata-kata beliau yang sungguh mendalam. Guys, muhasabah diri kembali. Fikirkan bagaimana hubungan kita dengan Allah selama ini. Hubungan ini amat penting dan lebih berharga kerana ia menentukan masa depan kita di akhirat.

Tenangkan kembali perasaan ingin berkahwin itu dan jeles-jeles itu. Allah ada. Apa lagi yang lebih berharga selain menjadi hamba kepada Allah?

11 comments:

  1. subhanallah ya ukhti.. ukhti buat saya sedar.. sy juga tgh proses itu.. tp saya tidak pasti adakah saya layak atau tak untuk ke arah itu.. jd benarlah kata2 ini..

    " Your self-worth not depending whether you find/get partner, but your self-worth depending on how your relationship between you and Allah."

    thx :)
    moga tsabat dalam penulisan
    copy paste boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Insya-Allah..boleh ja nak copy and paste. =)

      Insya-Allah, If you want to change, put your trust in Allah. He will helps you.

      If you get hurt along your journey, He will heal you.

      Insya-Allah. =)

      Delete
  2. good entry ya ukhti:) sedikit sebanyak mnyedarkan diri dn membuka fikiran sy..ukhti mohon share ye one of ur kata2 dlm entry ni.tenkiu

    ReplyDelete
  3. i went to insightsoton last saturday and masyaAllah, superb and awesome! nice entry:) smoga terus dlm rahmat Allah:) dan smoga Allah permudahkan segalanya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen!

      Boleh buat sharing di dalam blog. =)

      Delete
  4. Short and sweet. Message received well sis :) Alhamdulillah. I have been there juga. Pas ditegur oleh seseorang, wat kita tersentak dan realize, klu kita pun tak perbaiki hubungan kita dgn Allah, mcm mana tu kan.

    Jazakallah sis :) Mohon share ya!

    ReplyDelete
  5. Hihi kelakar la akak ni. Best baca yg ni :)
    Doakam kita jgk ye bahagia n kekal selamanya dgn suami n anak tercinta. :)

    ReplyDelete