25/03/2012

Kamu Belum Mencintai Saudaramu

[Kredit]


Baru-baru ini ana buka facebook. Masa tengah usha wall, ana lihat banyak betul page malaysia airlines hantar post pada hari itu. Semuanya adalah post yang bergambar mengenai sebuah band negara ana tidak pula ambil tahu.

Dalam kepala ana fikir. Apa sebenarnya yang membuat group ini begitu famous di kalangan masyarakat kita? Apa sebenarnya tarikan yang group ini bawa sehingga ramai orang tidak sabar untuk melihat concert mereka secara live?

Lama kelamaan ana buat don't know ja dengan post tu sehingga ana membaca kenyataan post daripada hilal asyraf. Baru ana tahu, rupanya itu group generation, kpop apa benda entah. Minta maaf ana memang tidak ambil tahu perkembangan kumpulan ini.

Dari situ juga ana baca bahawa kumpulan ini memakai pakaian yang bakal menyeksa orang yang melihatnya. Benar apabila manusia itu sudah terbiasa dengan dosa boleh membuat manusia tidak sedar akan dosa lagi. Tapi ada benda lain yang membuat ana bertambah sayu dan sedih.

Masyarakat sedang berseronok dengan concert tersebut. Melonjak-lonjak  kegembiraan lagi. Manakala saudara kita di Syria sedang berada dalam keseksaan. Di Palestin masih lagi bertungkus lumus mempertahankan tanah Palestin.

Ketahuilah, masyarakat kita masih belum lagi mencintai saudaranya. Belum lagi. Mereka masih dengan penghambaan diri kepada manusia. Pemakaian mereka masih mengikut apa yang dipakai oleh pujaan mereka. Pemikiran mereka masih terkurung di dalam sangkar dunia.

Sedarlah khalifah-khalifah Allah, banyak lagi kerja perlu dilakukan.

Terdetik hati ana mendengar kata-kata daripada seorang hamba Allah. Dia mengatakan apabila globe dunia dibuat skala dan dibuat sempadan kawasan, itulah yang menyebabkan pemikiran kita juga menjadi sempit dan terletak pada satu kawasan sahaja.

Ada yang bertanya, kenapa kena peduli Palestin? Kenapa perlu peduli Syria?

Ketahuilah bumi ini adalah milik Allah satu-satunya dan tiada sempadan di mana kawasan itu milik Islam, Yahudi, Budha, Arab, China, dan lain-lain. Semuanya milik Allah. Maka sedarlah, itulah sebab kenapa kita seharusnya peduli Palestin, Syria, Tunisia dan lain-lain.

Kalimah Allah seharusnya tertegak di semua tempat. Cuba fikirkan pada zaman khalifah, kenapa ada peperangan di luar tanah Arab?

Kerana rijal-rijal Allah ini mengetahui kalimah Allah kena ditegakkan di seluruh dunia. Undang-undang Allah perlu dinaikkan. Rijal-rijal Allah ini bertungkus-lumus menjajah negara lain sehingga berjaya menguasai 2/3 dunia.

Selagi musuh-musuh Allah cuba membuat kekacauan terutamanya memperlekehkan akan undang-undang Allah, maka itu menjadi kewajipan kepada kita untuk mempertahankannya.

Ana juga mangsa kepada pemikiran sempit ini. Ana kata,

" Biar ajalah mereka tu. Asal Malaysia bahagia, tenang dan sentosa."

Moga Allah mengampuni apa yang terdetik di hati ana.

Wallahu'alam


No comments

Post a Comment